Pages

Subscribe:

Tuesday, February 7, 2012

::advencer tidak disangka::

Salam serta selawat ke atas junjungan mulia , Rasulullah SAW sempena tarikh maulid baginda , semoga diri yang kerdil ini bertambah cinta ke atasnya , kerana cinta kepada Rasulullah bererti cinta kepada Allah . Diharapkan jua agar diri ini dapat menghidupkan kembali sunnah - sunnah baginda serta perjuangannya dan seterusnya menjadikan baginda contoh ikutan terbaik . 

Masih teringat petang itu , tatkala para pelajar perubatan Mesir sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun , penulis menerima khabar bahawa ibu penulis yang ketika itu sedang bercuti bersama dengan keluarga di London telah jatuh pengsan sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Gatwick dan dimasukkan ke hospital . Pulmonary embolism , disebabkan deep vein thrombosis di bahagian kaki ataupun lebih dikenali sebagai Economy Class Syndrome berikutan perjalanan 14 jam dari Malaysia . Sekarang Alhamdulillah mama semakin beransur sembuh cuma selepas dikeluarkan daripada hospital dia tidak dibenarkan menaiki pesawat selama 2 minggu , perlu dicucuk anti-coagulant setiap malam dan diberi rawatan susulan di Malaysia . 

Serba - sedikit mengenai deep vein thrombosis dari Wikipedia :

Deep vein thrombosis (DVT) is the formation of a blood clot ("thrombus") in a deep vein. Deep vein thrombosis commonly affects the leg veins (such as the femoral vein or the popliteal vein) or the deep veins of the pelvis. Occasionally the veins of the arm are affected (such as in Paget-Schrötter disease). A DVT can occur without symptoms, but in many cases the affected extremity will be painfulswollen, red, and warm, and the superficial veins may be engorged. The most serious complication of a DVT is that the clot could dislodge and travel to the lungs, which is called a pulmonary embolism (PE). DVT is a medical emergency, so, all limb swellings, however trivial, should be regarded as a DVT until proven otherwise. Untreated lower extremity DVT has a 3% PE-related mortality rate. Deaths associated with upper extremity DVT are extremely rare.[1] A late complication of DVT is the post-thrombotic syndrome, which can manifest itself as edema, pain or discomfort and skin problems.

BERMULANYA PERJALANAN 




Pesawat AirFrance , Boeng 777 .




28 Januari 2012 , jam 3 pagi , penulis tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dtemani ahli bait , Shameer dan Syamim . Dalam terminal , ada beberapa orang pelajar perubatan Malaysia yang juga bakal ke luar negara . Salah seorangnya adalah adik kepada senior aku di Mansurah , Ahmad Sofiyuddin . Dia yang memperkenalkan penulis kepada istilah Economy Class Syndrome itu . Dia bersama beberapa rakannya yang lain akan bermusafir ke Sepanyol . Menjejaki tanah yang pernah dikuasai Islam suatu ketika dahulu . Beberapa minit kemudian , penulis ke kaunter check in Air France untuk ke Dublin bagi melawat kedua - dua ibubapa . Kebetulan ada juga pelajar perubatan Malaysia dari Universiti Kaherah akan ke destinasi yang sama , jadi kami ditempatkan dalam satu kumpulan untuk check in . Imigresen Ireland serta syarikat penerbangan Air France sangat tegas dengan peraturan mereka , maka kami mengambil masa yang agak lama untuk menjawab beberapa pertanyaan untuk menaiki pesawat . Selepas itu , kami bergegas untuk solat subuh sebelum menaiki pesawat ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle , Paris untuk transit sebelum ke Dublin .

Pada mulanya agak malu , namun hati aku terdetik , kenapa perlu malu sedangkan aku sepatutnya perlu gah dengan Islam !

Pertama kali penulis menjejakkan diri ke negara yang mana Muslim bukanlah majoriti penduduk . Jadi kami perlu berhati - hati dari sudut memilih makanan yang halal , serta mengetahui arah kiblat untuk menunaikan solat Zohor dan Asar . Sebelum ini sudah terbiasa , surau dan masjid ada di mana - mana maka arah kiblat dan tempat untuk solat bukanlah satu masalah . Seluruh bumi itu masjid , Allah telah memudahkan , tetapi kenapa kita yang memberatkan ?

Alhamdulillah , penulis tiba akhirnya di bumi Ireland , tempat perjuangan baba untuk pengajian ijazah pertamanya dalam menjadi seorang pengamal perubatan pada pukul 4.30 petang waktu Ireland . Sudah hampir kepada waktu Maghrib . Penulis disambut oleh kedua - dua ibubapa dan seterusnya dibawa ke tempat penginapan .


ARAK , JUDI DAN ROKOK


Pusat loteri ada di mana - mana .

Tiga benda yang sinonim dengan masyarakat Ireland :

1.Arak (Guinness) . Kalau malam jumaat kita baca Yasin dan Al Kahfi , malam jumaat mereka adalah malam untuk mabuk .
Guinness (play /ˈɡɪnɨs/ gin-is) is a popular Irish dry stout that originated in the brewery of Arthur Guinness (1725–1803) at St. James's GateDublin. Guinness is directly descended from the porter style that originated in London in the early 18th century and is one of the most successful beer brands worldwide, brewed in almost 50 countries and available in over 100 countries.[1] 18,000,000,000 US pints (8,500,000 m3) are sold annually.[1]
A distinctive feature is the burnt flavour which is derived from the use of roasted unmalted barley (though this is a relatively modern development since it did not become a part of the grist until well into the 20th century). For many years a portion of aged brew was blended with freshly brewed product to give a sharp lactic flavour (which was a characteristic of the original porter). Although the palate of Guinness still features a characteristic "tang", the company has refused to confirm whether this type of blending still occurs. The thick creamy head is the result of the beer being mixed with nitrogen when being poured. It is popular with Irish people both in Ireland and abroad, and, in spite of a decline in consumption since 2001,[2] is still the best-selling alcoholic drink inIreland [3][4] where Guinness & Co. makes almost 2 billion annually.
The company had its headquarters in London from 1932 onwards. It merged with Grand Metropolitan plc in 1997 and then figured in the development of the multi-national alcohol conglomerate Diageo.

 2.Loteri , judi lumba kuda dan sebagainya . Kebanyakan rakyatnya berpendapatan rendah , maka dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik mereka menghabiskan wang untuk membeli loteri untuk memenangi hadiah wang lumayan .

3.Rokok . Tidak kira usia mahupun jantina . Agak pelik bagi saya untuk melihat kaum hawa mereka yang masih muda dan elok rupanya merokok .


MASIH ADA SINAR IMAN


Masjid Dublin . Asalnya sebuah gereja .

The Islamic Foundation of Ireland was formed in 1959 by Muslim students. The society is registered as a Friendly Society and as a charitable organization. The Society established the first mosque in Ireland in 1976. It also helped to establish mosques in other cities in Ireland. The headquarters of the Foundation is currently at the Dublin Mosque and Islamic Centre, 163 South Circular Road, Dublin 8. The Islamic Foundation of Ireland has been the official representative of Muslims in Ireland since its inception. It looks after the religious, educational and social needs of Muslims in Ireland. - Dipetik dari islaminireland.com

Keliling tempat penginapan penulis ada banyak gereja , dan setiap kali pukul 12 tengah hari dan 6 petang loceng akan dibunyikan . Rasa sedikit janggal kerana di Mesir selalu mendengar azan dari pelbagai sudut kerana banyaknya masjid . Di sini juga banyak diuji dari segi pandangan mata , walaupun musim sejuk namun betis dan paha kaum hawa di sana seolah - olah kalis dek cuaca sejuk . Di sebalik kegelapan jahiliyah , masih wujud sinar cahaya iman di bumi Dublin ini . Penulis sempat solat Jumaat di Masjid Dublin ini , dan mendengar khutbah dwibahasa oleh Imam Syeikh Yahya dari Sudan . Ayah penulis rapat dengannya semasa pengajiannya di sini , dan dia juga  pernah menginap di asrama Islamic Centre bersebelahan masjid tersebut . Harapnya , syiar Islam di Dublin akan bermula di sini , InsyaAllah .

Inilah serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsi bersama , advencer tidak disangka . Masih banyak yang ingin ditulis namun masa tidak mengizinkan . Pelbagai perkara harus diselesaikan , baik amanah mahupun tanggungjawab . Daripada advencer yang tidak disangka ini , penulis mendapat 2 pengajaran utama :

Pertama , kita merancang , namun Allah sebaik - baik perancang .

Kedua , segala yang kita ada adalah hak milik Allah yang dipinjamkan sementara  kepada kita , dan bila - bila masa Dia boleh tarik balik . Tidak kira harta , nyawa , kesihatan dan sebagainya .

Wallahualam .

0 orang tak puas hati:

Post a Comment