Pages

Subscribe:

Tuesday, September 27, 2011

::antara islami dan tidak islami::


SITUASI 1


“ Betul ke adik nak tutup akaun ni dan buka akaun Islamik ?” tanya pegawai bank tersebut . Berusia dalam 30 –an , mungkin .

“ Ya,” jawabku ringkas .

“Okey , adik belajar di mana sekarang ?”

“Mesir,”

“Oh , patutlah nak buka akaun Islamik ,” katanya sambil melemparkan senyuman kepadaku . Serius atau tidak senyumannya itu , aku tak tahu .


Senario di atas berlaku ketika saya bersama mama mengunjungi cawangan perbankan Islam di Taman Bendahara , Pengkalan Chepa . Tujuannya ialah untuk menutup akaun Giro saya yang sedia ada dan memindahkan simpanan kepada akaun baru Giro-I yang menggunakan sistem perbankan Islam , walaupun hakikatnya tidaklah sempurna Islaminya itu disebabkan oleh sistem matawang kertas . Namun , sekurang – kurangnya unsur – unsur riba itu dapat dikurangkan . Sebenarnya , saya tidaklah begitu arif mengenai urusan perakaunan dalam Islam , tindakan saya ini pun disarankan oleh ayah yang lebih tahu daripada saya .


Tiba – tiba saya teringatkan kisah Tuan Guru Nik Abdul Aziz , semasa mula – mula beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan , beliau telah mengarahkan supaya akaun kerajaan negeri dipindahkan daripada bank yang mengamalkan sistem konvensional kepada Bank Islam yang pada masa itu hanya ada satu sahaja di negeri Cik Siti Wan Kembang ini demi mengelakkan unsur – unsur riba . Beliau juga memperkenalkan Ar Rahnu iaitu sistem pergadaian cara Islam . Saya tidak berniat untuk menulis mengenai fiqh muamalat kerana saya kekurangan ilmu mengenainya serta tidak berapa bagus dalam matematik dan perakaunan , kepada sahabat – sahabat yang ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah berkunjung ke zaharuddin.net .


SITUASI 2


Situasi pertama tadi mengingatkan saya tentang satu peristiwa sewaktu peperiksaan lepas . Ketika itu saya dan seorang rakan berkunjung ke Chick Fried Chicken (CFC) di Mansurah untuk membeli hidangan makan malam (masa exam , keberangkalian untuk memasak bagi kami adalah sangat tipis :P) . Semasa menunggu pesanan , kami bertemu seorang kawan , Abu (bukan nama sebenar) bersama beberapa orang kawan perempuannya .


“Wah , korang pun makan kat sini ke ?”Berdua sahaja ?” katanya .

“Ya , berdua je , bungkus makan kat rumah dengan housemate . Kau ? Ramai nampak ?” jawab rakanku . Dengar nadanya sahaja boleh tahu , SINIS .

“Alah , biasalah . Aku pun sekarang ni uruskan match making ni . Macam korang (merujuk kepada PCM , mungkin) jugalah , ada … apa itu namanya …”

“Bait Muslim,” saya menjawab .

“Aha , bait muslim , cuma aku ni bait kurang muslim .” jawabnya .


Bait kurang muslim . Saya terkejut mendengarnya . Kata – kata dari seorang yang mengucap dua kalimah syahadah , seorang yang mengaku muslim . Kalau benar mengaku muslim , kenapa jalan hidup sebagai seorang muslim itu tidak dipilih ? Kenapa lebih selesa berikhtilat tidak syarie ? Kenapa dan kenapa ? Saya hanya berbaik sangka , mungkin dia terlepas cakap . Hurm …


"Sesungguhnya kalimat La ilaha illallah tanpa iltizam akan menjadi musuh kamu , bukan membela kamu di sisi Allah ," – Hari – Hari Dalam Hidupku oleh Zainab Al Ghazali .

Sama seperti situasi yang kita hadapi hari ini .

Ada pihak yang mahu hukum Allah dilaksanakan . 54 tahun merdeka , tapi mengapa tiada pelaksanaan oleh pihak yang bertanggungjawab ?

Jawab mereka , mereka mengakui hukum Allah , tetapi keadaan tidak sesuai dengan masyarakat yang majmuk . Mereka lebih bijaksana daripada Tuhan kah ?

Mengapa lebih yakin dengan hukum konvensional ciptaan sendiri berbanding wahyu dari Ilahi ?

Ia bukan milik mana – mana parti politik . Ia milik Allah .

Ada yang tidak faham , sehingga menyalahgunakan bakat seni yang ada untuk menghasilkan karya yang celaka .

Maaf , agak kasar , tapi itulah realitinya .

Hurm . Aku perlu banyak belajar lagi . Untuk terus menjadikan Islam cara hidupku .


1 comment:

  1. orang yang tahu dirinya Islam dan orang yang sedar dirinya islam.


    berbeza bukan?

    nice work~

    ReplyDelete