Pages

Subscribe:

Friday, September 4, 2009

::ikuzo,nee::


Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan Ramadhan.Dan Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk beribadah dalam bulan yang penuh keberkatan ini.Syukran Ya Ilahi.

Tak lama lagi si Amru akan meninggalkan tanah air tercinta ni untuk menyambung pengajian insyaAllah.Wah,sekejap betul masa berlalu.Rasa,baru semalam bersungguh-sungguh menelaah untuk SPM.Sekarang,adik-adik dekat MRSMPC pula tengah trial.Semoga mereka berjaya dengan cemerlang dan mengulang sejarah dapat tempat pertama untuk trial sepertimana batch si Amru dulu,InsyaAllah.Balik pada cerita tadi,sekarang ini rasanya ana tak berapa bersedia lagi dari segi mental sebab didengarkan dengan cerita-cerita yang kurang enak dekat Mesir sana.Namun,InsyaAllah Amru akan cuba menghadapi cabaran tersebut,dan berharap pengalaman sepanjang di Mesir akan mematangkan diri ini.Sebab si Amru tak matang lagi walaupun dah mumayyiz.Haha.

Kebelakangan ini banyak masa ana habiskan dengan buat persiapan macam beli keperluan dan packing.Lepas tu online pun banyak kali juga sebab nak berbincang dengan sahabat-sahabat lain tentang apa yang perlu.Dengan keluarga pun banyak si Amru luangkan masa,selalu teman okaasan keluar pergi mana-mana,tak kira la pasar ke,mana-mana je.Otousan,macam biasa Alhamdulillah untuk solat subuh kami ke masjid sekali,dan malamnya kami sama-sama solat jemaah dan terawih.Si Amru pun banyak usik adik-adik sekarang.Setiap hujung minggu pun pergi rumah obaachan,asal iftar kat sana je mesti banyak dia masak.

Hurm sekarang former classmates rancang nak buat iftar,tapi macam agak susah sebab semua belajar kat lain-lain,cuti pun lain-lain.Nak cari tarikh yang sesuai dengan tempat yang best.Tak kisahlah mana-mana pun,asal sebelum fly dapat jumpa.

Haih,cepat sangat rasa puas menulis sekarang.Sebelum akhiri post ni,nak kongsi ilmu hasil pendengaran khutbah jumaat tadi.

"Sahabat-sahabat Rasulullah dahulu menghafal Al-Quran,kemudian ayat-ayat Al-Quran itu dituturkan dalam percakapan seharian mereka,dan seterusnya membentuk peribadi mereka"

Apa yang dimaksudkan oleh teks ini,Al-Quran bukan sekadar kita perlu baca macam tu je,kita perlulah mengamalkan apa yang ada di dalamnya.Jadi,kita kena selalu amalkan pembacaan Al-Quran pada setiap masa,dan cuba memahaminya,dan seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.InsyaAllah.Semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah bagi menguatkan iman kita.Wassalam.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment