Pages

Subscribe:

Friday, January 1, 2010

::sibuk::


Saban hari kehidupanku semakin banyak beban yang harus dipikul,demi kebaikan diri sendiri,keluarga,mahupun orang yang berada sekitar saya.Letih tu tak payah cakap,memang tersangat-sangat letih.Sampai terpaksa sediakan satu planner setiap minggu untuk buat tugasan-tugasan yang diamanahkan.Nak tulis entri blog pun dah ada waktu tersendiri,hujung-hujung minggu je.Lepas tulis blog kena ulangkaji.Lepas tu hafalan.Dan macam-macam lagi.Terasa macam sehari itu sekejap je.Seminggu pun sama.Pejam-celik dah habis seminggu yang memenatkan di kuliah.

Ada sekali pernah "chatting" dengan seorang junior di MRSMPC yang juga mempunyai kakak yang sedang menuntut ilmu perubatan di bumi Anbiya' ini,dengan selambanya dia berkata :

"Bukan kerja korang tengok cerita Korea je eh?"

Heh.Terkejut juga dengar kenyataan sebegitu.Walaupun saya juga peminat drama Jepun dan Korea,tapi masih banyak lagi drama yang belum sempat saya tonton dalam laptop saya ini.Tiada masa untuk berbuat demikian.Mungkin saya boleh kumpul banyak-banyak dan tonton semaksima mungkin ketika winter break nanti.Itu pun,kalau sempatlah,sebab winter break nanti saya tidak berkesempatan untuk cuti semaksima rakan-rakan lain.Sebabnya saya akan menjalani "clinical training" di hospital universiti.Nasib baik dari pukul 8 pagi hingga 2 petang je setiap hari.

Sekarang ini baru saya sedar.Perubatan di Mesir tidak seberat perubatan di Malaysia.Lebih-lebih lagi sesiapa yang mengambil program Mansoura-Manchester.Konvensional pun lebih kurang sama sebenarnya.Kalau di Malaysia program perubatannya umpama program Manchester disatukan dengan program Konvesional.Tapi walaubagaimanapun dah namanya ilmu perubatan,tidak ada istilah senang pun sebenarnya.Semua susah.Kalau Allah jadikan semuanya senang manusia takkan ada niat nak berusaha.Dan segala apa ujian dan dugaan yang manusia dapat InsyaAllah akan dapat diatasi sebab Allah tidak menguji manusia dengan sesuatu di luar jangkauan manusia.

Imtihaan Mid-Year bagi program Konvensional dan Midterm bagi Manchester hampir tiba,kurang sebulan sahaja lagi.Sekarang ini semua doktor macam bertungkus lumus nak habiskan silibus,kesannya ke atas kami ialah kami terpaksa luangkan banyak masa untuk memahami sesuatu tajuk yang diberi dengan lebih mendalam.Doktor sekadar memberi pengenalan,kami lah yang kena cari pengakhirannya.Bagi subjek Anatomy,kelas praktikal amat membantu bagi memahami semula apa yang diajar ketika kuliah.Begitu juga dengan subjek-subjek lain kecuali Biochemistry ,di mana ia adalah kelas untuk "bergembira" kerana dapat buat eksperimen seperti gambar di atas.Hehehe.Kelas praktikal Histology pula sudah menjadi kelas Pendidikan Seni sebab kami perlu melukis "stained cells".Cuma warnanya terhad kepada biru dan merah saja (ada juga kuning bagi Van Gieson's stain).

Ustaz Salman telah melancarkan satu program yang diberi nama oleh para senior ,iaitu Program Doktor Faqih ,di mana selain mempelajari ilmu perubatan,para pelajar juga akan mengambil subjek tambahan iaitu agama yang merangkumi pelbagai bidang seperti hadith,fiqh,tasawuf dan sebagainya.Jadi satu kelebihan bagi sesiapa yang belajar perubatan di Mesir.Dunia dapat,akhirat pun dapat.Keterangan lanjut boleh didapati di blog Madrasah Imam Nawawi.

Semalam (1 Januari 2010) ,hari yang pertama dalam dekad yang terbaru ,dan juga hari pertama bekerja sebagai AJK dalam Unit Ekonomi PCM.Sebelah paginya saya menyiapkan design iklan VOIP manakala petangnya saya sedikit sebanyak menolong untuk membuka gerai jualan sempena pertandingan bola jaring.Tiba-tiba teringat semasa menjadi BWP dulu.Tapi PCM dan BWP adalah dunia yang berbeza walaupun sama.Dan saya memang tak berniat nak aktif sangat sampai nak jadi Exco.Sekadar menjadi sebahagian daripada Unit Ekonomi pun cukup.Sebab dulu saya "cemburu" tengok junior-junior yang jadi PUM bawah kendalian Ustaz Fadzli.Hehehe.

Masalah yang terbesar dalam mengharungi kesibukan ini ialah : Winter.Sekarang cuaca semakin sejuk umpama dalam drama Korea ,cakap sikit dah keluar asap.Bukan asap rokok ye.Baju pun semakin tebal kena pakai , kalau dulu sekadar long sleeve dah cukup , sekarang kena pakai paling kurang 2 lapis.Dan saat-saat sebeginilah tidur anda amatlah lena.Aduh.

Apa yang penting , saya harap di sebalik kesibukan ini ,ada hikmah yang besar di sebaliknya.Saya yakin Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.Dan semoga Allah memberikan kekuatan bukan kepada saya sahaja , kepada semua agar kita terus istiqamah beribadat dan beramal kepadaNya.InsyaAllah.

::sang musafir bertopi::

2 comments:

  1. salam.
    clinical training???
    memang universiti suruh buat or buat sendiri??
    untuk saja isi masa lapang cuti or ade kaitan dengan universiti??
    camne leh mohon nak wat clinical trainig??

    ReplyDelete
  2. salam.
    clinical training tu universiti yang anjurkan.
    14 orang je boleh join...tu macam salah satu program universiti la..
    tak mohon pun..cuma dia tawarkan..jadi join je la..

    ReplyDelete