Pages

Subscribe:

Thursday, January 19, 2012

::mid year tahun tiga::




Menulis . Dalam fatrah imtihaan :P
Tidak banyak , idea pun sering datang dan pergi .
Nasihat seorang teman , sediakan satu buku . Apabila idea datang , terus tulis dalam buku tersebut dan mula untuk mengolahnya sedikit demi sedikit .

Seorang senior yang baru tahu saya ada blog , pula memberi motivasi agar terus menulis kerana tulisan juga salah satu medium dakwah yang bagus . Kadang – kadang ada orang yang ‘cair’ dengan kata – kata , ada juga yang boleh menitiskan air mata tatkala membaca sesuatu karya .

Seorang lagi senior , baru sahaja mula berjinak – jinak dalam blogging . Dia sangat istiqamah dengan pengisian dalam blognya walaupun sibuk dengan urusan pelajaran dan persatuan , dan  tulisannya sangat ilmiah .
Saya pula , mula berblogging sejak awal 2009 , namun entri – entri penuh dengan karutan , sedikit pula . :P

Sekarang masing – masing dah sibuk dengan buku – buku PERUBATAN , maklumlah musim peperiksaan . Segala jenis ubat , cacing , penyakit dan bakteria dihafal bagai nak rak , dari tak tahu kepada tahu , dari tahu kepada ingat . Sebenarnya saya bukanlah seseorang yang suka ‘menghafal buta’ , hafal tanpa kefahaman yang jelas tentang sesuatu subjek . Memang kita akan ingat , tetapi hanya ‘ketika exam’ . Memori jangka masa pendek . Walaubagaimanapun , pengulangan itu sangat perlu . Paling kurang pun , apabila kita mengulangi sesuatu yang kita sudah faham , ia akan menjadi semakin mudah kerana ‘memory trace’ mengenai subjek tersebut sudah tersimpan dalam otak , cuma kita tak pasti dalam ‘folder’ mana ia disimpan .   
Pernah , ketika kelas tutorial Pathology , Dr Basem yang mengajar kami tidak membawa sebarang alat bantuan pembelajaran pun , cukup sekadar dia bercakap di hadapan . Ketika kami cepat – cepat membelek nota untuk mencari poin yang dikehendaki , dia dengan tenangnya menyebut muka surat yang mengandungi poin tersebut . Allahurabbi , dia bukan sahaja menghafal kandungan nota , malah dengan muka suratnya sekali !

Teringat pula sirah Rasulullah SAW . Para perawi – perawi sabda baginda . Betapa hebatnya hafalan mereka sehingga dapat meriwayatkan hadis – hadis dalam jumlah yang sangat banyak . Begitulah Allah menjaga Islam . Hafalan orang dulu – dulu kuat , Quran dan hadis terpasak dalam kalbu . Hafalan orang sekarang , walaupun tidak sekuat orang dulu – dulu , tetapi ilmu – ilmu Islam itu dipelihara dengan tulisan dan pelbagai jenis media . Setiap bangsa juga punya kelebihan , kalau orang Melayu dan orang Mesir makhraj mereka sangat baik .

Beza orang yang berilmu dengan orang yang dikurniakan kefahaman ialah sejauh mana pengamalan mereka dengan ilmu yang mereka ada .

Al Quran dan Hadis terpasak di dada . Aku ingin nikmat itu . Doakan aku .





0 orang tak puas hati:

Post a Comment