Pages

Subscribe:

Sunday, May 6, 2012

::setelah 4 tahun::

Chocobo dan Moogle . Makhluk - makhluk comel dari siri Final Fantasy .

::advencer belum berakhir:: (dan nama – nama sebelumnya) mula wujud sejak Mac 2008 .

Saya menatap entri – entri lama blog yang tak berapa terurus ini .

Ilham – ilham yang tercetus ketika saya baru selesai menduduki peperiksaan SPM , kemudian menghadiri kursus bahasa arab di Universiti Kebangsaan Malaysia , beberapa bulan kemudian bermusafir ke bumi anbiya’ ini untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan , sehinggalah entri terbaru .

Ada beza penulisan saya dahulu dan sekarang .

Tujuan saya mewujudkan blog ini pada asalnya adalah untuk membiasakan diri dengan penulisan bahasa Inggeris , namun saya kira tujuan asal ini tidak berapa berjaya . Boleh kira berapa banyak sangat entri saya dalam bahasa Inggeris , atau mungkin tidak ada langsung . Selain itu , tujuan saya menulis ialah sebagai salah satu medium untuk berdakwah memandangkan saya bukanlah seseorang yang punya kemahiran ‘public – speaking’ yang bagus , maka saya buat apa yang saya mampu iaitu dengan menulis . Namun adakah tujuan ini tercapai , biar Allah sahaja yang menilai .

Sekurang – kurangnya saya sudah mencuba .

Satu perkara yang saya muhasabah daripada entri – entri saya yang lepas , dari sudut pengumpulan maklumat dan bahan untuk penulisan entri . Sewaktu saya berada di tahun satu pengajian , saya seorang yang setia mencatat ketika berada dalam apa – apa kelas , baik kelas tafaquh mahupun kelas akademik . Ini menjadikan pengumpulan maklumat dan bahan itu mudah dan sistematik , dan setiap kali sebelum saya ingin menulis , saya akan membuat satu rangka seperti yang biasa dibuat ketika menulis karangan di peringkat sekolah . Jadi , saya akan lebih jelas dengan tujuan entri saya dan tahu isi – isi penting yang perlu ditulis .

Sangat berbeza dengan saya yang sekarang . Saya betul – betul rindukan sikap saya yang dahulu itu .

Sekarang , saya punya banyak idea untuk penulisan , namun saya gagal untuk ‘mengikat’ idea tersebut , lalu ia berlalu begitu sahaja . Ada masanya penulisan saya mungkin sekadar menepati isu semasa , dan benda itu dibuat dalam keadaan tergesa – gesa . Masa tak cukup ? Nah . Setiap orang diberi 24 jam yang sama , bergantung kepada diri sendiri bagaimana ingin menguruskannya .

Dalam kita ingin menjana ‘output’ , kita harus menjana ‘input’ . Bagaimana ingin menulis , sedangkan diri malas membaca ? Saya sedaya upaya ingin mengelakkan blog ini daripada menjadi sekadar tempat luahan rasa yang tidak punya manfaat kepada orang yang membaca (walaupun mungkin tak ada orang baca) . Namun saya nampak perkara ini subjektif , bergantung kepada pembaca . Ada sesetengah blog yang saya baca , walaupun lebih kepada luahan isi hati , tetapi pada masa yang sama perkara itu memuhasabah diri saya . Entah . Yang penting beringatlah , segala apa yang kita tulis akan dinilai disisi-Nya , jadi elakkan menulis perkara – perkara yang mendatangkan keburukan seperti fitnah , mengaibkan manusia dan sebagainya .

Paling utama , niat menulis . Sekadar mendapat pujian manusia , atau mengharapkan balasan baik dari-Nya ? Sentiasalah muhasabah .

Kita ingin menjadi manusia yang bermanfaat kepada umat .

Sebab itulah kita merelakan diri kita untuk menerima tarbiyah .

Apabila seseorang itu ingin menerima tarbiyah , dia bukan sahaja perlu mengharapkan pengisian rohani ketika masa lapang , tetapi dia juga perlu mewaqafkan dirinya untuk memberi . Bukan sekadar menerima ‘input’ tetapi tidak menjana ‘output’ atau sebaliknya . Kita perlu ingat , tarbiyah itu bukan sahaja terletak pada kitab dan tikar sejadah . Jangan kecilkan skop tarbiyah itu . Boleh dikatakan , hari – hari yang kita lalui sebenarnya adalah tarbiyah . Bergantung kepada kesedaran kita sendiri .

Baiklah . Sekadar ini sahaja coretan buat kali ini . Menulis sementara kelapangan . Waktu lain harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengulangkaji . Doakan semoga saya berjaya insyaAllah .

“Islam is the message of love . You keep talking about halal and haram , but you forget love!” – Prof Tariq Ramadan

P.S : Sebenarnya entri ini ditaip Jumaat lepas , tapi tiba – tiba takde internet :P

0 orang tak puas hati:

Post a Comment