Pages

Subscribe:

Tuesday, February 16, 2010

::cerpen - mencari diri yang sebenar::

PROLOG : RINTIHAN SEORANG HAMBA
Suki dayo to Kyou mo ienai mama…”
Lagu Kimi no Suki Na Uta dendangan kumpulan UVERworld dari negara matahari terbit kedengaran di dorm yang asalnya sunyi sepi itu.Jam menunjukkan pukul 3 pagi.”Tit!” Lagu tersebut berhenti dimainkan.Empunya telefon bimbit tersebut mematikan nada deringnya dengan pantas supaya tidak mengganggu rakan-rakannya yang sedang enak dibuai mimpi.Lantas dia bangun , mencapai tuala dan menuju ke tandas untuk mengambil wudhu’.Walaupun masih mengantuk , dia gagahkan juga dirinya , melawan bayangan katil yang seolah-olah menggodanya untuk tidur kembali.Air yang sejuk juga seolah-olah menguji keimanannya agar tidak berwudhuk.
Selesai berwudhuk , dia menukar persalinannya.Kain pelikat hadiah daripada nenek serta baju melayu berwarna biru muda disarungkan pada badannya yang tidak terlalu kurus itu.Dengan lafaz bismillah , dia melangkah keluar dari dorm dan menuju ke surau yang tidak terlalu jauh.Sekali lagi , dia diuji dengan kegelapan malam ,tambahan pula asrama sekolahnya itu sering dilabel “keras”,namun apakah erti semua itu baginya , hanya Allah sahaja yang layak ditakuti.Sampai di surau , dia dapat melihat beberapa orang rakannya sedang bermunajat kepada Yang Maha Pencipta , khusyuk bertahajjud , mengalir air mata di pipi mereka.Subhanallah.Dia memasuki surau , mencari penjuru yang sering menjadi tempat sujudnya iaitu berdekatan dengan tiang.Kemudian bertahajjud.Takutkan Rabb-nya.Takutkan azab neraka-Nya.Bimbang tempatnya di akhirat kelak.Selesai bertahajjud dia membaca surat cinta daripada Tuhannya :- Al-Quran.Walaupun bacaannya tidaklah selancar mana namun hasil pemahamannya terhadap surah yang dibaca menusuk kalbunya.Air mata tidak henti-henti mengalir di pipinya.
“Ya Allah , hinanya aku di sisi-Mu…”

BEBAS DARI KEJAHILAN
Pagi Isnin yang biasa.Cuma baginya kali ini luar biasa.Minggu ini merupakan minggu terakhir dia memegang jawatan selaku Unit Budaya di sekolahnya.Jawatan yang agak besar , agak susah dipikul oleh pelajar yang tidak pernah memegang jawatan sebelum ini.Oleh kerana peperiksaan percubaan SPM akan tiba tidak lama lagi , dia berniat untuk berjumpa dengan guru Bahasa Inggerisnya bagi membincangkan tajuk-tajuk yang dijangka keluar dalam peperiksaan.Dia agak mesra dengan gurunya , walaupun dia seorang pendiam , namun tidak menghadapi masalah dalam berkomunikasi dengan gurunya.Selesai berdiskusi , dia menuju ke pintu keluar jabatan bahasa.Belum sempat sampai ke sana , dia dipanggil oleh ketua jabatan bahasa ke biliknya.
Ada apa cikgu?” dia bertanya dengan tenang.
Takde , cuma nak tanya , apa yang Amirul dengan Cikgu Hasni bincangkan tadi?Macam mesra sangat , lain macam je” Cikgu Suliza , ketua jabatan bahasa menjawab.
Oh , saya cuma bincang pasal esei BI je , takde apa-apa yang lebih dari tu.”
Cikgu Suliza tersenyum dan mempersilakan Amirul keluar.Amirul hairan , adakah terlalu mesra kelakuannya dengan Cikgu Hasni sehingga menimbulkan?Sedangkan jika difikirkan semula , dia lebih banyak diam dan hanya ketawa semasa gurunya itu bergurau.Teringat pula kata sahabatnya : “Cikgu-cikgu kat jabatan tu competitive , tak boleh tengok orang lain lagi tinggi dari diorang.” Adakah kejadian ini buktinya?Wallahualam.Dia tidak boleh bersangka buruk terhadap mereka yang banyak mengajarnya.Dia bergegas ke kelas.Masa rehat masih berbaki 5 minit.
Fuh , letih betul kelas hari ni.Nasib baik hari Khamis, petang ni bolehlah “berenang” atas katil sampai Asar.” Fathi , rakan sekelas Amirul bersuara.Dia merupakan rakan yang paling Amirul percayai , dan satu sekolah sudah memandang mereka seakan-akan adik beradik , termasuklah pihak pengurusan sekolah.Dia dan Amirul dalam perjalanan ke dewan makan untuk menyantap sajian tengahari.Lauk ikan “jacket”.Lauk tipikal asrama.Namun itulah yang menjadi kegemaran Amirul sepanjang setahun lebih di asrama.
Am…petang ni lepas Asar kita jamming nak kat bilik muzik?” Fathi bertanya.Mulutnya masih penuh dengan makanan.
Jamming…maaflah , aku ada kerja sikit nak buat.Maklumlah , aku dah nak bagi jawatan kat si Syahir form 4 tu…aku taknak bebankan dia dengan kerja-kerja yang tak siap.” Amirul menjawab.
Takpelah , aku pergi sorang jelah , takpun ajak budak orchestra yang lain.” Fathi memberi terhadap jawapan tersebut.
Sebetul-betulnya Amirul ingin meninggalkan dunianya sebelum ini.Dunia penuh hiburan yang tidak syarie.Yang penuh masalah sosial.Penuh pergaulan lelaki dan perempuan.Baginya hiburan itu indah , tapi apabila dicampur dengan perkara yang melalaikan dan haram , menyanyikan lagu-lagu memuja perempuan , ia menghancurkan keindahan hiburan tersebut.Amirul menghabiskan sisa-sisa makanannya dan meninggalkan meja makan tanpa menyedari sepasang mata sudah lama memerhatikannya….
Akan Bersambung…InsyaAllah

0 orang tak puas hati:

Post a Comment