Pages

Subscribe:

Friday, December 18, 2009

::SC oh SC::



“Eh , tak nak gi SC ke?” saya bertanya , cuba mendapatkan kepastian.

“Em,aku dah down la nak gi SC…” dia menjawab , sambil mencebikkan mukanya.

Saya yang kebetulan turun dari imarah untuk ke masjid bagi menunaikan solat Isyak agak pelik sedikit dengan perangai si fulan tersebut.Down untuk ke SC?Macam mana boleh down?Saya hanya tersenyum lalu meninggalkannya dan terus menuju ke masjid , dan seterusnya pergi ke rumah mentor saya untuk sesi SC (Smart Circle) anjuran PCM yang kami adakan setiap malam Jumaat.SC saya yang asalnya mempunyai 7 orang ahli ,kini tinggal 5 orang selepas perpindahan 2 orang ahli ke Universiti Al Azhar , namun yang hadir cuma 3 orang sahaja.Termasuk mentor,5 orang.Persoalannya , mengapa ada sesetengah warga Mansurah yang memandang SC sebagai sesuatu yang remeh , tidak penting , dan punca untuk down?Apa yang SC buat sehingga mereka berperangai sedemikian?

Bagi pendapat saya , ramai yang memandang SC sebagai tidak relevan bagi pelajar perubatan.Mereka fikir kehidupan sebagai pelajar perubatan adalah dengan menelaah buku yang tebal-tebal ,menghafal origin dan insertion muscles ,dan structural formula kimia sahaja.Belajar 24 jam.Jika tidak belajar maka mereka rasa mereka akan gagal dalam peperiksaan.Persoalan di sini : Adakah mereka yang menentukan najah peperiksaan mereka kelak ?Jawapannya sudah semestinya tidak.Kita hanya boleh merancang.Allah yang menentukan semuanya.Hafallah semua buku-buku sekali dengan nombor muka surat sekalipun , tidak tentu lagi kita akan mendapat pangkat mumtaz.Tiada nilai pun usaha kita dalam kejayaan kita kerana sesungguhnya semua itu datang dari Khaliq kita.Usaha itu tuntutanNya supaya kita tidak berasa terlalu “dimanjakan” , seperti pepatah “Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

Anggapan orang ramai yang mengatakan bahawa SC ialah untuk “orang-orang baik” sahaja juga tidak relevan.Saya sendiri pun , bukanlah lulusan STAM , jauh sekali belajar di sekolah menengah agama , hanya lulusan sekolah berasrama yang berkonsep sekular sahaja , namun saya dapat rasakan SC ini sesuai untuk semua.SC adalah satu cara dakwah yang berkesan kerana ia menggunakan konsep “usrah” yang diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi.Melalui cara ini , kita mudah mengenali sesama ahli-ahli dan sekiranya mereka ada masalah mereka boleh terus merujuk kepada mentor mahupun ahli-ahli lain.SC juga bukan hanya menumpukan pada soal agama sahaja , SC adalah versatile mengikut kreativiti para ahli.Satu usrah juga boleh menjadi satu pasukan futsal misalnya.Kumpulan nasyid pun boleh.Pendek kata , “bukan orang bertaraf wali sahaja yang layak menghidupkannya.”

SC juga jika diperhatikan dari sudut sosial , amat penting bagi seorang pelajar perubatan.Seorang pelajar perlu sedar yang dia akan bertugas di sebuah organisasi hospital pada masa akan datang ,jadi kemahiran sosial dan komunikasi amat penting.Kita tidak mahu doktor-doktor hanya pandai belajar namun di sudut komunikasi dengan pesakit gagal.Secara amnya , kita juga tidak mahu warga Malaysia pada masa hadapan hanya bijak dalam pelajaran , tapi tidak tahu mengamalkannya kepada masyarakat.Dengan menyertai SC , kemahiran bercakap dapat digarap dengan pembentangan tugas yang diberi mentor setiap minggu.Membebankan?Tidak sama sekali.Jika anda tahu membahagikan masa dengan sebaiknya ,semuanya akan menjadi senang.

Dan ,komentar terakhir saya ,SC merupakan langkah terbaik bagi menghasilkan “Future Muslim Doctors”.Kita mahu ramai doktor seperti Dr Danial Zainal Abidin di dalam masyarakat.Bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan , tetapi juga mahir dalam bidang agama.Perubatan Islamic juga perlu diperkenalkan dengan lebih meluas kepada masyarakat agar tidak terus tersesat dengan perubatan alternatif yang berunsur tahyul.Ayat-ayat Al-Quran boleh digunakan sebagai syifa’ pada penyakit-penyakit jiwa.

Kesimpulannya , Smart Circle adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pelajar perubatan khususnya warga Mansurah sekalian.Nasihat saya , jangan fikir akibat jangka masa pendek , cuba fikir akibat jangka masa panjang.Salam 


.:sang musafir bertopi:.


0 orang tak puas hati:

Post a Comment