Pages

Subscribe:

Sunday, February 7, 2010

::rubu' agaza::




Sudah genap 4 hari cuti.Sedikit bukan?Namun sebenarnya itu dah kira ¼ daripada bekalan cuti yang ada.Rubu’ dalam bahasa ammiah.Tapi saya masih belum mencapai target yang ingin dilakukan masa cuti : buat latihan dan ulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya 2 jam sehari.InsyaAllah , malam ini saya akan mulakan dengan Physiology.Setakat ini benda yang saya lakukan ialah : Khatam Atashinchi no Danshi , tonton All Riders vs Daishocker , pergi kelas ustaz pada hari Jumaat , Facebook (Pembunuh masa) dan juga berkahwin.Iya , baru semalam saya berkahwin.Dengan siapakah?


Aku dan Temanku

Saya termimpikan si dia sejak sebulan lepas.Waktu itu saya rasa sangat sunyi.Tiada yang menemani untuk ke kuliah , Wekalat dan macam-macam lagi tempat yang ada.Lantas saya mengambil keputusan untuk memilikinya.Dihitung-hitung bajet , nampaknya masih ada simpanan duit belanja 2 bulan lepas (tinggal di Mansurah sangat-sangat menjimatkan bagi mereka yang pandai urus kewangan :P).Setelah membuat keputusan beberapa kali , akhirnya saya memutuskan untuk mendapatkannya ketika cuti musim sejuk.Tanggal 6 Februari , saya bersama 2 orang rakan mencari rumahnya dan akhirnya menjumpainya setelah banyak kali bertanya kepada arab-arab sekeliling kami.Kali pertama saya memandangnya , terkesima saya melihat keanggunannya , memakai pakaian merah yang merupakan warna kegemaran saya.Dia kelihatan bersendirian , tidak bersama adik-beradiknya yang lain.Tanpa membuang masa , saya menemui ayahnya yang sedang berada di dalam rumah.Saya merisik , cuba mendapatkan si dia.Dengan persetujuan mas kahwin LE255 , saya mula berta’aruf dengan bakal isteri saya selepas akad.Saya juga membelikannya gelang jade yang berharga LE5.”Kini kau milikku” bisik hati saya.Saya dan isteri pulang ke rumah bersama , mengharungi kesesakan jalan raya pada malam hari.Isteri saya , iaitu basikal saya :P (Yelah , takde duit lagi , immature pulak , kahwin dengan basikal jelah dulu .Lagipun calon zaujah pun masih blur lagi)


Sesi Klinikal

Biarkan gambar berbicara.




Gambar atas ini masa saya diberi peluang untuk masuk ke OT (Operation Theatre) di Urology & Nephrology Center Mansoura University.Memang satu pengalaman yang agak baru , dan susah nak dapat kat mana-mana.Ada kawan cakap , sape yang tengok operation pastu rasa mual , nak muntah memang takleh jadi doktor walaupun akademik dan teori bagus.Memang betul pun.Jadi doktor bukan kerja pandai baca buku je , kemahiran dan emosi itu kena ada.Dan terima kasih kepada para staf hospital atas layanan memuaskan , terutamanya Redha.Haha.



Tangan bukan hilang sebenarnya , baju tu besar sangat , bila tangan letak belakang pun boleh terlindung.

Baiklah , sekian sahaja untuk kali ini.Nak pergi mencapai target.Penutup buat entri kali ini :

"Tengoklah orang yang lebih muda dari kamu , ambil pengajaran daripadanya , sesungguhnya dia lebih sedikit membuat dosa darimu , dan tengoklah orang yang lebih tua dari kamu , sesungguhnya dia lebih banyak amalan darimu."

0 orang tak puas hati:

Post a Comment