Pages

Subscribe:

Friday, September 18, 2009

::pernahkah?::




Pernahkah anda lihat atau mengalami situasi seperti ini?

"Wah,pakaian smart giler,tapi pakai kopiah?Hebat betul ustaz-ustaz sekarang ya?"

"Tudung labuh tapi laptop bawak ke sana sini.Minat chatting la tu."

"Ingatkan pandai mengaji je,rupanya hebat jugak dia main bola.Seluar pendek tapi pakai tights kat dalam."

Persoalannya,mengapa dialog-dialog seperti di atas diluahkan oleh bibir-bibir manusia?Bukankah Islam itu syumul?Universal?Sesuai diamalkan di mana-mana tempat mahupun masa?Atau adakah kita sekarang menganggap gaya hidup Islami tidak sesuai
diaplikasikan dalam kehidupan seharian?


sekadar hiasan


Mungkin SA bukanlah orang yang tepat untuk dirujuk perkara ni kerana ilmu SA tidaklah sebanyak mana,namun SA mempunyai pendapat sendiri dalam hal ini.Cuba kita fikirkan balik:

Kenapa orang berpakaian Barat nampak biasa di mata kita,sedangkan apabila kita melihat seseorang yang berpakaian Islami (memakai purdah,kopiah,serban) kita macam,"Eh,betul ke tak si fulan ni?Pakai macam ni pergi membeli makanan kat supermarket?"

Of course,we can't judge a book by its cover,right?But we should not criticize their determination in upholding the sunnah of our Rasulullah SAW.Look into yourself first before look into others.Kita lebih faham diri kita lebih dari orang lain.

Em,sebenarnya saja je tertaip apa yang di minda ni.Tadi last terawih.Sedih.Ramadhan dah nak tinggalkan kita balik.Rasa macam tak kena je Ramadhan tahun ni.Anyway,SA tetap bersyukur sebab dapat khatam Al-Quran dalam bulan yang mulia ini,terawih cukup,dan sepanjang puasa tak ada penyakit pelik-pelik menimpa (kecuali ada sehari kena gastrik).Alhamdulillah.Thank you Allah.=)

0 orang tak puas hati:

Post a Comment