Pages

Subscribe:

Wednesday, February 3, 2010

::selepas midterm::



Khalas ya gamaah

Akhirnya , imtihaan pertengahan tahun berakhir juga.Sekarang bolehlah gunakan masa cuti ni sebaiknya untuk rehat…dan pada masa yang sama masih lagi menuntut ilmu di bumi kinanah ini.Seperti peperiksaan yang lepas , saya mengambil peluang selepas tamat peperiksaan untuk ke Metro yang terletak berhampiran dengan gamaah (nak pergi dari rumah malas sebab jauh).Nak keluarkan duit belanja untuk bulan Februari sampai April.Lebih baik keluarkan banyak terus sebab taktau bila masa nak ke sana lagi.Lagipun itu je tempat ada mesin ATM HSBC yang paling dekat.Tapi semalam Metro memang dipenuhi pelajar-pelajar sekuliahku yang turut mempunyai niat yang sama.”Metro dah jadi pusat release tension kot.”


Rancangan Cuti

Seperti yang dinyatakan dalam entri lepas , saya akan menyertai clinical training sepanjang winter break ini.Mula-mula fikir macam membebankan juga ,tapi bila diteliti balik benda ini ada faedahnya.Yalah ,baru tahun satu ,nak pergi round satu Mesir tu pada masa sebegini macam terlalu tergesa-gesa.Lebih baik kukuhkan pelajaran dan ekonomi dulu.”6 tahun bai ,banyak lagi masa InsyaAllah” Jadi kepada rakan-rakan saya di luar Mansurah ,saya tak dapat melawat kamu semua ,jadi korang lawatlah daku ye?Lagipun kalau diteliti balik ,sedar tak sedar dah bulan 2 ,imtihaan akhir tahun bulan 5 ,jadi lebih baik gunakan masa ini untuk ulangkaji dan jawab soalan-soalan esei yang mungkin tak biasa dibuat.Imtihaan ini yang akan menentukan samada saya akan ke tahun 2 atau tidak ,dan secara tidak langsung menentukan berapa jauh lagi perjalanan untuk menjadi seorang doktor.Jadi harap sahabat semua saling mendoakanlah ,moga berjaya dunia akhirat InsyaAllah.Oh ye ,di samping aktiviti pelajaran ,masa ini jugalah nak siapkan kerja persatuan dan meneruskan semula aktiviti Smart Circle yang ditangguh sempena imtihaan.Dan juga untuk menonton drama Jepun/Korea.Hehe.

Ada juga beberapa orang senior yang akan melangsungkan perkahwinan mereka sempena cuti ini,samada di Malaysia mahupun di Mesir.Diucapkan tahniah kepada mereka (walaupun mungkin ada yang saya tak kenal) dan diharapkan jodoh berkekalan.Masa ini la nak merasa nasi minyak.Dan,ada juga murah rezeki,pulang ke tanah air untuk bercuti.Apa-apapun ,semoga berjaya ala kulli hal.


Bukan Niat Ingin Berbangga Namun Untuk Dikongsi

Pagi tadi pergi solat Subuh dekat Masjid Amin dekat Syaima’.Dulu selalu solat dekat masjid depan rumah ,tapi sebab masjid tu solat lewat jadi beralihlah ke masjid yang lain walaupun terpaksa jalan jauh sikit.Lagipun balik dari masjid boleh terus beli sarapan kat kedai roti berdekatan.Selepas solat sunat tahyatul masjid ,saya duduk dan fikir tentang apa yang nak buat hari ini.Lamunan saya tak panjang ,tiba-tiba ada seorang hamba Allah menghulurkan saya senaskhah mushaf.”Syukran” ,saya menerima mushaf itu dalam keadaan muka masih blur.Dalam hati terdetik ,betapa lalainya saya sampai dalam rumah Allah pun boleh fikir urusan dunia lagi.Lantas saya buka mushaf tersebut dan membaca surah Al-Insan ,antara surah kegemaran saya.

Kesimpulannya ,hati manusia sekarang banyak dipenuhi perkara-perkara keduniaan.Tak salah kita kejar dunia ,namun bersederhanalah.Kalau kita terlampau zuhud pun tak boleh juga ,sebab Islam mengajar kita untuk berjaya di dunia dan akhirat.Jadikan dunia sebagai tempat menyemai benih dan akhirat sebagai tempat menuai hasil.InsyaAllah.

Jadi ,setakat ini sahajalah entri yang tak seberapa ini.Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Wallahualam

::sang musafir bertopi::

Syari’Hasan Said

0 orang tak puas hati:

Post a Comment