Pages

Subscribe:

Thursday, April 22, 2010

::ningen to kamen::




Manusia mempunyai koleksi topeng yang sangat banyak . Topeng – topeng ini dipakai mengikut situasi ataupun apabila bertemu orang tertentu . Lain orang yang ditemui , lain topeng yang dipakai . Seolah – olah sudah ditetapkan , atau dilabelkan di topeng tersebut nama si fulan yang khusus . Jadi , sekiranya seseorang melayan kamu dengan baik , kejam ataupun benci , maka itulah topengnya terhadap kamu .

Entah , manusia selalunya berbicara tentang kejelekan hipokrit , namun mereka tidak sedar yang selama ini mereka pun hipokrit . Hipokrit melalui topeng yang mereka pakai . Jika manusia yang selalu mengenakan topeng kejahilan dan kemaksiatan tiba – tiba sahaja “terpaksa” mengenakan topeng kebenaran dan kesucian kerana perubahan keadaan sekeliling , maka keadaan itu amat sukar bagi mereka . Kerana topeng yang mereka buat itu selalunya tidak tahan lama disebabkan material yang kurang berkualiti dan juga penghasilannya yang tidak ikhlas . Sebab itulah topeng sedemikian selalunya hancur , dan mereka kembali memakai topeng yang biasa mereka pakai sebelum ini .

Seharusnya topeng kebenaran dan kesucian itu memerlukan proses pembikinan yang istiqamah , walaupun sedikit . Pembikinan yang drastik , tapi tidak berkualiti , tidak guna juga , bukan ? Topeng sebegini juga memerlukan seorang yang pakar sebagai tutor dalam mengawasi proses pembikinannya . Bukankah manusia itu selalunya akan memenuhi masa mereka dengan perkara batil sekiranya mereka selalu berseorangan ? Membuat topeng begini juga memerlukan material yang betul – betul berkualiti , dan dalam membikinnya juga perlu sentiasa merujuk kepada manual – Al Quran dan Sunnah . Jika tidak , pasti ada cacat cela dalam topeng tersebut . Dan , pembikin topeng jenis ini juga perlu berhati – hati , kerana ada bendasing yang selalu mencelah , iaitu perosak – perosak amalan seperti riak , ujub dan takbur yang bisa mensia – siakan fungsi sebenar topeng tersebut .

Mengenai topeng yang lain . Ya , manusia sepertinya memiliki koleksi topeng yang tidak terkira banyaknya yang khusus untuk setiap manusia lain yang mereka jumpa . Adakalanya manusia memakai topeng yang tidak serasi dengan perasaan hati mereka ketika itu demi mengelakkan manusia lain mengetahui . Ada manusia yang hatinya berduka , memakai topeng senyum demi mengelakkan orang lain tahu mereka sedang bersedih . Tetapi mereka tidak dapat menipu selama – lamanya . Kerana ada manusia yang punya naluri untuk mengetahui isi hati mereka yang sebenar .

Ada satu ketika sahaja bila manusia tidak bertopeng , iaitu ketika mereka berseorangan . Bila tiada manusia lain di sekitar mereka , mudah sahaja manusia untuk menunjukkan diri mereka yang sebenar , dan mudah sahaja untuk dihasut syaitan untuk melakukan perkara batil . Namun , sekiranya mereka sudah biasa memakai topeng kebenaran dan kesucian , dan hati mereka benar – benar terstimulasi dengan kesan topeng tersebut , InsyaAllah mereka akan terhindar dari perkara tersebut . Wallahualam .

Adakah saya sedang memakai topeng yang betul sekarang ? Geez .

Inilah hasil Medical Student Syndrome .

0 orang tak puas hati:

Post a Comment