Pages

Subscribe:

Labels

Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

::rindu sang awan::




Lihat ke arah sana

Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga

Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano

Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano

Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya

Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini

Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi

Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia

Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu

Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku

Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Lagu 'Awan Nano' yang dinyanyikan oleh Hafiz itu terngiang-ngiang di telinganya. Lagu wajib semasa naik kapal terbang, katanya. Karya Budi Hekayat yang tidak diceritakan maksud di sebaliknya. Namun baginya, lagu itu tetap istimewa.

"Aku pasti akan merinduimu, awan."

Dia merenung pada tingkap di sebelahnya. Tanah yang teduh diliputi awan ini bakal ditinggalkannya, menuju ke negara yang mana sang suria memancar dengan riangnya tanpa halangan awan-awan. Bumi yang tandus, bumi perjuangannya dalam medan ilmu, dakwah dan tarbiyah.

Sungguh, hatinya tidak berapa tenang. Memikirkan keluarga yang ditinggalkan di kampung halaman. Biarpun ini bukan kali pertama, namun perasaan yang sama sering menjengah. Adakah tanggungjawabnya sebagai seorang anak telah dijalankan dengan baik? Sejauh manakah dia menggunakan kesempatan yang ada untuk sama-sama memimpin keluarganya menuju redha Tuhan? 

Dia jadi teringat pada suatu program yang dihadirinya beberapa hari lepas. Semasa solat Isyak di padang, imam telah membacakan sepotong ayat yang bukan asing baginya. Ayat yang selalu mengingatkan akan tanggungjawab yang terpundak di bahunya.

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. - At Tahrim, ayat 6
Menangis sang imam apabila membacakan ayat ini, sehingga dia terpaksa mengulanginya beberapa kali. Benar, tanggungjawab ini bukan untuk diambil ringan. Kalau terlepas di dunia sekalipun, akhirat nanti nak lari ke mana?

Beg kecil yang tergantung di tali pinggang dibuka. Dia mengeluarkan alat perakam video yang baru dibelinya dan mengaktifkannya. Gambar keluarganya terpapar di skrin kecil. Air mata yang mula mengalir cuba ditahan. 

"Macam tak biasa pulak aku ni. Tabahlah, bro!" dia cuba menenangkan hati.

Sesi kuliah untuk tahun ini belum lagi bermula, namun dia terpaksa pulang awal ke negara keduanya. Ada dalam kalangan rakan-rakannya yang mempersoalkan tindakannya, namun dia tidak mengendahkannya. Biarlah, mereka tidak memahami. Dia masih punya amanah untuk dikerjakan. Mujurlah keluarganya memahami dan memberikan sokongan.

Dia yakin, hidup ini memerlukan banyak pengorbanan. Nak masuk tandas awam pun kena bayar, inikan pula perkara yang lebih besar, kata orang-orang muda. Kalau dia tidak bertolak sekarang pun, lambat-laun dia akan mengalami benda yang sama juga. Masa akan terus berjalan. 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, “Berangkatlah ( untuk berperang di jalan Allah ),” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini ( dibandingkan dengan kehidupan ) di akhirat hanyalah sedikit. - At Taubah, ayat 38

Kehidupan bersama keluarga tercinta, memang bahagia rasanya. Namun nikmat hidup itu terlalu sedikit berbanding di akhirat kelak. Jika benar sayangkan keluarga, maka berusahalah untuk bersama mereka di dunia dan akhirat, bukan setakat di dunia sahaja. Dia sedar, untuk tujuan akhirat inilah, dia merantau jauh ke negara orang demi mendapatkan ilmu dan melalui proses pentarbiyahan demi menegakkan agama Allah, ummah dan keluarganya sendiri.

Alat perakam video dipadamkan lalu disimpan ke tempat asalnya. Lalu dia menadah tangan, mendoakan kesejahteraan keluarganya yang tercinta di dunia dan di akhirat. Doa musafir itu mustajab, dia yakin. 

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. - Al Furqan, ayat 74


Wajahnya ceria kembali. Ayat-ayat cinta Tuhan ibarat angin yang mendinginkan kalbu. Semangat untuk menempuh kuliah dan menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah semakin membara. 

Rabbuna yusahhil! Man jadda wajada!

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.- Al Hadid, ayat 20


Wednesday, August 15, 2012

::fasobrun jameel::



"Qatar Airways?" perkataan ini keluar dari bibirnya. Dari tadi aku perasan yang dia sedang memerhatikan aku yang mengalami kekeliruan, mencari di mana kaunter check-in.

