Pages

Subscribe:

Thursday, December 10, 2009

::winter effect::


Mansura sekarang dah semakin sejuk.Sangat sangat sejuk.Tetapi seringkali saya membuat kesilapan bijak iaitu dengan hanya memakai jersi Arsenal nipis yang dibeli di Sikkah dan berseluar cargo ke gamaah.Hanya Allah sahaja yang tahu kesejukan yang saya alami.Lebih-lebih lagi semasa waktu solat.Kalau boleh air wuduk tu dijaga sampai tamat waktu kuliah , kalau tak kena "berperang" la dengan tangisan nil yang keluar di kepala-kepala paip surau.Dan,tabiat saya yang hanya suka bersandal ke mana-mana menyebabkan kulit kaki saya sekarang dah menggelupas.Jadi kenalah rajin menyapu losyen setiap hari.Bibir pecah ,itu biasa.Dari hari pertama saya di Mesir saya dah kena.Sebenarnya boleh sahaja dicegah , namun dah nama manusia , sifat malas itu selalu ada , kena selalu lah berdoa dan berusaha agar sifat malas itu pupus dari diri.

Sekarang malam juga panjang.Ada orang pernah berpesan kepada saya , "Tidurlah terus lepas solat Isyak , kemudian bangun pertengahan malam bertahajud dan sambung belajar , ni peluang besar yang Allah bagi kat kita".InsyaAllah saranan itu akan cuba dipraktikkan , dah Allah bagi kesenangan kat kita , takkan kita nak lepaskan pulak kan?Walaupun nampak susah , tapi sesungguhnya di sebalik kesusahan ada kesenangan.

Malam panjang , bermakna waktu subuh juga semakin lewat.Bangun subuh ahli bait Alhamdulillah masih dipelihara olehNya , masjid pun dekat sangat dengan imarah kami , jadi syukur kepadaNya kami dapat berjemaah bersama para muslimin yang lain.Walaupun berlainan bangsa , berlainan adat , berlainan rupa , namun kami tetap bersaudara .Petikan ayat surah al-Hujurat : "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.."

Alhamdulillah pada penggal kedua pengajian saya semakin dapat mengenali cara yang sesuai untuk saya belajar , dan entah mengapa saya rasa penggal ini saya "termotivasi."Termotivasi bagaimana?Cuba hayati cerita Ketika Cinta Bertasbih.Hehe.Tapi bukan part yang khitbah-mengkhitbah tu ye.Saya lambat lagi.Usia baru 18.Nak pimpin diri sendiri pun tak berapa pandai , ini nak pimpin keluarga.Belajar dulu sampai pandai.

Doakan semoga saya istiqamah dalam penghijrahan ini.Salam Maal Hijrah 1431H.

P/S : Bila KCB2 boleh download ni?=P

0 orang tak puas hati:

Post a Comment