Pages

Subscribe:

Monday, May 3, 2010

::doa::




Ingin melakukan sedikit perkongsian .

( وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ ( ٦٠
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (40: 60)

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ( ٥٥ )وَلا تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ بَعْدَ إِصْلاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَةَ
( اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ ( ٥٦
Berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya. (07: 55-56)
Dalam hidup kita disarankan berdoa kepada Pencipta kita tidak kira bila – bila masa , senang atau susah . Ramai di antara kita yang silap , memohon pertolongan Allah ketika susah dan melupakannya ketika senang . Bagi saya , benda itu akan membuatkan kita melayan Allah seolah – olah kita tuanNya , Dia hamba . Mengapa ? Cuba kita lihat sistem perhambaan yang dijalankan pada zaman dahulu kala . Hamba sering dikerah , disuruh buat itu ini ketika raja / tuannya menghadapi kesulitan . Ketika senang , apa yang hamba itu dapat ? Sebuku roti pun belum tentu . Berdoalah ketika senang sekalipun , kerana apabila kita ditimpa kesusahan nanti , mudah untuk Allah memakbulkan doa kita kerana Dia mengenali hambaNya yang sering berdoa kepadaNya , InsyaAllah .

Sebaik – baik doa adalah doa para nabi dan rasul . Jadi , di sini ingin dikongsikan beberapa doa dari Al-Quran dan As – Sunnah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian .

Memohon Kebaikan Yang baik di dunia dan di akhirat:
( وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ( ٢٠١
Dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka". (2:201)

Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan:
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا آَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اآْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا
آَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى
( الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ( ٢٨٦
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (2:286)

Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk al-Qur'an:
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ ( ٨)رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لا رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللَّهَ
( لا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ ( ٩
(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah Yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) Yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (3:8-9)

Doa Ketika Menghadapi Tekanan (Stress)
( الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَآِيلُ ( ١٧٣
Mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)". (3: 173)
Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahin a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. (Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah ali ‘Imran).

Doa Agar Ditetapkan Bersama Orang-Orang Yang Beriman:
وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاآْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
(٨٣)
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran Yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), Engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa Yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, Kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab suci Al-Quran), oleh itu Tetapkanlah Kami bersama-sama orang-orang Yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). (5: 83)

Perlindungan daripada syaitan:
( وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ ( ٩٧ )وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ ( ٩٨
Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepadamu dari hasutan syaitan-syaitan, "Dan Aku berlindung kepadaMu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". (23:97-98)
Ibn abi Syaibah, Ahmad, abu Dawud, dan al-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis yang dianggap bertaraf hasan oleh an-Nasa’i dan al-Baihaqi dalam Asma’ Wassifat daripada Amru bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya bahawa Nabi s.a.w. mengajar supaya membaca doa ini jika terkejut sewaktu tidur.

Doa Nabi s.a.w. Ketika Qiyamulail:
( قُلِ اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِي مَا آَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ( ٤٦
Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi, Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, Engkaulah jua Yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa Yang mereka sentiasa berselisihan padanya". (39: 46)
Berkata al-Imam abu Ali al-Husin bin Muhammad al-Qadhi, diriwayatkan daripada para sahabat pernah betanya Ummul Mukminin ‘Aisyah a.ha.: “Apakah yang sering diamalkan oleh Nabi s.a.w. semasa Qiyamulail?” ‘Aisyah r.ha. menjawab bahawa Nabi s.a.w. sentiasa membaca ayat 46 surah az-zumar. (Tafsir al-Baghawi, tafsir ayat 46 surah az-Zumar)

Perlindungan daripada bisikan syaitan (Jin Dan Manusia):
( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ( ١)مَلِكِ النَّاسِ ( ٢)إِلَهِ النَّاسِ ( ٣)مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ( ٤)الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ( ٥
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.” Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (114:1-5)
Surah ini menyenaraikan tiga sifat al-Rabb iaitu al-Rububiyyah, al-Mulk dan al-Ilahiyyah. Allah s.w.t. penguasa segala sesuatu, yang Maha Memiliki dan berhak disembah. Semua makhluk merupakan hamba-Nya, maka semua hamba hendaklah memohon perlindungan daripada-Nya. Antara yang perlu ialah kita dapatkan perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan al-Khannas dan Qarin yang sentiasa mempengaruhi kita agar menyeleweng dari jalan yang benar. (Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Fakhrurrazi, tafsir surah an-Nas)
Dalam sebuah hadis yang bertaraf baik, riwayat ahmad, Nabi s.a.w. mengajar sahabat agar membaca ta’awwuz daripada syaitan dan bukan memaki hamunnya kerana dengan memaki hamun, syaitan akan menjadi lebih besar dan dia bertekad mengalahkanmu. Sebaliknya jika kamu mengucapkan ta’awwuz, dia akan menjadi kecil seperti lalat. Hadis ini menjadi bukti bahawa syaitan akan lari dari hati yang sentiasa ingat kepada Allah s.w.t. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah an-Nas)

Wallahualam .

0 orang tak puas hati:

Post a Comment