Pages

Subscribe:

Thursday, September 17, 2009

::finally::


Alhamdulillah,akhirnya setelah dua minggu berhadapan dengan masalah tak boleh online,SA kini dapat menikmati semula kepuasan berblogging di rumah selepas memasang wifi di rumah.Jadi siapa nak minum air sirap sambil berinternet boleh lah datang ke rumah.Hehe.

Sedar tak sedar dah tak lama dah nak kembali semula berjuang menuntut ilmu,memasuki dunia baru,dunia universiti.Ayat yang selalu seniors cakap : "After SPM,your real life will begin."Yup,sahih benar kenyataan tu.Lepas SPM dah tak ada warden asrama atau siapa-siapa yang nak tarbiyah diri ni nak pergi surau ke tak.Semuanya atas diri sendiri.Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua dan memilih kita sebagai hambanya yang terpilih untuk taat beribadat kepadanya.InsyaAllah.

Sekarang dah masuk suku akhir tahun.Sekejap je masa berlalu.Rasa macam baru je terima slip keputusan SPM.Tapi rasa lama sangat bercuti.Yelah,bulan 1 sampai bulan 3 sibuk dengan belajar memandu.Bulan 4 sibuk cari tawaran untuk melanjutkan pelajaran di samping menyibukkan diri menonton JDrama.Bulan 5 dan 6 pergi kursus bahasa Arab Amiyyah dekat UKM.Bulan 7 sampai sekarang?Entahlah labu...Tapi Alhamdulillah proses penghijrahan diri tetap berlaku,cuma ada yang tinggal,ada yang tambah."Kalau tak boleh buat semua,jangan tinggal semua."Akanku ingat sentiasa kata-kata itu.Amalan yang disukai Allah pun,bukanlah amalan yang banyak,sedikit tapi istiqamah,itu lagi baik.Pentingkan kualiti dari kuantiti!

Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun). (Al Mulk,ayat 2)

Namun,SA bersyukur sangat sebab Allah masih memelihara diri ini walaupun kadang-kadang goyah juga dengan nikmat keduniaan.Moga Dia tetapkan imanku,dan memberikanku hidayah untuk menguatkan imanku yang tak seberapa ini.Amin.

Sepanjang 2 minggu offline,SA berkesempatan untuk bermain game The Sims 3 kat laptop ni.SA bukanlah peminat setia The Sims berbanding adik bongsu SA,namun tiba-tiba je ada niat nak mencuba.Syukurlah laptop ni berupaya untuk memainkan game ni (agak berat jugak game ni,memakan 5GB harddisk space!).Bagi yang tak familiar,The Sims ni satu francais permainan video yang dicipta oleh Electronic Arts yang bergenre simulasi.Dalam permainan ini,kita boleh mencipta satu keluarga dan menempatkan keluarga ni dalam sebuah rumah (samada rumah cipta sendiri atau pilih dari sedia ada).Apa yang menarik ialah kehidupan keluarga The Sims ni lebih kurang kehidupan seharian kita.Kita yang menentukan masa depan ahli keluarga yang kita bina.Sebagai contoh,kita boleh tetapkan salah seorang ahli keluarga untuk berkecimpung dalam bidang perubatan,dan kitalah yang menentukan prestasi kerjanya.Jika baik,dia akan diberikan peluang naik pangkat,dan menjadi semakin sibuk dengan on call.

Ni antara screenshots yang diambil masa SA main:


ada hantu datang tidur di rumah??



saat-saat pernikahan

setiap yang bernyawa pasti merasai mati...


buat homework...


Okelah,SA terpaksa berhenti dulu.Di kesempatan ini juga nak ucapkan Salam Aidilfitri 1430H kepada semua yang membaca.Ampunkan segala kesalahan dan kekhilafanku.Salam.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment