Pages

Subscribe:

Thursday, April 5, 2012

::mujahadah::

Buku yang ditulis oleh Ustaz Hj Nik Azran , kini diterbitkan di Malaysia oleh Hijjaz Records . (Sebelum ini pernah diterbitkan oleh Persatuan Melayu Republik Arab Mesir / PMRAM)


Semalam ada sebuah program khas untuk mahasiswa/wi PERUBATAN tahun 1 dan 2 , iaitu LIFE (Love Islam For Eternity) siri keempat anjuran Lajnah LIFE di bawah Lajnah Mentor Council , Unit Pembangunan Islam PERUBATAN Cawangan Mansurah . Untuk sesi kali ini , kertas kerja Musuh - Musuh Islam dibentangkan oleh Ustaz Hj Nik Azran yang sedang menuntut di American Open University , Kaherah . Antara faktor yang membuatkan aku mencadangkan nama ustaz ini adalah kerana beliau pernah mengarang buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja , di samping gaya penyampaian beliau yang mampu menarik pendengar walaupun adakalanya loghat Kelate itu terkeluar dari mulutnya .

Selesai kuliah Pharmacology , aku terus bergerak ke Qaah Ibnu Sina (QIS) bagi memantau program tersebut sambil mengambil manfaat darinya . Alhamdulillah , boleh dikatakan ramai yang datang walaupun bukan hari cuti . Semangat cintakan ilmu masih berkobar - kobar dalam jiwa - jiwa muda ini . Beberapa ketika kemudian , pembentang jemputan dari Kaherah itu tiba . Biasanya perjalanan dari Kaherah ke Mansurah mengambil masa 3 jam , namun beliau menghadapi beberapa kekangan menyebabkan beliau sampai sedikit lewat .

" Berapa lama ustaz mengambil masa untuk menyiapkan buku ini ?" tanya salah seorang sahabatku .

" Oh , buku ini , dalam masa tiga bulan mengkaji dan menulis ." jawabnya .

Tiga bulan ? Sebuah buku yang boleh tahan ketebalannya . Aku ? Nak tulis satu entri blog pun mengambil masa sebulan . Pendek pula tu . Sudah banyak kali muhasabah , bila mahu berubah ?

Sibuk ? Benarkah aku sibuk ? Masih sempat buat benda - benda yang tak sepatutnya , itu yang dipanggil sibuk ?

Periksa semula niat !

Mujahadahlah . 

Biarpun pahit , tapi ketahuilah hasilnya sangat manis . Amalan itu bukan dibuat atas dasar suka - suka . 

Kadang - kadang dalam bekerja , berpersatuan , aku merungut . Bila aku ada masa free untuk study ? Bila aku ada masa untuk melancong ke tempat - tempat peranginan seperti kawan - kawan yang lain ? Bila untuk buat itu dan ini ? Sedangkan pada masa yang sama aku menyeru kawan - kawan untuk hidup bermasyarakat  , untuk tolong bersama - sama PERUBATAN dalam mewujudkan doktor - doktor muslim profesional ?

Kata - kata aku sedang diuji .

Dan aku sedar , makin banyak aku merungut , makin banyak ujian yang menimpa . Sehingga ia betul - betul buat aku kembali kepada Allah . Akhirnya aku menyedari keegoanku . Sememangnya kesempurnaan itu hanya ada pada Tuhan .

Mujahadahlah .

Umat - umat terdahulu lagi susah . Ada yang dibakar dalam kawah besar dalam peristiwa Ashabul Ukhdud .  Ada yang digergaji sehingga terbelah dua . Ada yang diuji dengan kesusahan . Macam - macam lagi . Mereka rela tempuhi kesemua , kerana mereka jelas dengan ghayah (tujuan) mereka . 

Mujahadahlah .

Kerana Allah tidak akan mensia - siakan usaha dan tawakkalmu itu !

Pesanan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ,

Khusus kpd remaja pemuda.... terutamanya yg masih sedang belajar...
Kemalasan utk berbuat sesuatu ialah pencuri masa manusia yg teragong. Yg menjadi mangsa kemalasan ialah minda kita - yg liar memikirkan benda silam, kini dan masa depan dgn penuh kesusahan, kebimbangan dan ketakutan.
Kemalasan juga adalah pintu kpd kemurungan dan kekecewaan krn minda sibuk melayan bisikan syaitan.
Jgn duduk tanpa melakukan sesuatu berfaedah.
Jika anda tiada kerja berfaedah waktu ini, bangun dan baca Quran, baca apa-apa buku, berzikir, menulis, membersihkan rumah dan buatlah apa shj yg boleh menjauhkan diri kita drpd termenung dan kebosanan.
SENYUM, dan buatlah kerja. Jgn dok melayan bisikan syaitan dlm khayalan krn malas.


0 orang tak puas hati:

Post a Comment