"Aiwah," aku menjawab.

Dia tersenyum. Lantas dia meminta aku untuk mengikutinya dari belakang. Wanita yang berpakaian seragam perkhidmatan kebersihan lapangan terbang itu mungkin berusia dalam lingkungan 30-an, kecil sahaja orangnya. Rupanya kaunter check-in tidaklah begitu jauh dari tempat aku bermundar-mandir tadi. Ucapan "syukran" aku tuturkan kepadanya, dan dia pun berlalu pergi. Syukur, kaunter mula dibuka sebaik sahaja aku sampai di situ. Aku memasuki salah satu barisan yang ada. 

Kelihatan beberapa orang berkulit sedikit gelap di hadapanku. Bangla, mungkin. Sangkaanku tepat apabila mendengar perbualan mereka dengan petugas syarikat penerbangan yang berada di kaunter tersebut. Pasport-pasport yang mereka pegang mengesahkan lagi kenyataan itu. Merantau mencari rezeki di bumi kinanah ini demi survival keluarga. 

Giliran untuk aku check-in sudah hampir tiba. Tiba-tiba muncul seorang lelaki kurus, memegang sekeping kertas dan pasport mendekati manusia-manusia di hadapanku. Aku mengagak dia juga dari kalangan mereka, tetapi tidak sepatutnya dia berkelakuan sedemikian. Beraturlah dalam barisan yang ada dan tunggulah giliran. Boleh sahaja aku menegur perbuatannya itu, namun aku akhirnya beralah. Aku cuba menahan kemarahanku dalam bulan yang mulia ini. Tambahan, aku bimbang sekiranya mafsadah yang timbul lebih besar dari maslahah. Biarlah, boleh jadi ini tarbiah daripada Allah buat musafir sepertiku.

Beberapa minit kemudian urusan check-in aku selesai. Alhamdulillah tiada masalah dari segi tiket dan berat bagasi. Aku menuju ke tempat duduk yang tersedia berdekatan kaunter check-in untuk mengisi borang imigresen. 

"Err, can you help me please?"  

Aku memerhatikan mukanya. Oh, lelaki ini warga Bangladesh tadi! Dia meminta aku untuk mengisi borang imigresennya. Entah mengapa aku menerima permintaannya lalu mengambil borang serta pasport yang berada di tangannya. Muka depan pasportnya aku tatapi. "Labour" tertulis pada bahagian pekerjaan. Mungkin dia buta huruf, sebab itu dia mengalami masalah untuk mengisi borangnya. Sekejap sahaja aku isi borangnya lalu memulangkannya kembali. Tanpa aku sangka rakan-rakannya di belakang juga sedang menunggu untuk aku bereskan borang masing-masing, termasuklah yang memotong barisan tadi! 

Aku jadi teringat kepada pesanan Imam Hassan Al Banna,

"Jadilah seperti pokok yang berbuah. Dibaling batu tapi dibalas dengan buah yang enak"

Teringat juga sirah nabawiyah, ketika mana datang seorang badwi yang memasuki masjid nabi lalu kencing. Sahabat-sahabat marah dengan perbuatan tersebut dan ingin memarahinya, tetapi Rasulullah SAW menegah mereka berbuat demikian lalu membiarkan badwi tersebut kencing sehingga habis. Selepas itu barulah baginda menegurnya.


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَبَالَ فِي طَائِفَةِ اَلْمَسْجِدِ, فَزَجَرَهُ اَلنَّاسُ فَنَهَاهُمْ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَلَمَّا قَضَى بَوْلَهُ أَمَرَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِذَنُوبٍ مِنْ مَاءٍ; فَأُهْرِيقَ عَلَيْهِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Anas bin Malik, katanya: seorang Arab badwi telah datang lalu dia kencing di satu penjuru masjid. Orang ramai menyergahnya lalu Rasulullah s.a.w melarang mereka berbuat demikian. Apabila dia selesai kencing, baginda menyuruh supaya dituangkan satu timba air di atas tempat itu. (Muttafaq ‘alayh) 


Dalam lafaz yang diriwayatkan oleh Muslim ada tambahanدَعُوهُ وَلَا تُزْرِمُوهُ قَالَ فَلَمَّا فَرَغَ دَعَا بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَصَبَّهُ عَلَيْهِJanganlah menyekat kencingnya.
Dalam riwayat lain pula ada dinyatakan

إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لَا تَصْلُحُ لِشَيْءٍ مِنْ هَذَا الْبَوْلِ وَلَا الْقَذَرِ إِنَّمَا هِيَ لِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالصَّلَاةِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ
Rasulullah s.a.w. memanggilnya seraya bersabda: Sesungguhnya masjid-masjid tidak boleh sama sekali kencing dalamnya dan tidak boleh juga ada kekotoran padanya. Sebenarnya ia adalah untuk mengingati Allah s.w.t., bersembahyang dan membaca al-Qur`an. (Muslim)

Biarpun kesalahan memotong barisan itu tidaklah sebesar kencing dalam masjid, namun aku melupakannya. Mungkin sahaja dia tidak tahu.

Aku mengisi borang-borang mereka lantas berlalu pergi, menuju ke kaunter imigresen. Sekali lagi benda yang sama berlaku. Seorang wanita tua kelihatan mundar-mandir di kawasan imigresen lantas berhenti di kaunter hadapanku. Pegawai imigresen yang bertugas kelihatan serba salah denganku kerana terpaksa melayan wanita tersebut terlebih dahulu. Kesabaran sekali lagi teruji.

"Sesungguhnya aku berpuasa!" ayat tersebut menerobosi mindaku.

Alhamdulillah, segala urusan berjaya diselesaikan sebelum penerbangan ke tanah air tercinta. Aku fikir, ujian-ujian yang menjengah tadi hanyalah kecil jika dibandingkan dengan orang-orang terdahulu. Mungkin sahaja hari ini Allah ingin mengajar aku sesuatu.

Sesuatu yang dinamakan "Fasobrun Jameel"! (Kesabaran yang baik)

Ya'qub berkata: "Hanya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu. Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku; sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."  - Yusuf, ayat 83

p.s: Selamat memanfaatkan penghujung Ramadan :)

Saturday, February 20, 2010

::cerpen - aku benci BADAR! part 2::


SAHABAT BAIK

“Sara , saya tak pasti awak pernah dengar atau tak , Rasulullah SAW pernah bersabda , “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan mahram berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.”

“Maksudnya , Kak Rasyidah itu syaitankah?” jawabku sambil menghirup kopi panas di meja belajarku.

Dia ketawa kecil.“Bukan , maksudnya macam ni , memanglah baik niat awak untuk berbincang hal kelas dengan Yazid , tapi awak kena ingat , kamu berdua bukan mahram , perbuatan itu boleh cenderung kepada zina.Mungkin hati awak boleh kawal , tapi macam mana dengan Yazid?Syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat manusia.Sedangkan manusia agung seperti Nabi Adam a.s pun boleh terpedaya dengan kata-kata iblis , inikan pula manusia yang lemah imannya seperti kita.Jadi , saya harap kita sama-sama elakkan perkara tersebut.Sekarang awak dah tahu , jadi awak kenalah amalkan.”

Ainul Nazirah bt Rushdan.Atau Irah.Itulah sahabat rapat aku di maktab.Kelantan merupakan tanah kelahirannya , dan dialah yang sering menjadi “kamus bergerak” sepanjang aku bermastautin di negeri Che Siti Wan Kembang ini.Pengalamannya belajar di Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat , sebuah sekolah agama berasrama yang masyhur di negeri ini memberikan aku kepercayaan untuk menjadi sahabatnya.Dia tampak berbeza berbanding rakan-rakanku di sekolah lamaku mahupun di maktab.Selama aku berkawan dengannya , kata-katanya tidak pernah mengguris hatiku , walaupun jika difikirkan kembali mesej yang terdapat di dalamnya lebih kurang sama dengan orang lain.Terutamanya budak-budak BADAR.

Malam tersebut , selepas solat Maghrib , aku bersiap untuk ke kelas bagi sesi prep malam.Selalunya aku akan berjalan bersama Irah untuk ke blok akademik , tetapi oleh sebab aku “ponteng” solat jemaah di surau , terpaksalah aku berseorangan melintasi laluan di tepi Dewan Besar.Encik Mazlam , atau lebih dikenali sebagai Pakcik Lam dalam kalangan pelajar bersama isterinya sedang membuat persiapan untuk membuka gerai burger mereka.Pada malam yang mempunyai sesi prep sebegini , gerai mereka biasanya sesak dengan pelajar-pelajar yang inginkan makanan segera untuk mengisi perut mereka setelah penat mengulang kaji pada sesi prep.

“Sara , tadi Kak Suraya beritahu aku , dia nak jumpa kau malam ni lepas prep dekat dormnya ,”

Si mulut becok , Sofia memberitahuku ketika aku sedang asyik menyiapkan tugasan Matematik Tambahan.Ah.Apa lagi yang dia mahu dari aku?Masih tegar nak “lecture” aku.Bukannya aku tidak pernah ke surau untuk solat berjemaah pun sebelum ini , baru berapa kali sahaja aku tidak ke sana.Besar sangatkah kesilapan yang aku buat?Aku tidaklah seteruk rakan-rakanku yang “dating” di Taman Ulat mahupun di blok akademik.Mengapa tumpuan mereka hanya pada aku , hina sangatkah aku?

Jiwaku tidak tenteram.Sebaik sahaja sesi prep malam tamat , aku bergegas ke kelas 4 Farabi , kelas Irah.Hal ini harus aku ceritakan kepadanya.Irah sahajalah temanku yang boleh diharap.Rakan-rakanku yang lain , Qistina , Zahida , mahupun Natasha , mereka sekadar menumpang kesenangan aku.Ketika aku dalam kesusahan , mereka mula menjauhkan diri daripada aku.

Irah yang memakai baju kurung biru tanpa corak serta tudung berwarna hitam sedang mengemaskan barang-barangnya di meja.Aku mendekatinya dan duduk di kerusi Fatin , teman semejanya yang sudah meninggalkan kelas.Dia tersenyum manis menyambut kehadiranku.Aku membalas senyumannya lalu menceritakan masalah yang kuhadapi.

“Baiklah , saya akan tolong awak , tapi sebelum tu , jom kita ke gerai Pakcik Lam dulu , dah lama rasanya tak menghirup ABC malam-malam macam ini ,” katanya dengan wajah yang tenang.

Sememangnya Irah menggemari ABC Pakcik Lam yang manis itu.Orang Kelantan , makanan manis sudah menjadi kebiasaan mereka.Aku kagum dengan sikapnya yang sentiasa tenang , walaupun dilanda masalah.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Pesanan yang kerap yang diucapkannya kepadaku.


SOLUSI

Irah menyatakan bahawa dia akan menemaniku untuk bertemu Kak Suraya , pelajar senior yang juga menjadi harapan maktab dek kecemerlangan akademiknya.Dia merupakan salah seorang daripada 5 orang pelajar yang mendapat TPNG 4.0 bagi 3 semester berturut-turut.Selama ini aku mengaguminya , namun sejak kejadian aku dan Yazid dibawa berjumpa Encik Zaidiakma oleh Kak Rasyidah , aku membenci kesemua ahli BADAR.Aku membenci mereka bukanlah bermakna aku juga membenci Islam , walaupun selama ini di rumah aku kerap meninggalkan solat.Al-Quran pun jarang sekali kusentuh , hanya menjadi perhiasan di rak buku sahaja.Malah , jarang sekali aku nampak ibubapaku solat.

“Assalamualaikum , Kak Suraya ,” Irah memberi salam sambil mengetuk pintu dormnya yang terletak di Blok D Aspuri.

Pintu dibuka.Kak Suraya mempersilakan aku dan Irah masuk ke dalam.Wajahnya sedikit kehairanan , mungkin terkejut dengan kehadiran Irah.Kami duduk di atas tikar mengkuang hijau yang dihamparkannya di lantai dorm.

“Ada apa hal nak jumpa aku?” aku terus menanyakan persoalan utama.

“Saya jumpa kamu ni nak menasihat kamu , ahli-ahli BADAR yang lain mengadu yang kamu ni sering menolak ajakan mereka , mereka suruh kamu bersiap ke surau kamu menjawab balik dengan bahasa yang kasar , seperti yang sering kamu buat pada saya.Tegur kamu tak pakai stoking , kamu cakap tiada siapa yang nak tengok kaki kamu.Malah setiap kali ada usrah , kamu mengelak.Saya tahu kamu pelajar pintar , tapi itu bukanlah sebab untuk kamu mencemuh dan membenci kami.” Katanya sambil memegang bahuku.

“Oh , selama ini kau dan budak-budak BADAR lain cari kesalahan aku , benci aku , kau fikir aku tak ada perasaan?” aku meninggikan suaraku.Belum sempat aku menambah hujahku , Irah memberi isyarat , menyuruhku berhenti.

“Cukuplah Kak Suraya , Sara.Perkara ini tidak perlu kita besarkan.Walaupun saya tiada kaitan dengan isu yang dihadapi oleh Sara dengan ahli-ahli BADAR , tapi saya perlu masuk campur bagi mengelakkan hal ini berlanjutan.Sesungguhnya kita semua bersaudara atas nama Islam , jadi benci-membenci harus kita elakkan.Tentu Kak Suraya tahu kan?” Irah memulakan bicaranya.

“Sebenarnya bukan pilihan Sara untuk membenci pihak BADAR , dia masih lagi mengalami perubahan budaya dari kehidupan yang sebelumnya.Dia tidak pernah lagi terdedah dengan perkara-perkara sebegini , jadi banyak yang masih dia tak tahu.Contohnya sebelum ini , dia tak tahu bahawa berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram itu haram , jadi kita kenalah beritahu dia dengan baik tentang pengharaman perkara tersebut.Bukannya mengutuknya atau mengenakan tindakan yang drastik terus kepadanya.Nanti ada kemungkinan dia akan bersangka buruk kepada pihak yang menegurnya.” Tambahnya lagi.

Suasana dorm yang asalnya panas menjad sejuk.Lidahku kelu ,tidak mampu mengucapkan apa-apa.Kak Suraya pun begitu.Irah mendekati kami lalu memeluk kami berdua.

“Ayuh , kita bermaafan antara satu sama lain.Selepas ini kita musahabah diri kita agar untuk bersangka baik terhadap orang lain , dan juga terhadap Yang Maha Kuasa.Dia menurunkan ujian kepada kita bukan untuk kita saling bermusuhan , tetapi untuk kita saling bertolak ansur.”

Air mata membasahi pipiku.Tidak kusangka , kata-kata sahabat karibku itu mampu mencairkan hatiku yang keras penuh dosa.Sesungguhnya aku sangat bersyukur mempunyai sahabat sedemikian.Dia mungkin pelajar biasa , tetapi bicaranya luar biasa.Kak Suraya tidak putus-putus beristighfar dalam pelukannya.Sejak hari itu , “krisis” antara aku dan ahli BADAR berakhir.Begitu juga kesengsaraanku belajar di maktab ini.


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Al-‘Asr , Ayat 1 -3


Alhamdulillah , dah lama terfikir nak buat cerpen ni , akhirnya jadi kenyataan juga.Pesanan kepada yang membaca cerpen yang tak seberapa ini:

Bagi pelajar MRSMPC , maaf jika terpakai nama / nama dorm / nama kelas dll anda.Cerita ni rekaan je.Bahagian Pakcik Lam tu betul la. :P

Saya bukan mengutuk BADAR dalam cerpen ini.Cuma nak berpesan , dalam menasihat/menegur/dakwah orang lain , kita kena jaga juga perasaan orang tu.Letakkan diri kita di tempat orang yang kita nak tegur tu.Dah tentu kita marah kalau ada orang tegur tak tentu pasal kan?


Salam

Friday, February 19, 2010

::cerpen - aku benci BADAR! part 1::

SUKA HATI AKULAH!

“Eh , kau tak siap lagi ke Sara?Dah nak azan dah ni ,” kata gadis berkulit kuning langsat yang sedang membetulkan telekungnya di pintu dorm.

“Aku rasa tak nak pergi suraulah hari ni Irah , lagipun aku tak khusyuk solat jemaah.Oh , satu lagi , kalau kau nampak budak BADAR round dorm , kau misscall aku. ”

Berpakaian t-shirt biru gelap serta seluar tracksuit , aku masih leka membaca komik KREKO yang baru sahaja dibeli semasa keluar outing di Bandar Kota Bharu tadi di atas katilku yang berdekatan dengan tingkap.Sudah menjadi tabiat aku , sekiranya aku sedang melakukan apa yang aku minat , gempa bumi pun mungkin aku tak kisah.Budak BADAR apatah lagi.Kenapa aku perlu takut dengan mereka.Mereka pun manusia juga.Sama dengan aku.Dan , semakin lama aku belajar di maktab ini , aku semakin tertekan dengan mereka.Ada sahaja benda yang mereka buat yang buat aku sakit hati.

Sebaik sahaja komik itu habis kubaca , tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki , kelihatannya seseorang sedang menuju ke dormku.”Ni mesti budak BADAR ,” bisik hatiku.Kalau bukan Suraya , mesti Mariam , mereka berdua saja setakat ni masih tegar nak cari pasal dengan aku .

