Pages

Subscribe:

Friday, April 6, 2012

::bertangguh::

Balkoni yang bersebelahan dengan bilik . 

Hari ini hari Jumaat . 
Jumaat yang jarang - jarang saya dapat . Tiada komitmen untuk akademik mahupun persatuan . Jumaat yang saya khaskan untuk melakukan perkara - perkara yang saya tidak dapat lakukan pada hari - hari lain . Mendengar ceramah - ceramah penuh daripada TGNA atau mana - mana ustaz sambil mengemas bilik . (Kalau hari biasa memang tak sempat , selalunya dengar klip - klip pendek Ustaz Azhar Idrus) . Menjadi sikap saya , kalau dah diberi cuti , cuti jelah . Nanti dah mula study tak payah mengada - ngada nak bercuti . Walaubagaimanapun , hari cuti bukanlah bermakna hari yang kita boleh sambung balik tidur selepas subuh , kerana sesungguhnya berpagi - pagi itu banyak barakahnya . Nanti rezeki dipatuk ayam , kata Bu Eh !

Ketika mengemas , saya terpandang balkoni bersebelahan bilik . Sudah lama ianya tidak dibersihkan . Penuh berdebu . Nak keluar menjemur baju pun kena pakai selipar . Terfikir , sejak pulang dari Malaysia cuti musim panas lepas saya belum pernah lagi mencuci balkoni . Sementara masa masih ada , lebih baik dibersihkan . 

Mula menyapu debu sedikit demi sedikit . Berhenti seketika dan memandang sekitar kawasan balkoni , luasnya ! Timbul pula rasa malas , rasa macam nak sapu depan bilik je . Yang selebihnya biarlah ahli bait yang selesaikan . Alhamdulillah , pada masa yang sama teringat balik pesanan Ustaz Tuan Ibrahim (sejak kebelakangan ini beliau aktif menulis tazkirah di facebook) mengenai bisikan syaitan yang selalu menghalang manusia daripada melakukan kebaikan . Lagipun betul - betul tiada apa - apa komitmen lain pada masa itu , lebih baik diselesaikan segera . Nanti bila dah study week takde masa nak buat . Biarpun sakit pinggang membongkok sebab penyapu patah , debu - debu pun dah betul - betul melekat di lantai dan memerlukan usaha yang lebih untuk menanggalkannya . 

Mengelamun seketika . Lantai balkoni yang kotor dengan penuh debu ini , boleh diumpamakan bagai hati yang kotor dengan perkara - perkara maksiat . Apabila hati itu sudah kotor , maka untuk membersihkannya kembali memakan masa yang lama . Lebih - lebih lagi jika proses pembersihan , atau taubat itu sering ditangguh - tangguhkan . Paling teruk , bila ia dah betul - betul kotor kita sendiri pun rasa malas nak bersihkan dan dibiarkan begitu sahaja . Dari hari ke hari , kotoran itu akan bertambah . Oleh itu , dalam apa jua kerja sekalipun , elakkan bertangguh . Dalam study , persatuan , apa - apa sekalipun . Pandai - pandailah menyusun prioriti . Nasihat buat diri sendiri juga , diri ini juga tidak lepas daripada bertangguh .

Nabi SAW bersabda; كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ Maksudnya; ”Setiap anak adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang bersalah adalah, orang yang bertaubat (kembali ke pangkal jalan)"

Sentiasa lazimi taubat . Setiap detik kehidupan kita tidak lepas daripada melakukan dosa . Walaupun kita tak berniat sekalipun , tetapi ada masanya kita akan tertewas juga dengan godaan syaitan dan nafsu . Ubat bagi hati itu ada lima ; baca Al Quran beserta makna , solat malam , berpuasa , mendampingi orang - orang soleh dan memperbanyakkan zikir pada waktu sahur .

Petang itu pula , sempat berkunjung ke Arts and Music Festival anjuran PERUBATAN Cawangan Mansurah . Suatu perkembangan yang baik , yang mana saya nampak program sebegini mampu membawa kepada kesatuan mahasiswa/wi di Mansurah di samping menjadi medium untuk para pimpinan dan pendokong persatuan mendekati mad'u . Program ini juga meraikan ahli - ahli yang gemar kepada hiburan dengan membawa konsep hiburan yang menepati syariat Islam . Semoga PERUBATAN akan terus maju dari semasa ke semasa . 

P.S : Sudah berada di ambang imtihaan . Ayuh berusaha . Akademik wasilah penting dakwah !
        
Mohon doakan diri ini , serta doakan Ayah Zid (TGNA) yang baru keluar dari hospital agar sihat sentiasa untuk meneruskan perjuangannya demi menegakkan Islam tercinta . Kita berjuang bukan kerananya (intima' syakhsi) , tetapi kita memperjuangkan Islam yang dibawanya  . Takbir !!

0 orang tak puas hati:

Post a Comment