Pages

Subscribe:

Friday, May 13, 2011

::setakat mana dakwahku ? satu renungan ::

“ Amin Ya Rabbal Alamin … “

Para jemaah mengaminkan doa yang dibaca imam , seterusnya bersalam – salaman antara satu sama lain . Situasi biasa di surau sekolah berasrama , terutama pada waktu Maghrib di mana majoriti pelajar menunaikan solat di sana sebelum melangkah ke kelas untuk sesi prep malam . Kemudian seorang pelajar bertubuh kecil berdiri lalu berjalan menuju ke tempat imam , seterusnya mendapatkan mikrofon . Pelajar – pelajar lain sedia memasang telinga bagi mendengar sebarang pengumuman atau tazkirah yang akan diberi oleh pelajar tadi .


“ Assalamualaikum w.b.t , terlebih dahulu saya nak minta maaf sebab nak ambil masa sedikit untuk bercakap , dan terutamanya bagi abang – abang dan kakak – kakak Form 5 sebab benda ini ditujukan buat kamu semua . Saya cuma nak ingatkan sikit je , memandangkan malam esok adalah malam Annual Dinner Form 5 , diharapkan abang – abang dan kakak – kakak dapat menjaga pergaulan masing – masing , dan yang penting elakkan ambil gambar berdua – duaan , sebab ia dapat mengundang fitnah . Em , itu saja peringatan ringkas daripada saya . Sekali lagi , saya mohon maaf , saya sekadar menjalankan tanggungjawab saya . Wassalam . “


Suasana menjadi senyap seketika . Beberapa pasang mata masih lagi memandang kelibat pelajar tingkatan empat yang bersuara sebentar tadi . Ada yang senyum sinis . Tidak ada apa yang perlu dihairankan , pelajar bertubuh kecil tadi , Ahmad (bukan nama sebenar :P) merupakan Exco Agama dan Kerohanian yang baru sahaja dilantik sebulan lalu . Ucapan seorang pelajar tingkatan empat yang bertaraf junior kepada tingkatan lima yang bertaraf senior , saya kira pelajar itu cukup berani , memberi peringatan serta menyampaikan kebenaran yang perlu ditegakkan .


Hasilnya …


Apa yang diperingatkan oleh Ahmad tadi seolah – olah masuk telinga kanan , keluar telinga kiri . Ramai yang alpa dengan nasihat tersebut , bukan sekeping dua gambar yang diambil , malah mungkin boleh muat satu album kecil saiz 4R . Sekejap bertukar pasangan dengan ini , sekejap dengan ini , malah saya kira inilah masanya juga bagi sang secret admirer untuk bergambar dengan idaman hati . Malam Annual Dinner juga seolah – olah satu pembebasan buat kaum hawa daripada tudung yang menutupi dada , baju yang longgar dan labuh serta stoking dengan berhias , atau bahasa Kelantannya “jjangok “ . Dan malam itu pun berlalu …


“ Ana rasa bersalah sangat sebab kita lalai pada majlis semalam . Ana harap kita beristighfar , mohon ampun kepada Allah atas perbuatan kita yang melampaui batas semalam . Ini tanggungjawab ana selaku ketua kelas untuk mengingatkan kawan – kawan semua . Mohon maaf jika ana ada silap , sekian . “


Prep malam di kelas saya pada malam itu sedikit luar biasa . Biasanya pada malam prep kami umpama satu keluarga yang besar dengan ragam masing – masing yang pelbagai . Mengulangkaji pelajaran bersama – sama seperti adik , abang dan kakak . Namun , pada malam itu , rakan saya Azli (bukan nama sebenar juga :P) nampak kurang selesa . Mukanya kurang senang , dan mengadu kepada saya di sebelah bahawa dia harus sampaikan “sesuatu” . Saya yang kurang pasti mengenai “sesuatu” itu mempersilakannya ke depan , memberinya peluang untuk memberitahu kawan – kawan sekelas yang lain mengenai perkara tersebut . (Dialog di atas)


HIDAYAH MILIK ALLAH


Saya kira semua orang sudah maklum mengenai kisah Rasulullah SAW dan bapa saudara beliau Abu Talib . Bapa saudara baginda sering melindungi baginda daripada ancaman kafir Quraisy semasa baginda berdakwah , namun beliau meninggal dunia bukan dalam keadaan Islam walaupun bersama baginda (sesetengah ulama’ berpendapat Abu Talib menganut Islam namun beliau bersyahadah dalam sembunyi , wallahualam) . Saidina Umar Al Khattab , yang asalnya menentang sekeras – kerasnya Islam pada awalnya pula menganut Islam setelah kejadian beliau mendengar bacaan Al Quran oleh adiknya . Memang tidak disangka .


Hakikatnya , hati – hati manusia ini , Allah yang pegang . Firman Allah :


Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya …. (Al Baqarah :272)


Dalam berdakwah , Allah tidak melihat berapa ramai orang yang mampu kita seru dan dakwah . Allah mahu melihat sekuat mana usaha yang telah kita sumbangkan untuk Islam . Usaha ini wajar diteruskan dengan harapan agar Allah membukakan pintu hidayah kepada semua umat manusia . Ada orang beranggapan bahawa hanya diri mereka sahaja yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat . Secara tidak sedar mereka lupa bahawa kuasa sebenar yang memberikan hidayah itu adalah tunggal milik Allah , sehinggakan ada yang merasa bangga apabila mampu memberikan kesedaran kepada ramai orang , malah ada yang kecewa apabila orang tidak mendengar kata – katanya .


Islam adalah agama untuk penganutnya melakukan kerja – kerja dakwah , bukan untuk melihat atau berbangga dengan hasilnya . Islam adalah agama yang mahu penganutnya berjuang demi memastikan masa depan menjadi lebih baik . Hasilnya tidak akan terbit dalam sehari dua . Justeru , berdakwah bukan untuk memberi hidayah , sebaliknya kita berdakwah dengan harapan agar Allah memberi hidayah kepada mereka .


Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." (At Taubah : 42)


- RRujukan : Menyeru Kepada Allah oleh A. Ubaidillah Alias


LIVE WELL OR LIVE HELL , YOU CHOOSE !


Saya dipertemukan dengan quote di atas dalam novel – novel tulisan hlovate . Quote yang nampak simple namun punya maksud yang besar . Dalam kehidupan ini kita sering berjumpa dengan masyarakat yang masih melanggar perintah Allah dengan alasan tidak mendapat hidayah . Atau , boleh jadi juga alasan mereka untuk kekal bermaksiat adalah kerana takdir Allah .

Kawan – kawan yang dikasihi , ketahuilah alasan – alasan tersebut merupakan helah syaitan semata – mata . Memanglah hidayah itu daripada Allah , namun tidak bermakna kita tidak punya hak untuk meminta hidayah itu daripadaNya . Dan , takdir Allah tidaklah bermakna bahawa kita tidak diberikan kesempatan untuk berikhtiar . Cuba renungkan kembali ayat surah Al Fatihah yang kita wajib baca setiap kali solat :


Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. – (AlFatihah : 6-7)


Nah , setiap hari kita memohon taufik dan hidayah daripada Allah paling kurang 17 kali sehari . Dan Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya , dia tidak akan mensia – siakan doa kita . Jalan menuju hidayah itu ada banyak , boleh jadi Allah pertemukan kita dengan orang yang sering mengingati kita , boleh jadi kita ditimpa kemalangan yang dapat menginsafkan kita , dan boleh jadi juga dia tanamkan perasaan cinta akan kebaikan dalam diri kita . Terlalu banyak caranya . Jadi , dalam berubah kena banyak berlapang dada dan tanamkan semangat betul – betul ingin berubah . Di bawah saya sertakan klip ceramah yang serba sedikit boleh memahamkan konsep takdir Allah :



PANDANGLAH DIA DARI SKOP MANUSIA


“ Ustaz ini suka je bagi tazkirah , tegur – tegur kitorang macam kitorang ni teruk sangat , macam dia dah dapat tempat kat syurga , kitorang kat neraka . Tapi ustaz tu pun sama je , entah berapa banyak khatam tengok citer Korea , mengata orang bukan main sedap “


Ingatlah juga , orang yang menegur itu juga manusia . Bukan malaikat . Dan orang yang ditegur itu bukan syaitan . Dia juga manusia . Manusia ini sifatnya pelupa , perlu mengingati satu sama lain . Setiap orang punya keaiban masing – masing namun janganlah didedahkan . Itu urusan kita dengan Allah . Dan ingatlah sebaik – baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat kepadaNya . J


Sekian . Wallahualam .


P.S : InsyaAllah akan cuba untuk menulis paling kurang dua minggu sekali sempena musim imtihaan . Syed Qutb yang dipenjara pun masih boleh mengarang kitab untuk manfaat umat , bagaimana pula dengan aku ? Apa yang telah aku lakukan untuk Islam ?

1 comment:

  1. terbaek..!
    yess, live well or live hell, i choose.
    moga ditunjuki ke jalanNYA yg lurus

    ReplyDelete