Pages

Subscribe:

Wednesday, April 7, 2010

::keamanan::

Semakin hari semakin pelik : kenapa boleh terjadinya fitnah sedemikian ? Kenapa berlaku perpecahan ? Kenapa kita saling cemuh – mencemuh ? Maki – memaki ? Maaf kepada pembaca blog selain warga Mansurah , mungkin anda tidak faham dengan situasi yang kami hadapi sekarang ini . Rasanya anda boleh abaikan entri yang kurang bermakna bagi anda ini .

Fatrah imtihan semakin hampir dengan kita , dan apa yang selalu saya dengar di sekeliling saya bukanlah suara –suara yang berkongsi teknik belajar dan menghafal , sebaliknya sebuah cerita yang diceritakan dalam versi yang berbeza mengikut fahaman mereka . Fahaman apa ? Ya , sudah diketahui kita semua menganut agama Islam , Rabb yang sama , tetapi fahaman di sini bermaksud persatuan . Faham – faham sahajalah , di Mesir ini berlambak persatuan yang kebanyakannya saya lihat mempunyai visi dan misi yang sama , tetapi dengan cara yang berbeza . Tidak perlulah disebut satu – persatu nama persatuan , dan saya bukanlah seorang yang suka melaga – lagakan persatuan ini . Suka hati kamulah hendak sertai persatuan apa , janji kamu belajar dengan bersungguh – sungguh di bumi yang penuh ilmu ini , tak cukup ilmu perubatan , ambillah ilmu agama sekali . Bagaimana kita boleh mengaku yang kita sayang Allah sedangkan ilmuNya kita malas nak belajar ?

Berbalik pada isu fitnah tadi , pada pendapat saya , tidak perlu ada isu tuding jari ke mana – mana pihak lain , cuba tudingkan jari itu kepada diri anda sendiri . Ya , anda sendiri . Carilah kesalahan diri anda dahulu sebelum anda mencari kesalahan orang lain . Kepada yang menyebar fitnah , cuba periksa dahulu betul – betul , adakah benar lagi sahih cerita yang ingin anda sampaikan itu . Dan , kepada yang terlibat dalam fitnah itu , cuba tanya diri anda , apa yang mungkin menyebabkan anda difitnah sedemikian ? Rupa anda ? Sikap anda ? Satu lagi perkara yang saya sedih , ramai yang “ berkata tanpa ilmu ” – mempermainkan hukum Allah dalam perkara sebegini , teguran berhikmahlah dan sebagainya . Cuba ceritakan sedikit tentang teguran berhikmah itu , bagi semua orang tahu . Saya tak tahu . Saya tak berani nak cakap . Sebab saya TAK TAHU. Yang paling memalukan , bagi kita semua termasuk saya sendiri – Kita suka komen , tetapi komen belakang . Atau dengan bahasa yang lebih jelas mengumpat belakang . Nauzubillah .

Yalah , sebenarnya sedih juga difikirkan bila berada di bumi Mansurah ini . Sebelum ini saya selalu berharap , biarlah bumi Mansurah ini menjadi tempat yang aman untuk saya menuntut ilmu , namun disebabkan perkara sedemikianlah , ramai yang berpecah – belah mengikut “geng” masing –masing . Lalu terbentuklah “golongan – golongan tidak rasmi “ – Geng surau , geng kopiah , geng tudung labuh , geng purdah , geng freehair . Dan segala macam geng lagi yang anda nak . Tak pernahkah kita terfikir untuk bersatu ? Apa yang menghalang kita untuk bersatu ? Sebab dia persatuan ini ? Sebab dia pakai tudung labuh ? Fikirkanlah .

Saya bukanlah menulis untuk memburukkan lagi keadaan , sebaliknya hanya menyatakan kekecewaan . Kalau tak suka , anggap blog ini tak terlalu syadid tak mengapa , lagipun banyak lagi blog lain yang lebih mantap isinya untuk anda tatapi . Namun , dengan ilmu yang sedikit sebanyak saya ada , saya akan gunakan bagi melunaskan tanggungjawab selaku salah seorang keluarga Mansurah .

Ingatlah , apa yang kita lakukan hari ini , terutamanya hari muda kita ini , semuanya akan disoal di akhirat kelak . Saya berminat untuk berkongsi petikan lirik lagu dari Soldiers of Allah :

Now
If we don't change society
Then we are part of the cause
on the Day of Judgment
We are going to stand
in front of Allah
There will be no excuses
For being useless

Jika niat kita di Mesir hanya untuk study medic semata – mata maka cuba kita ubah . Kerana di Mesir ini banyak lagi kita boleh dapat selain itu .
Salam kemaafan buat semua , dan selamat menghadapi imtihan . Jom strive for mumtaz . Tajdid niat masing – masing . Dan , tolonglah demi kebaikan pelajar semua , hentikan segala fitnah – memfitnah ini .

*Sigh* Entri ini memaksaku untuk menangguhkan cerpen terbaru . Lepas imtihaan , insyaAllah .

0 orang tak puas hati:

Post a Comment