Pages

Subscribe:

Wednesday, February 17, 2010

::cerpen - mencari diri yang sebenar part 2::

SMS?

Petang ni ada meeting kejap , tolong datang

Amirul membaca kiriman SMS daripada Ketua Pelajar , Faizal.Sebenarnya pembawaan telefon bimbit ke sekolah tidak dibenarkan oleh pihak atasan namun kenyataan itu tidaklah diendahkan sangat , cuma mana-mana pelajar yang didapati menggunakan telefon bimbit ketika waktu akademik akan dikenakan tindakan.

Tiba-tiba Amirul teringat sesuatu perkara , yang dia tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang penting namun boleh merosakkan maruah dan namanya.Sejak kebelakangan ini dia sering menerima SMS yang berbunyi ugutan , mengancam keselamatan dirinya.Entah daripada siapa , dan entah mengapa.Dia hairan , apa yang membuat si pengirim berbuat demikian.

Ah , lupakan sajalah.Nanti mengganggu study aku pulak ,” dia bermonolog.

Petang itu , selepas solat Asar berjemaah di surau , Amirul berjalan perlahan menuju ke bilik mesyuarat persatuan pelajar sekolah.Hampir semua ahli sudah berada di sana , kecuali Hasyim dan Faris yang berkemungkinan tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.Kebetulan pula sekolah mereka baru sahaja dikuarantin dua minggu sebelumnya bahana wabak H1N1.Mesyuarat dimulakan tepat jam 5 petang.Faizal selaku ketua pelajar menjadi pengerusi mesyuarat , manakala ahli-ahli lain sudah bersedia dengan usul-usul yang akan dipertengahkan pada mesyuarat kali ini.Amirul tidak terkecuali.Memandangkan mereka semua akan menyerahkan jawatan masing-masing kepada pelajar junior , jadi mesyuarat ini dianggap sebagai sesuatu yang sangat penting berbanding mesyuarat-mesyuarat yang lepas.

Mesyuarat pada petang tersebut berakhir tepat jam 6.30 petang.Tanpa membuang masa Amirul bergegas ke dewan makan untuk menyantap makan malam.Dia khuatir akan terlewat ke surau untuk solat Maghrib selepas itu.Bukan untuk menjaga namanya sebagai orang yang berjawatan tinggi di sekolah , tetapi untuk menjaga hubungannya dengan Yang Maha Esa.Lauk ayam pedas yang sedikit masin itu beserta nasi yang keras itu ditelan perlahan-lahan supaya tidak tercekik.Sedang dia menikmati hidangan makan malamnya itu , telefon bimbitnya bergetar , satu SMS telah diterima.

“Am , jumpa dekat dorm A7 sekejap ,sekarang , ada hal nak aku nak selesaikan dengan kau.”

JANGAN NAK PERASAN

Amirul melewati dorm A7 , bersebelahan dengan dormnya sendiri.Dia masih hairan ; siapa yang hendak berjumpa dengannya pada waktu sebegini?Setelah diselidik nombor telefon yang terpampang di skrin telefon bimbitnya , ternyata itu adalah nombor telefon sama yang kerap menghantar SMS berbunyi ugutan kepadanya.Dia membuka pintu dorm , dan ternyata ada seorang lelaki , bertubuh tegap , sedang menghisap sepuntung rokok.

Rahman!” Amirul terpaku.Rupa-rupanya yang kerap menghantar SMS ugutan kepadanya itu adalah rakan satu dormnya sendiri.Entah mengapa selama ini matanya dibutakan daripada mengetahui perkara yang sebenar.Selama ini dia dan Rahman tiada apa-apa masalah , malah mereka sering belajar bersama selepas waktu prep malam.Katil mereka berdua juga bersebelahan.Tetapi , apakah yang membuat Rahman memanggilnya pada masa sebegini dan kerap menghantar SMS ugutan kepadanya?

“Kau terkejut?Heh , maklumlah.Dah jadi ustaz , bakal ahli syurga kononnya.Dah tak hisap rokok , tak main muzik keras-keras macam dulu ,” Rahman berceloteh dengan nada yang sinis.Asap rokok dihembuskannya ke luar tingkap.Lantas dia mendekati Amirul dan melepaskan tumbukan , namun Amirul berjaya menepisnya sebelum tumbukan itu sampai ke perutnya.

