Pages

Subscribe:

Friday, April 22, 2011

::cetusan hati 2 : antara ultraman dan umar al khattab::


Entri terakhir pada 11/3/2011 , bilmakna sudah sebulan lebih saya tidak mengemaskini advancer belum berakhir . Sekarang saya sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan bermula insyaAllah 3 Mei ini di samping mengemaskini “adik tiri” kepada blog ini iaitu blog Medicseeker , blog kuliah saya . Sedar tidak sedar sudah sebulan saya kembali ke Mesir bumi penuh barakah (bukan air minuman Baraka atau restoran Indonesia Baraka) dan meninggalkan tanah air tercinta Malaysia , atau lebih tepat lagi negeri Kelantan yang amat saya rindui selalu . Entri kali ini merupakan sambungan entri lepas iaitu entri ‘Cetusan Hati’ di mana saya ingin mengutarakan luahan isi hati serta pendapat yang terlintas dalam hati saya . Semoga Allah mempermudahkan .

ANTARA ULTRAMAN DAN UMAR AL KHATTAB

Saban hari , saya didatangi satu perasaan yang rasanya agak asing bagi diri saya : Saya suka akan kanak – kanak kecil . Mungkin nampak biasa sahaja namun bagi saya itu agak luar biasa . Saya sebenarnya bukanlah seorang yang suka bermain dengan budak – budak . Tetapi sekarang , saya agak ‘cair’ apabila melihat kupu – kupu syurga ini . Wajah mereka yang berseri , suci daripada kehitaman dosa . Sangat comel . Dan jangan salah faham para pembaca , ini bukan petanda awal saya nak mendirikan masjid . Sila luaskan skop pembacaan anda . :P

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi sebagaimana seekor hewan melahirkan seekor hewan yang sempurna. Apakah kau melihatnya buntung?”

Yang ingin saya utarakan ialah persoalan peranan kita selaku generasi sekarang dalam mendidik generasi akan datang . Cuba kita lihat di sekeliling kita sekarang dan bertanya kepada diri sendiri :

Berapa ramai golongan muda yang mendirikan solat ?

Berapa ramai golongan muda yang pandai membaca Al Quran ?

Berapa ramai golongan muda yang ada di masjid untuk solat berjemaah ?

Dan , yang paling utama , siapa tokoh ikutan mereka ?

Sewaktu berada di Kelantan , sambil melayari internet dengan komputer riba , saya sempat menonton satu rancangan realiti hiburan yang berkonsepkan nyanyian di kaca televisyen yang berdekatan . Apa yang menarik perhatian saya ialah , betapa ramainya anak – anak muda kita sekarang yang gemarkan hiburan seolah – olah sudah menjadi darah daging mereka . Sehingga ada dalam kalangan peserta yang saya kira ‘minat giler’ kepada penyanyi – penyanyi yang menjadi juri , antara dialog tipikal mereka :

Abang , saya dari kecik lagi dah hafal lagu – lagu abang …

Saya ada semua album awak …

Dan bermacam – macam lagi . Saya tertarik kepada satu babak di mana seorang peserta (A) yang gagal menyertai rancangan tersebut , tetapi beliau ditemuramah dan diberikan peluang untuk beraksi di pentas bersama ibunya yang merupakan orang yang memperkenalkannya kepada seorang penyanyi terkenal sejak kecil lagi . Kiranya sejak kecil lagi A telah menerima ‘tarbiyah’ oleh ibunya sendiri tentang ‘feqah dunia hiburan’ dan ‘sirah penyanyi’ tersebut .

Sebagaimana sabda Rasulullah yang sertakan di atas , ibubapa adalah pihak yang bertanggungjawab dalam pembentukan anak – anak . Saya bukanlah orang yang layak dalam menerangkan hadith , tetapi melalui pembacaan maksud hadith di atas sahaja kita boleh faham bahawa anak – anak adalah amanah yang harus dipikul oleh ibubapa dan merekalah yang mencorakkan kehidupannya . Hakikatnya , Allah yang mendidik anak – anak dan ibubapa ini hanyalah asbab dalam ketentuan Allah . Namun itu bukanlah alasan bagi ibubapa untuk mengabaikan sunatullah iaitu berusaha dengan apa yang mampu dilaksana .

Pada tahun lepas , saya sempat mengikuti kelas Tarbiyatul Aulad Fii Islam iaitu pendidikan kanak – kanak mengikut Islam . Kitab yang dikarang oleh Abdullah Nasih Ulwan ini menerangkan bahawa pendidikan anak – anak ini bermula sebelum daripada ibubapanya diijabkabulkan lagi , atau lebih tepat ketika pemilihan pasangan .

Justeru, Islam menitikberatkan soal pemilihan pasangan seperti pesanan Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.”

Kenapa agama menjadi prioriti dalam memilih pasangan ? :

Kalau seseorang itu faham agama , dia tentu tahu syariat dalam mendirikan rumah tangga .

Apabila rumah tangga dibina berlandaskan syariat , maka ia diredhai Allah .

Sekiranya perkahwinan bukan melalui syariat Allah , maka akan lahir anak – anak yang tiada kemuliaan baginya . Kenapa ? Jika seseorang anak itu lahir melalui hubungan sebelum pernikahan maka dia tidak boleh dibinkan dengan nama bapanya . Secara psikologinya anak itu akan terganggu dari sudut pemikirannya , dan jika sejak kecil lagi sudah bermasalah maka bila sudah besar apatah lagi . Lebih – lebih pada zaman sekarang di mana gejala sosial semakin menular dalam masyarakat .

Perkahwinan secara syariat juga dapat mengelakkan daripada penyakit kelamin .

Pasangan yang soleh / solehah mampu memberi didikan agama kepada anak – anaknya sejak kecil . Guru yang terbaik adalah ibubapa sendiri J

Dan banyak lagi . Saya bukanlah orang yang terbaik untuk menerangkan kitab tersebut , sekadar berkongsi apa yang dicatat . Jadi , apa yang ingin diterangkan ialah , jika mahukan anak – anak menjadi soleh / solehah , maka ibubapa dahulu harus menjadi soleh / solehah . Ajarlah anak – anak untuk mengenali keberanian Saidina Umar Al Khattab daripada menonton aksi bajet gagah Ultraman . Ajarlah anak – anak menyintai Allah , Rasulnya dan para ulama ‘ daripada menyintai para tokoh hedonism . Tanamlah semangat ingin berbakti kepada Islam dalam diri suci mereka . Yang penting , anda juga mengamalkan apa yang anda ajar . InsyaAllah . Wallahualam .

Begin With The End in The Mind .

0 orang tak puas hati:

Post a Comment