Pages

Subscribe:

Friday, December 25, 2009

::sosial itu bagus::


Sosial itu bagus.Ye.Tidak dinafikan.Sekali lagi saya nak cakap : Sosial itu bagus.Kenapa saya cakap sosial itu bagus?Mungkin anda kurang bersetuju dengan pernyataan saya , tetapi tunggu dulu!Jangan angkat penumbuk lagi , isbir-isbir!Dengar dulu apa yang saya nak luahkan di atas blog saya yang tidak seberapa ini.Sesungguhnya jauh sekali jika saya katakan blog saya sebagai blog dakwah , sebab saya bukanlah seorang yang alim dalam bidang agama.Juga ini bukanlah blog petisyen atau ketidakpuashatian terhadap mana-mana persatuan.Blog ini hanyalah tentang kehidupan seorang musafir.Seorang musafir bertopi.

Bayangkan anda berada di sebuah pulau.Pulau yang sangat terpencil di mana semua line telefon tidak kira Maxis , DIGI mahupun Etisalat tiada liputan.Seolah-olah berada kat hujung dunia.Atas pulau tersebut semua lengkap , hotel five-star ,restoran bertaraf antarabangsa , Welatain , Sonesta mahupun apa-apa yang anda inginkan ada di pulau tersebut.Setiap hari anda menjalani kehidupan yang mewah.Cuma satu je yang kurang.Anda KESEORANGAN.Lalat yang selalu mengacau pelajar Mansurah untuk belajar pun takde.Agak-agak anda boleh hidup tak?

Allah SWT telah menciptakan kita dari pelbagai bangsa dan kaum , lelaki dan perempuan untuk kita saling mengenali.Adalah satu fitrah di mana manusia memerlukan teman dalam hidupnya.Manusia pertama sendiri iaitu Nabi Adam a.s , walaupun hidup mewah di syurga , tetap memerlukan teman.Sebab itulah Allah ciptakan Hawa.Harta-benda tidak sama nilainya dengan teman , lebih-lebih lagi teman yang sejati.

Jadi , adakah dengan hujah ini sahaja saya mengatakan sosial itu bagus?Cuba kita lihat pemahaman rakyat sekarang ini terhadap sosial.Apa yang mereka faham tentang sosial ialah seperti melepak di Caesar Pizza ,menaiki cruise,berbelanja di Sikkah Gadidah - tetapi bersama-sama yang berlainan spesies atau jantina.Kalau ada si fulan yang datang kat kita dan cakap "Kau ni sosial betullah" dia maksudkan benda-benda ini lah.Bagi saya ,ini bukan sosial.Tetapi masalah sosial.Atau lebih tepat lagi , ikhtilat.Apa itu ikhtilat?Macam tha'miyyah bil baidh ke?Tanyalah kepada orang yang lebih arif.

Senang saya nak gambarkan sosial ini sebagai satu hidup bermasyarakat dalam satu komuniti.Seperti kehidupan berkeluarga.Merujuk kitab "Apa Ertinya Saya Seorang Muslim" karangan Fathi Yakan , bukan kita sahaja yang harus menjalani kehidupan Islami , tetapi orang di sekitar kita juga.Yang paling dekat dengan kita tentulah keluarga.Bagi warga Mansurah ,sudah tentu orang yang paling dekat dengan kita ialah ahli bait kita sendiri.Jadi di samping kita memperbaiki diri kita sendiri untuk menjadi Muslim yang Mukmin , kita juga kena pastikan orang sekeliling kita turut berusaha ke arah matlamat tersebut.Kalau ada berlaku kemungkaran di kalangan kita , adalah menjadi kewajipan kita untuk menegurnya dengan cara yang berhemah.Tidak perlu ada tumpah darah mahupun pertandingan tomoi.Anggap sahaja mereka tidak tahu tentang larangan Islam terhadap perkara tersebut.Tetapi kalau dah tahu ,jangan pula buat-buat tidak tahu.

Entri saya kali ini sedikit sebanyak berkaitan dengan entri lepas iaitu mengenai Smart Circle / SC yang dijalankan di Mansurah ini.Saya rasa SC adalah medium yang tepat bagi seseorang untuk bersosial dengan cara yang betul , berlandaskan Islam.Saya bukanlah taip benda ini semata-mata nak ganti saudara Aizat Sofian selaku pengarah SC ,namun saya cuma ingin bangkitkan kesedaran terhadap rakan-rakan yang belum menyertainya atau malas nak ke SC.Daripada berikhtilat , baik berSC bersama-sama mentor yang punya banyak ilmu dan pengalaman.Bukannya setiap hari pun.Pada hujung minggu je.Paling kurang pun sejam sahaja.Teringat saya kepada kata-kata saudara Nasa semasa program Intro To Smart Circle tadi :

"Sesungguhnya meluahkan masalah kepada orang berlainan jantina adalah budaya barat,kenapa kita nak ikut walaupun kita ini beragama Islam?"

Saya serba-sedikit "terasa" jugalah ,teringat zaman lampau.Saya bukanlah contoh terbaik untuk sesiapa ikuti , saya cuma seorang yang biasa.Seorang Musafir Bertopi yang biasa.

Sekali lagi , Sosial Itu Bagus!

Okay , kembali menelaah pelajaran.Walaupun dalam minda sedang terfikir satu masalah jiwa.Dan juga drama Korea. :P

::musafir bertopi::


2 comments: