Pages

Subscribe:

Thursday, November 26, 2009

::27 November 2008::

27 November 2008 – Khamis

Tarikh yang mungkin saya akan ingat sampai bila-bila.Mungkin ketika usia saya dah lanjut pun masih saya akan mengenangkan tarikh ini.Kenapa?Apa istimewanya tarikh ini?

Tarikh keramat inilah,saya dengan rasminya keluar dari alam persekolahan sejak 1998.10 tahun merupakan satu tempoh yang lama,namun secara tidak sedar masa itu berlalu dengan begitu pantas.Bermula dari sekolah rendah harian sehingga sekolah berasrama penuh,saya laluinya dengan penuh suka dan duka.Selain itu,tarikh ini juga merupakan kali terakhir saya berkumpul bersama rakan-rakan sekelas yang terbaik pernah saya temukan.Rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berkongsi kegembiraan,kesedihan,saling tolong-menolong tak kira dalam pelajaran mahupun masalah peribadi.Walaupun sering dilanda konflik namun ukhuwah kami tetap kukuh.Merekalah – 5 Omar Khayyam MRSMPC 0708 atau nama lainnya 5 Orde Kosmos.

Terlalu banyak untuk diceritakan tentang memori-memori sepanjang di PC.Perkara yang sekecil kuman pun kadangkala menjadi besar kerana ke-sumbat-an rakan-rakan dan juga saya sendiri :P.

Ingin saya hadiahkan sebuah puisi buat sahabat-sahabat semua (walaupun bukan saya yang buat):-

Ukhuwah...
ibarat satu janji yang dibuat dalam hati
tak dapat ditulis
tak dapat dibaca
namun,
takkan terpisah oleh jarak
takkan berubah oleh masa
takkan sirna oleh amarah
ia kan selamanya di dalam jiwa...
.....

Ukhuwah itu...
degup penuh makna
yang mengalir indah
berawankan keTSIQOHan / kePERCAYAan
yang menembus karang PRASANGKA dlm hati...
.....

akhirnya...
tiada kata indah seindah kata UKHUWAH ....

(Off to Hayyu Ashir,Kaherah for Eid)

0 orang tak puas hati:

Post a Comment