Pages

Subscribe:

Wednesday, July 14, 2010

::muqataah::






“Erk , kedai ni jual Pepsi dengan Coke saja ? Kena pergi kedai lain lah nampaknya ,”

“Kedai ni pun sama ? Aduh . Nak tak nak kena minum ‘asir sajalah ,”

“Alamak , dalam combo meal ini ada Pepsi la pulak,”



Situasi ini agaknya tiap – tiap hari berlaku dalam hidupku dan mungkin juga sesetengah mahasiswa / wi Mesir lain . Barang boikot . Muqataah . Susahnya di sini apabila kebanyakan produk yang dijual adalah dari kalangan barang yang menyumbang kepada ekonomi Yahudi . Masyarakat Arab Mesir juga kebanyakannya tidak berapa ambil cakna tentang barang muqataah ini . Suka – suki mereka sahaja meneguk Pepsi atau Coke dalam botol kaca di tepi – tepi jalan . Malah berbangga dengan minuman tersebut . Doktor – doktor di gamaah juga sering disajikan dengan minuman tersebut ketika waktu kuliah . Sememangnya sekutu kuat Israel .

Sejujurnya , dulu aku juga tak berapa endah terhadap barang boikot ini . Pada pendapatku , apalah sangat boikot barang ni padahal yang dapat kat Yahudi tu berapa peratus sangat . Dan perkara boikot ini sekadar bermusim saja khususnya di Malaysia . Pernah suatu ketika isu Palestin “kembali hangat” di seantero dunia apabila manusia lena dengan dunia . Pada masa itulah manusia sibuk berdemonstrasi , boikot sana – sini dan kutuk – mengutuk . Quote – quote sebegini juga pernah muncul :

“Aku rasa marah bila tengok ada lagi orang Islam makan dekat McD****** , macam diorang tengah bagi peluru free – free je dekat Yahudi suruh tembak umat Islam kat Palestin.”



Tapi itu dulu . Susah betul hendak bermujahadah dalam isu boikot ini . Bagaimana boikot ini dapat memberi impak sedangkan ia dilakukan secara bermusim . Umpama seorang pemain bola sepak yang jarang dapat peluang untuk beraksi , bagaimana dia nak jadi seorang pemain yang handal jika asyik memanaskan bangku simpanan saja . Kena istiqamah . Namun bukan senang . Musuh – musuh banyak di sekeliling . Bukan syaitan dan jin saja . Diri - sendiri juga . Nafsu .

Alhamdulillah tarbiyyah di Mesir banyak menyedarkan para mahasiswa / wi di sini supaya lebih cakna tentang barang muqataah . Edaran – edaran yang menampilkan senarai barang boikot juga membantu dalam urusan jual beli seharian agar tidak menyumbang kepada ekonomi Yahudi . Dan diharapkan agar saya dan rakan – rakan yang lain bukan saja dapat mengamalkannya hanya di Mesir , malahan di tanah air juga , dan setiap tempat insha Allah .

“Senjata mereka perang , senjata kita boikot.”


P.S – Sedang bercadang untuk membuka 2 blog baru : Satu mengenai perubatan Islam , satu lagi mengenai seni . Insha Allah .

0 orang tak puas hati:

Post a Comment