“Aku nak kau jadi diri kau yang sebenar balik Amirul , cukuplah berlakon jadi ustaz depan orang ramai depan perempuan, dulu kau jugak yang buat program maksiat kan?Perempuan menyanyi depan lelaki?Kau nak jadi ustaz murtad ke apa? Rahman mengugut , suaranya yang lantang itu cukup menyakinkan Amirul bahawa dirinya tidak berniat untuk bergurau.

“MasyaAllah , Rahman , sabar , banyakkan istighfar , dengar dulu penjelasan aku…,” Amirul membalas.

“Tengok , masa ni pun kau nak berlagak lagi ke jadi ustaz ? Wei , sedarlah diri kau tu sikit , sekolah agama pun tak pergi , Quran pun baca macam bayi , kau tu layak ke nak nasihat orang macam aku?Orang macam kau ni layak jadi sampah masyarakat je lah!” Rahman menolak Amirul dengan kuat , menyebabkan rakannya itu terjatuh di atas lantai simen yang keras itu.

MENCARI DIRIKU YANG SEBENAR

Amirul menahan rasa sakitnya.Dia gagahkan dirinya untuk bangun dan mendekati semula Rahman , walaupun dirinya masih dalam trauma dengan kata-kata rakan satu dormnya itu.

“Man…cuba beritahu aku…dari mana asalnya kita?Siapa yang menciptakan kita?Apa tujuan asal hidup kita di dunia ini Man? Amirul bersuara.

Rahman mendiamkan dirinya.Sepertinya dia tidak mahu menjawab pertanyaan tersebut.Perasaan marahnya masih belum reda.Amirul mendapati caranya untuk menenangkan Rahman tidak berkesan.

Dengarlah hai sobat

Saat kau maksiat

Dan kau bayangkan ajal mendekat

Apa kan kau buat

Kau takkan selamat

Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat

Sebelum terlambat

Ayuh sama-sama kita taubat

Dunia sesaat

Awas kau tersesat

Ingatlah masih ada akhirat

Astaghfirullahal'azim

“Apa kena dengan kau?Tiba-tiba menyanyi , kau ingat hal ni dah selesai?” Rahman sepertinya tidak senang dengan nyanyian Amirul itu.

“Hayatilah lagu ini dalam-dalam sahabatku , aku bukan sengaja menyanyi untuk suka-suka , aku ingin beri peringatan kepada kau , sesungguhnya tak kira orang tu ustaz ke ,orang biasa ke , semuanya terdorong kepada maksiat , dan semuanya wajib elakkan diri dari melakukannya , sebab azab Allah itu di akhirat nanti pedih Man , buat orang-orang yang banyak berdosa,” Amirul menjawab.

Ingat mati, ingat sakit

Ingatlah saat kau sulit

Ingat ingat hidup cuma satu kali

Berapa dosa kau buat

Berapa kali maksiat

Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astaghfirullahal'azim

Pandanglah ke sana

Lihat yang disana

Mereka yang terbaring di tanah

Bukanlah mereka

Pernah hidup juga

Kita pun kan menyusul mereka

Astaghfirullahal'azim

“Allahuakbar , Allahuakbar…”

Azan Maghrib berkumandang sebaik sahaja Amirul menamatkan nyanyiannya.Rahman terkedu seketika , dia merasakan hatinya seolah-olah bergetar mendengar seruan yang suci dari surau sekolah.Titisan air mata mula muncul di pipinya.Dia seolah-olah bingung dengan perasaan yang dihadapinya sekarang.

“Rahman , sesungguhnya seseorang berubah ke arah kebenaran hanya dengan izin Allah , hanya kerana Allah , bukan kerana manusia , kerana jika seseorang berubah kerana manusia , itu dikira syirik Man , adakah seseorang itu mampu memberi pahala?Tidak bukan?Hanya Allah sahaja yang layak memberi balasan atas perbuatan hambanya.Sedarlah , dunia ini cuma persinggahan kita , walaupun kita bukan lulusan sekolah agama , kita bukan yang terbaik , kita sukakan muzik , namun itu bukan sebab yang boleh menghalang dari kita mencari redhaNya.Sebab dia Maha Adil dan Maha Pengampun , dia mengampunkan dosa-dosa orang macam kita yang bertaubat Man , sudahlah , jom ke surau…solat Maghrib berjemaah ,” kata Amirul sambil memegang bahu rakannya itu.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. – Ali Imran ayat 104

P/S – Cubaan pertama membuat cerpen , insyaAllah akan cuba perbaiki lagi dari semasa ke semasa.(Dah lama tak buat esei bahasa Melayu)

0 orang tak puas hati:

Post a Comment