Pages

Subscribe:

Monday, February 15, 2010

::apa tajuk post ini?::



Ah.Agak banyak sebenarnya perkara yang ingin aku kongsikan dalam blog yang sederhana ini , yang mana tidak sehebat blog-blog sahabatku yang lain.Namun setiap kali aku mula menaip , jari-jemariku seolah-olah malas dan aku menjadi “blank” secara tiba-tiba.Mungkin niat aku untuk menaip itu sendiri yang salah.Teringat pula kepada kisah yang diceritakan oleh sahabatku Naim semasa kami mengikuti program Road to Dumyat anjuran Unit Pembangunan Insan PCM.Kisah mengenai seorang hamba yang soleh ,yang sering menyebarkan peringatan kepada manusia di sekitarnya mengenai kebesaran Allah SWT dan sebatang pokok.


KISAH TELADAN

Kisahnya bermula di sebuah kampung , di mana terdapat seorang pemuda yang rajin melakukan amal makruf dan nahi mungkar.Dia sering berkhutbah , memberi peringatan kepada orang-orang kampung agar taat kepada perintah Allah dan menjauhi laranganNya.Suatu hari , dia dikhabarkan tentang sebatang pokok misteri yang disembah sebagai berhala oleh orang-orang kampung di hujung kampung tersebut.Lantas dia merasa geram dan mencapai kapaknya untuk menebang pokok tersebut kerana bimbang dengan perlakuan syirik orang-orang kampung .Dalam perjalanan pemuda itu telah dihalang oleh iblis yang cuba menggodanya agar tidak menebang pokok tersebut , namun dengan keimanan yang tinggi pemuda itu berjaya menekan iblis tersebut sehingga iblis tersebut menjerit-jerit kesakitan.Iblis itu meminta pemuda tersebut melepaskannya dan berjanji bahawa pada keesokan harinya , ramai yang akan hadir mendengar khutbah pemuda tersebut.Setelah mendengar janji iblis tersebut , pemuda tersebut pun melepaskan makhluk Allah yang terkutuk itu.

Memang sah , ramai yang hadir ke khutbah pemuda tersebut.Pemuda tersebut akhirnya meyakini janji yang diberi sang iblis.Selepas tamat khutbah , pemuda tersebut cuba semula untuk menebang pokok misteri yang menjadi sembahan para penduduk kampung tetapi sekali lagi dihalang iblis dengan janji-janji lain.Perkara ini berlanjutan sehinggalah pada suatu hari , semakin sedikit yang hadir ke khutbah pemuda tersebut , dan pemuda tersebut betul-betul bertekad untuk menebang pokok misteri itu.Seperti biasa , dia dihalang iblis namun pada kali ini dia cuba untuk menekan iblis itu seperti pada pertama kalinya.Usahanya tidak berjaya namun sebaliknya pemuda itu yang ditekan oleh iblis.Pemuda itu berasa hairan kenapa pada kali ini dia tidak berjaya mengalahkan makhluk yang cuba menggodanya itu walhal dia seorang yang alim dan mempunyai iman yang kuat.Iblis itu berkata :

Wahai pemuda , pada kali pertama kamu cuba menebang pokok itu , niat kamu hanyalah kerana Allah SWT demi menyelamatkan penduduk kampung daripada melakukan perbuatan syirik , namun pada kali ini , niat kamu berubah , kamu ingin menebang pokok itu kerana jumlah yang menghadiri khutbahmu semakin sedikit dan kamu berasa megah dengan kehebatan kamu berkhutbah”

Kesimpulan yang boleh diambil dari kisah ini , kita selaku khalifah Allah di muka bumi ini haruslah menetapkan niat ke atas segala perkara yang dilakukan hanya kerana Allah SWT , bukan kerana benda lain.Walhal jika kita menetapkan 2 niat sekalipun , seperti niat kita belajar kerana Allah dan ibubapa juga tidak boleh kerana kita menyamakan taraf Allah dengan perkara yang lain.Menyamakan Allah dengan perkara yang lain membawa kepada syirik.Masya Allah…moga-moga kita dijauhkan daripada perkara sebegini.

