Pages

Subscribe:

Wednesday, April 25, 2012

::bekalan perjalanan::

Terlalu banyak yang ingin dinukilkan .
Namun dek kekurangan masa , aku akan cuba tulis , daripada tidak ada langsung .


Alhamdulillah kebelakangan ini bumi Mansurah menerima kunjungan orang - orang yang hebat .
Walaupun demam imtihaan sedang hangat melanda , tetapi para mahasiswa/wi PERUBATAN masih bersemangat untuk menyambut ketibaan orang - orang hebat yang ingin berkongsi pengalaman serta ilmu yang mereka ada . Minggu lepas Ustaz Imran Al Malizi , seorang pendakwah dan penulis dari Malaysia datang sebagai seorang ahli panel dalam program Saya Anak Malaysia yang julung - julung kali diadakan oleh PERUBATAN Cawangan Mansurah . (Kalau pernah tengok video 'Oley' , anda pasti kenal siapa ustaz ini) . Pelbagai input yang kami dapat , cuma tak dapat saya kongsikan di sini sebab tak berapa ingat , malam itu tidak mencatat apa - apa walaupun pen dan buku dibawa , tak dapat mengikat ilmu itu . Lagipun saya sedikit alergik dengan program yang diadakan pada waktu malam :P

Semalam kami menerima kunjungan dari dua personaliti yang gah namanya di tanah air , seorang ibu , Dr Halimah Ali yang merupakan Exco Pendidikan Negeri Selangor dan seorang abang , saudara Akram Ikram Taib Azamudden , Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) . Kedatangan mereka tepat pada masanya , di kala kami di sini kekurangan motivasi dalam menghadapi imtihaan . Alhamdulillah , dalam keadaan masa yang terbatas itu , dengan izin Allah saya sempat untuk menghadiri program Night of Change anjuran Unit Akademik PCM dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang menampilkan kedua - dua personaliti ini sebagai pengisi .

Alhamdulillah , slot - slot yang terdapat dalam program semalam amat memuaskan bagi saya , dari bacaan ayat - ayat Al Quran yang memaparkan teks ayat beserta terjemahan di skrin , persembahan qasidah yang menambah kerinduan dan kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW sehinggalah kepada slot pengisian oleh saudara Akram Ikrami dan Dr Halimah . Walaupun Dr Halimah tiba lewat disebabkan kesesakan lalu lintas , para hadirin masih bersemangat untuk berada dalam program sehingga akhir .

Satu perkongsian yang menarik daripada saudara Akram Ikrami , beliau sempat menziarahi pejabat Ikhwanul Muslimin dan berjumpa naib presiden II , Syeikh Jumuah (saya tak pasti nama sebenar , ini yang beliau beritahu) . Apabila diminta nasihat buat mahasiswa dan anak muda di Malaysia , beliau menjawab :

1) Dekatkan diri anda kepada Allah SWT .
2) Cemerlang dalam akademik , kerana kita tidak mahu perjuangan membentuk negara ini diterajui oleh mereka yang gagal .
Kalau kita lihat sendiri pimpinan Ikhwanul Muslimin pun bukan calang - calang orang , kebanyakannya mempunyai gelaran 'Ustaz Duktur' (memiliki PhD) dan berjaya dalam kehidupan . Kini mereka sedang berjuang untuk memburu syahid demi kejayaan akhirat insyaAllah .
3) Berada dalam keadaan sentiasa berjemaah dan meningkatkan ukhuwah .
4) Paling penting , tingkatkan TARBIYAH , TARBIYAH , TARBIYAH ! 


Perkongsian daripada Dr Halimah juga  tidak kurang hebatnya . Orangnya ceria dan berjaya memenangi hati para hadirin untuk terus mendengar .

"Daie yang power ialah seorang pendengar yang baik . Orang yang mendengar lebih penat daripada orang yang bercakap"
Setakat itu sahaja perkongsian kali ini . Sekadar menulis daripada tidak membuat apa - apa .

.:ikhlas . istiqamah . itqan :.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment