Pages

Subscribe:

Saturday, November 21, 2009

::21/11/2009::

Assalamualaikum.

Sudah lama saya pendam hasrat untuk tulis post ini.Namun,kecelaruan yang berlaku disebabkan line internet yang beropna serta busy dengan pelajaran terpaksa saya tangguhkan.Maafkan saya,mungkin bahasa saya dalam post ini agak lucu dan berbeda dengan tulisan saya sebelum ini tapi InsyaAllah akan ada juga sesuatu yang boleh saya katakan iktibar atau pengajaran.Itu mengikut nilaian saya lah.Kalau anda rasa ia membazirkan minit-minit terpenting dalam hidup anda sila tekan ALT + F4.Maaf,saya tidak bermaksud untuk terlalu kasar.

Pengalaman hidup di Mesir selama 2 bulan banyak mempengaruhi diri saya dari segi fizikal,mental,rohani dan jasmani.Pengalaman ini tiada tolok bandingnya dengan 80 jam kelas Pendidikan Jasmani Encik Zaidiakma di gim maktab.Kenapa?Kerana baru 2 bulan di Mesir saya sedar yang saya selama ini SANGAT KURANG BERSYUKUR KEPADA ALLAH.Saya akui,kehidupan saya di Malaysia berbanding di Mesir sangat jauh bandingannya.Bagai langit dengan bumi.Bagai raja dengan hamba.Bagai Kamen Rider dengan Ultraman.Di Malaysia boleh dikatakan semua rakyat cukup makan.Ada yang cakap sampai zakat pun tak tau nak bagi kat sape.Makanan-makanan mewah,nasi lemak pun RM1.50 sekarang.Kalau yang 50 sen tu sekadar besar tapak tangan je.Tapi sekurang-kurangnya semua mampu makan,ada tempat tinggal sendiri,pakaian terurus,kalau tak cukup ada je kedai atau shopping complex untuk beli.Tapi,ada kita ambil kisah tentang orang lain di sekeliling kita?Kita makan sedap,tapi jiran kita?Kita makan ayam panggang,adakah jiran kita mampu makan walau sesuap nasi?Dan yang paling penting,ADAKAH KITA BERSYUKUR ATAU KITA INGINKAN YANG LEBIH HEBAT LAGI?

Saya teringat akan sabda Nabi SAW,lebih kurang begini :

"Tidak sempurna iman jika kau hidup dalam kekenyangan,sedang jiran tetanggamu menangis kerana kelaparan."

Saya akui,kehidupan keluarga saya walaupun tidak berada namun bagi saya cukup mewah.Saya suka akan kesederhanaan kerana itu ajaran Islam.Tapi,bila saya berada di bumi Anbiya' ini,situasinya berlainan dengan tanah air saya.Saya selalu berjalan di depan satu tapak pembinaan,dan saya lihat terdapat sebuah keluarga yang mendiami tempat tersebut.Pada malam hari,mereka membuat unggun api untuk memanaskan badan kerana musim sejuk.Tiba-tiba persoalan timbul di hati saya,"Aku yang hidup dekat rumah yang selesa,makan cukup,pakaian cukup,tak macam mereka,tapi berapa banyak aku bersyukur kepada Allah?Mereka boleh hidup dalam keadaan sebegitu,tapi aku?Kenapa susah sangat untuk aku bersyukur?"

Kalau di kedai roti pula,kebanyakan yang bekerja adalah walad (budak lelaki).Tiba-tiba saya terfikir,"Mereka dari kecil lagi kena bersusah payah tolong sara keluarga,aku pulak dari kecik baba dengan mama manjakan,suap makan minum.Yang aku fikir masa kecik ialah belajar dengan main.KENAPA AKU TAK PERNAH BERSYUKUR??".

Saya rasa mungkin selama ini saya keras hati.Tapi Alhamdulillah takdir saya sampai di bumi kinanah ni banyak membuatkan saya rasa kerdil.Kerdil pada Maha Pencipta.Rasa takut padaNya.Dahulu boleh dikatakan niat saya selalu tak betul,selalu tak ikhlas.Saya rasa malu pada Ilahi.Kenapa rasa tak bersyukur dengan apa yang ada selama ini.ALLAH DAH PLAN BAIK-BAIK HIDUP SAYA,KENAPA SAYA TIDAK BERSYUKUR?

Serius,saya tulis post ini bukan saya nak membangga diri,bukan nak tunjuk alim depan akhawat,bukan nak isi masa lapang lepas exam Anatomy tadi,tapi saya nak mengingatkan diri saya dan sahabat semua,bersyukurlah walaupun dengan nikmat yang sedikit.Nikmat itu amanah Allah kepada kita.Jangan pecah amanah.Ingat,sentiasa bersyukur,dan hadapilah segalanya dengan senyuman..eh tabah (kes teringat lagu Dewa 19 kot).

Yang paling penting,buat rakan seperjuangan di Mansoura khususnya penuntut Medik Konvensional,bersyukurlah,walaupun tempat kita agak "luar dari jangkaan",tapi itu bukan penghalang untuk kita berjaya.Bersyukurlah kita masih diberi peluang untuk menuntut ilmu Allah khususnya.

Sekian,akhir kata

"SYUKUR SOKMO"



0 orang tak puas hati:

Post a Comment