Pages

Subscribe:

Tuesday, November 24, 2009

::life::

sebahagian dari meja studyku.

Alhamdulillah,imtihan pertama saya sebagai pelajar perubatan sudah selesai semalam,berakhir dengan subjek Histology.Sebenarnya inilah kali pertama Universiti Mansurah mengadakan imtihan sebegini,kalau diikutkan tahun-tahun lepas,imtihan cuma 2 kali setahun,ketika Mid Term dan Final sahaja.Tapi,bermula tahun ini,imtihan ditambah sebanyak 5 kali setahun,dan ada sistem carry mark ke final exam.Imtihan kali ini kalau diikutkan tidak terlalu susah jika anda betul-betul bersedia dan fokus,20 soalan MCQ dalam masa 20 minit.Soalan yang keluar juga berdasarkan buku teks yang dikeluarkan pihak gamaah.Bagaimana dengan saya?Boleh jawab ke?Wallahualam,kita tunggu result dulu.Baru boleh tahu senang atau susah.Imtihan yang saya rasakan susah setakat ini ialah subjek Anatomy (di mana ia mengandungi soalan "Fill in the blanks" dan Diagram).Anatomy sangat bergantung kepada hafalan.Hafal buku Anatomy,insyaAllah mumtaz.

Tadi macam sia-sia juga pergi gamaah.Kami tak tau yang hari ini dah start cuti :P.Cuti sampai 5/12/2009.Jadi sepanjang cuti ini perancangan aktiviti dah ada,assignment yang diberi kena buat masa ini lah.Kena tolong uruskan bahagian alatan untuk ADHA 09 anjuran PCM.Kena revise balik apa yang dah belajar dan cover balik apa yang pernah tertangguh masa selsema bulan lepas.Ikut Ustaz Salman untuk seminar perubatan kat Alexandria.Rasanya tak rasa sangatlah cutinya.InsyaAllah masa akan digunakan sebaiknya.

Serba-sedikit tentang pembelajaran perubatan konvensional tahun 1 2009,Universiti Mansurah:

Methode pembelajaran ialah secara subject-based learning,di mana setiap pelajar wajib mengambil 4 subjek asas perubatan - Anatomy (Tasyrif) ,Physiology,Biochemistry dan Histology.Setiap hari Ahad,Selasa dan Rabu adalah sesi kuliah dari doktor-doktor setiap jabatan,manakala hari Isnin dan Khamis ialah sesi praktikal dalam makmal dan muzium (Anatomy).Kuliah bermula seawal 11 pagi dan berakhir selewat 5 petang (Zohor hingga Maghrib).Sesi praktikal pula berbeza bagi setiap pelajar memandangkan ia dibahagikan mengikut kumpulan.Setiap kuliah sudah ditentukan muqarrar (syllabus),ini bermakna jika satu sesi kuliah tu,muqarrarnya ialah Polysaccharides (bagi kuliah Biochemistry),maka pada sesi itu kami cuma belajar Polysaccharides.Jika doktor selesai mengajar subjek tersebut (walaupun masih terdapat 30 minit sebelum habis) maka dia akan keluar begitu sahaja.Pada masa sebegitulah pelajar-pelajar keluar untuk solat dan makan.Bagi sesi praktikal pula,kehadiran sangat penting kerana ia akan carry mark.Begitulah serba-sedikit yang saya boleh ceritakan.

SALAM AIDILADHA PADA JUMAAT INI.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment