Pages

Subscribe:

Saturday, July 7, 2012

::si penunggang kuda::



Malamnya bagai rahib merintih sayu dihiris dosa air mata

Siangnya bagaikan singa di rimba memerah keringat mencurah tenaga

Kita mempunyai jasad dan roh.
Jasad itu boleh diumpamakan sebagai kuda, manakala roh sebagai penunggangnya.
Maka kedua - duanya mempunyai hak masing - masing yang harus kita tunaikan.



Seekor kuda, jika kita memaksanya untuk bekerja keras, tanpa sebarang rehat, boleh menyebabkan ia lelah, kurang produktif dan ditimpa pelbagai penyakit yang akhirnya membantutkan perjalanan si penunggang pada masa hadapan.

Begitulah halnya dengan tubuh badan kita. Ada masanya kita sangat mengharapkan tubuh kita ini kuat agar dapat meneruskan pelbagai kerja - kerja harian serta beribadat. Lalu kita menjadi terlampau dalam memaksa tubuh kita yang lemah ini untuk melakukan kerja yang banyak dalam masa yang singkat, tanpa memberikan hak - hak yang sepatutnya seperti rehat dan makan yang akhirnya memberikan kesan yang buruk terhadap tubuh.

Seekor kuda, yang diberi makan dan rehat secara berlebihan juga akan menyebabkannya menjadi malas dan tidak mahu mendengar arahan si penunggang. Demikian juga tubuh kita. Sikap terlalu memanjakan diri sendiri dengan cara melebih-lebihkan rehat dan makan akan memberikan impak yang negatif kepada tubuh. Berat badan mudah bertambah, dan kita akan semakin malas untuk melakukan aktiviti - aktiviti fizikal. Pernah tengok filem Wall-E? Gambaran masa hadapan dalam filem tersebut menunjukkan manusia yang terlalu bergantung kepada teknologi menyebabkan obesiti dan hilang upaya untuk berjalan, sehingga untuk bergerak ke mana - mana pun terpaksa menggunakan kerusi terapung. 

Maka, bersederhanalah dalam memberikan hak kepada tubuhmu!

Pelbagai kisah daripada sirah Rasulullah SAW yang wajar kita teladani dalam bab bersederhana kepada tubuh. Antaranya ialah kisah tiga orang pemuda dalam beribadat. Salah seorangnya ingin berpuasa tanpa berbuka, seorang lagi mahu beribadat malam tanpa tidur dan yang terakhir tidak mahu menikah semata - mata mahu fokus kepada beribadat. Lalu Rasulullah SAW menjawab, "Akulah yang terbaik ibadahnya dari kalangan kamu, aku berpuasa dan aku juga berbuka, aku juga tidur dan beribadat malam, dan aku juga bernikah."


Hebatnya sang kuda, berkehendakkan juga kebijaksanaan si penunggang.
Penungganglah yang menentukan arah tuju sang kuda, menyusun strategi bagi memastikan matlamatnya tercapai dalam masa yang sama perlu handal mengawal tingkah laku tunggangannya. Oleh itu, si penunggang perlu mempunyai pengetahuan yang cukup, kefahaman yang jelas serta hati yang bersih dari segala anasir buruk. Kecelaruan fikrah, kekurangan pengetahuan serta hati yang kotor boleh menyebabkan perjalanannya terjejas, paling teruk dia mungkin tidak akan mencapai destinasi yang dikehendaki walaupun kudanya tegap dan gagah merentasi liku - liku perjalanan. 

Begitu juga halnya dengan roh kita. Sekiranya akidah kita salah, kefahaman kita masih belum jelas, dan tidak ikhlas, maka sia - sialah kita beramal walau banyak mana sekalipun. Hanya menjadi debu - debu yang berterbangan. Baik amal fardhi mahupun amal jamai'e atau ijtimai'e. Maka kita hanya menjadi seorang yang keliru. 

Tubuh kita dan roh kita, kedua - duanya memerlukan tarbiyah. Tubuh setegap manapun, tetapi tidak mampu mengangkat selimut yang tak sampai 1 kilogram pun untuk menunaikan solat Subuh berjemaah, belum lagi tahap untuk bangkit bertahajud, apalah maknanya. Begitu juga iman, walau semantap manapun tetapi hak tubuh badan seperti kebersihan, kecergasan dan makan minum tidak dijaga, susah untuk membawa kepada amal.

Saya pasti, kejayaan tentera Salahuddin al Ayyubi bukan terletak kepada tahajudnya semata, mereka juga menjalani latihan ketenteraan untuk mempersiapkan jasmani mereka untuk menghunus pedang demi melawan musuh. Tiada alasan tarbiyah rohani lebih penting daripada jasmani. Sihat tubuh badan serta akidah yang sejahtera, bukankah kedua - duanya termaktub dalam muwasafat tarbiyah? :)

Ceramah menarik, wajib dengar :

Diabetes in the Muslim World by Shaykh Hamza Yusuf



10 Contoh Wasatiyyah dalam Beribadat

(Pemain bola sepak)A:Seorang playmaker,banyak assist,Control ball baik tapi stamina kurang.Jadi main separuh masa sahaja.
B:Seorang pertahanan,blocking pemain baik,tapi kerap dilayangkan kad kuning. Kekadang kad merah.Paling teruk,kekadang penyebab penalti.
c:Seorang penjaga gol,banyak save,tapi pass bola tak baik.
D:Seorang penyerang,rajin cetak gol,kekadang assist,cuma banyak kali tak dengar arahan.Suka buat hal sendiri.


(Nuqaba')A:Rajin baca buku-buku haraki dan bahan-bahan ilmiah tapi malas nak amal islami.
B:Rajin amal islami,tapi malas baca buku-buku haraki dan bahan-bahan ilmiah.
C:Rajin baca buku-buku haraki,bahan-bahan ilmiah dan amal islami tapi tarbiah ruhiyyah kurang,malas baca mathurat,malas qiamullail,malas baca al-quran dan lain-lain.
D:Malas baca buku-buku haraki dan bahan-bahan ilmiah,tak buat amal islami,kurang tarbiah ruhiyyah,tapi sokong gerakan islam.

P.S: Exam hampir di penghujung, Ramadan bakal menjelang. Moga amalan diterima, bukan sekadar hanya berlapar dan dahaga. Lama tak joging kat Istad mendorong kepada penulisan ini :P

0 orang tak puas hati:

Post a Comment