“Assalamualaikum , Sara , kenapa tak bersiap lagi untuk solat Maghrib berjemaah di surau?” jangkaanku tepat , Suraya , gadis tinggi lampai dari Selangor itu muncul di muka pintu dormku.Dia tidak keseorangan , Mariam juga menemaninya di belakang.

“Waalaikumussalam Cik Nur Suraya Bt Mohamad , suka hati akulah aku nak solat berjemaah ke tak , itu hak aku , lagipun aku baru nak pergi berwudhuk untuk solat sendiri , at least aku solat juga.Dahlah , tak payah nak jaga tepi kain aku , kau pergilah solat di surau tu cepat , nanti kau juga yang lewat kalau asyik fikirkan aku , “ aku menjawab sambil mencapai tuala yang di tepi locker , lalu melangkah ke tandas seperti tiada sesiapa di dalam dorm kecuali aku.Suraya dan Mariam tidak terkejut dengan perbuatanku itu , malah mungkin mereka sudah lali dengan tindakanku itu.

AKU BENCI BADAR

Nama penuhku Sara Naimah bt Zulkifli , dan aku sudah biasa dipanggil dengan nama “Sara”.Sudah 6 bulan aku melanjutkan pelajaran ke MRSM Pengkalan Chepa , Kota Bharu di bumi Kelantan.Sebelum ini aku tidak pernah berjauhan dari keluargaku di Kuala Lumpur , aku melanjutkan pelajaran di sini pun atas paksaan ibubapaku.Kata mereka , jika aku belajar di MRSM , peluang untuk aku melanjutkan pelajaran di universiti luar negara amat cerah.Ya , ternyata sejak kecil lagi aku menanam impian untuk belajar di United Kingdom dalam bidang perubatan.Aku menjejakkan kaki di bumi Kelantan pada bulan Februari yang lepas , dan ternyata aku sedikit kecewa dengan MRSM ini.Bangunannya yang uzur seperti tidak berapa kena dengan citarasaku , terutama dorm aku sendiri.Aku hampir saja ingin memujuk ibu untuk tidak melepaskanku untuk belajar di sini , namun setelah mengingatkan kembali objektif aku untuk melanjutkan pelajaran di MRSM , aku batalkan sahaja niat itu.

Sengsaralah aku selama dua tahun di sini .

Di sebalik “kesengsaraan” aku itu , aku masih cemerlang dalam pelajaranku.Pada semester pertama , aku dianugerahkan Anugerah Penghormatan Pengetua atas kejayaanku mendapat PNG 4.0.Malah , aku juga aktif dalam kegiatan kokurikulum , di mana aku merupakan salah seorang ahli kumpulan drama maktab.Pelajar-pelajar tidak kira senior atau junior , hampir semuanya mengenaliku.Kesengsaraan yang aku alami semakin lama semakin berkurang.Sehinggalah…

“Kenapa kamu berdua-duaan dalam kelas ni?Kamu tau tak haram sepasang lelaki dan perempuan berdua-duaan , walaupun di khalayak ramai ?” kata Rasyidah , gadis berkulit putih dari Pahang dengan suara yang lantang.

Suasana dalam kelas 4 Ghazali yang asalnya sedikit hingar kerana perbualan aku dan Yazid , presiden kelas menjadi senyap seketika.Petang itu kami berdua keluar prep lambat sedikit , kerana asyik berbual berkenaan dengan hal pengurusan kelas.Pada mulanya , Yazid memberanikan dirinya untuk menerangkan situasi yang berlaku , tetapi pelajar tingkatan 5 Nukman itu seperti tidak mengendahkan kata-katanya sebaliknya membawa kami berjumpa dengan warden maktab , Encik Zaidiakma.

“Yazid , siapa kakak senior tu?Kenapa dia tiba-tiba boleh round blok akademik form 4 pulak?” aku bertanya dengan nada kehairanan.

“Oh , aku pun lupa nak cakap.Sepatutnya lepas prep petang budak perempuan tak boleh ada kat blok akademik.Rasa-rasanya itu kakak BADAR ,Biro Agama Dan Kerohanian , sebab dari gaya percakapannya aku boleh agak , lagipun LDP jarang round blok selepas waktu akademik ,” Yazid menjawab.

Aku benci BADAR , sedikit pun tak kisahkan perasaan aku.”