Seperti juga dalam melakukan ibadah , kadang-kadang kita merasa bangga apabila kita banyak bertahajjud , banyak melakukan amalan-amalan sunat , hafal Al- Quran dan sebagainya.Pada mulanya , hati kita ikhlas kerana Allah , namun semakin lama akan timbul perasaan ujub dalam hati yang boleh menghalang kita daripada istiqamah melakukannya.



BLOGGING UNTUK APA?

Keadaan tadi tidak hanya terhad pada amalan rohani semata-mata namun ia juga boleh terjadi dalam aktiviti seharian kita juga.Contoh paling dekat dengan kita para pembaca/penulis blog ialah blogging itu sendiri.Adakah kita sedar apa tujuan kita menaip entri-entri baru dalam blog kita?Adakah kita menaip entri baru untuk mengelakkan blog kita daripada dilabel sebagai blog yang penuh dengan debu dek tidak diupdate?Adakah kita menaip untuk bermegah dengan kehidupan mewah kita?Dan adakah kita blogging atas nama dakwah namun sebenarnya hanya untuk menunjukkan kita ini seorang yang baik , alim dan sebagainya?Aku bukanlah bermaksud untuk menuding jari kepada para blogger di sekitar aku , namun aku tujukan persoalan itu lebih banyak kearah aku sendiri.Ada kemungkinan entri yang aku taip itu hanyalah sekadar untuk mengaburi mata para pembaca dan pelbagai niat yang lain , wallahualam.Manusia tidak bisa membaca mata hati orang lain.Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berselindung di sebalik hati manusia.Kebanyakan kita memang arif dan kreatif dalam penulisan yang bermutu tetapi adakah apa yang ditulis/ditaip itu kita amalkan atau sekadar pesanan kosong yang ditujukan kepada orang yang kita anggap tarafnya lebih rendah dari kita?Bersusah-susah kita upload lagu Raihan untuk dikongsi dalam blog bagi menampakkan “first impression” kepada orang lain namun dalam dunia sebenar kita hanya mendengar lagu-lagu jiwang , adakah itu kita?

“STATUS” BIAR KENA PADA DIRI

Mungkin aku bukan contoh terbaik dalam memberi nasihat kepada orang lain.Sikap aku yang menggemari hiburan dari negara matahari terbit serta rupa yang tidak berjubah , berkopiah dan berambut panjang (tapi tak panjang sangat lah , lagipun akan potong juga dalam masa terdekat) mungkin menyebabkan orang tak percayakan aku.Lupakan semua itu.Aku hanya ingin berkongsi apa yang aku dapat dari pembelajaranku.Sekarang ini fenomena mempunyai Facebook dan YM (Yahoo Messenger) itu perkara biasa dalam hidup seorang pelajar.(Saya baru sahaja menyahaktifkan akaun Facebookku buat sementara waktu atas sebab-sebab peribadi , jadi buat keluarga dan sahabat , hubungi ikut YM jelah ye).Menariknya FB dan YM ini , para pengguna boleh berkongsi status (apa yang sedang dibuat dengan para pengguna lain).Kadang-kadang saya “menyampah” juga dengan status-status yang dikongsi oleh saya sendiri mahupun pengguna lain.Antaranya :

* Lulu is married to Lala (Bagi kes couple)

* ”Ah , menyampahnye hari ini macam sampah (Tiada tujuan)

* Si Fulan hits you with Barney pillow! (Aplikasi pukul-memukul bantal)

Ada juga status yang baik , seperti menyebarkan dakwah dan ilmu , itu saya sangat respek.Tetapi kita juga harus ingat , biarlah status itu kita amalkan , contohnya seperti status : “Mencari mardhotillah” tetapi sebaliknya di dunia sebenar kita sedang menonton drama nangis Korea.Ingatlah , “Action speaks louder than words.”

KESIMPULAN

Entri ini terlalu panjang , jadi sesiapa yang taknak baca dipersilakan , yang nak baca terima kasih diucapkan.Apapun , post kali ini lebih cenderung tentang isu niat , tidak timbul isu drama Jepun atau Korea yang baru ditonton.Saya harap , entri ini dapat memuhasabahkan diri yang lemah ini dan juga orang sekitar saya.Baiklah , ingin berehat.Baru sahaja balik bermusafir ke Raksul Bar , Dumyat.

::sang musafir bertopi::

0 orang tak puas hati:

Post a Comment