Pages

Subscribe:

Friday, March 11, 2011

::cetusan minda 1::




Sudah menjadi hukum alam .
Ujian menimpa bukanlah perkara yang abnormal , namun harus ditelani walau pahit mana sekalipun .
Boleh jadi ini kafarah bagi dosa – dosaku atau satu peluang yang Tuhan berikan untuk meningkatkan darjatku .
Wallahu’alam , tidak kira apa hikmahnya sekalipun , yang penting mana – mana ujian pun Allah sebenarnya sedang menguji kita , di manakah pergantungan kita terhadapNya ?
Adakah tempoh ujian tersebut kita menjadi semakin bergantung kepadaNya , ataupun kita lalai dihanyutkan oleh hawa nafsu dengan perkara – perkara batil .
Maaf .
Mukadimah entri ini kurang menarik , hakikat sebenarnya dalam tempoh “cuti” ini dapatlah memanfaatkan segala pembacaan untuk dikongsi bersama .
Namun khilafnya diri ini tanpa disedari iman semakin tergugat , walhal sepatutnya ilmu yang didapati dapat meningkatkan rasa takut kepadaNya .
Mungkin sahaja hati ini terlampau berkarat sehingga menjadi non permeable kepada cahaya ilmu . Allah .
Sedikit sebanyak hati ini terubat apabila membaca link ini : http://saifulislam.com/9423
Persoalan yang pasti menjadi tanda tanya buat semua .
Ingin berkongsikan satu kalam hikmah ,

“ Jika seseorang hamba itu melakukan kebaikan maka ianya hidayah daripada Allah , jika dia melakukan maksiat maka itu adalah pilihannya sendiri “

Menjalani kehidupan di alam praktikal , Malaysia , tanah air tercinta .
Segala teori dan ilmu yang dipelajari di kuliah tibb dan juga madrasah , seminar agama serta program – program kerohanian harus dipraktikkan .
Sungguh seksa . Sakit . Pedih . Namun itulah hakikatnya yang perlu dihadapi .
Sudah menjadi sunnatullah dalam berjuang .
Kalam hikmah As Syahid Imam Hassan Al Banna ,

:
Adakah kamu terbayang MUJAHID itu seorang yang tidur sebanyak-banyaknya, makan sekenyang-kenyangnya, ketawa semahu-mahunya? Atau seorang MUJAHID itu berhempas pulas bermati-matian bagi menegakkan cita-citanya?

Apa yang saya sedari , kesusahan itu menjadi lebih susah sekiranya hidup tidak berjemaah , hidup keseorangan .
Maklumlah , pergerakan saya di tanah air sedikit terbantut berbanding di Mesir . Banyak factor yang mempengaruhi .
Namun apa jua alasan harus ditepis , harus thabat dalam berjuang .

Rasanya pembaca entri ini tentu pelik , apa poin saya menaip entri ini ? Mana poin utamanya ?
Maafkan saya , entri ini sebenarnya suatu rojak yang terhasil dari pelbagai material yang bermain dalam sudut hati saya semasa di Malaysia .
Tidak fokus pada suatu isu tertentu sahaja .
Dan , saya rasa ini bukan kali pertama saya menulis entri bergenre rojak :P

Apa yang menarik , daripada jejak pertama saya di bumi Malaysia hingga sekarang , atau lebih tepat , dari bumi Jeddah hingga sekarang , selalu ada sahaja isu politik yang menjengah hati ini .

“ Kamu semua ini tak ikut prosedur ! “ kata si fulan ketika perjumpaan Keluarga Pelajar Kelantan Mesir di Jeddah .

“ Ahlan wasahlan ,” kata makcik bertudung merah dan berkurung putih sambil menghulurkan air mineral yang tidak akan dijumpai di mana – mana kedai .

“ Kamu pelajar yang belajar tentang Islam , maka janganlah pada kemudian harinya kamu menyebelahi golongan yang menentang Islam ,” kata penceramah suatu seminar .

Bukanlah saya sengaja ingin menimbulkan perpecahan dengan menyentuh isu paling sensitif di Malaysia ini , namun cukuplah saya ingin mengingatkan , Islam itu syumul .

Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara kaffah
(al-Baqarah:208)

Maknanya kehidupan kita dengan Islam ini bukan saja dengan solat , zikir , puasa dan ibadah – ibadah lain .
Dari semua aspek kehidupan perlulah Islam , ingin saya timbulkan satu persoalan di sini ,
Adakah kehidupan Islam kita hari ini sama seperti kehidupan Islam pada zaman Rasulullah dulu ?

Bagi menjawab persoalan tersebut , saya petik kata – kata seorang yang berilmu .
Tidak perlulah saya taipkan namanya , mungkin namanya hari ini kurang bersih akibat pelbagai tuduhan , namun saya tetap hormat beliau sebagai seorang guru yang disegani .
Kata beliau , menurut pembacaan beliau dalam kitab ulama’ ( saya tidak pasti kitab apa ) ,

Perumpamaan Islam hari ini dengan Islam zaman Rasulullah SAW adalah seperti hujan yang turun di atas lereng gunung , di mana dari lereng gunung tersebut air – air akan mengalir dalam bentuk sungai yang mengikut laluan yang mempunyai pelbagai keadaan ( ada tempat ia penuh dengan sampah , dan ada juga tempat ia ditapis ) sehinggalah sampai kepada kita yang ingin mengambil manfaat dari air sungai tersebut . ( Maaf saya menghadapi kesukaran untuk menggambarkannya dalam bentuk tulisan , semoga anda faham , kalau tak faham mungkin saya yang tak berbakat dalam bercerita )

Oleh itu , menuntut ilmu adalah suatu perkara yang sangat penting sekarang ini , lebih – lebih lagi ilmu agama .
Suatu petikan teks yang saya ingin kongsikan :

Dalam Islam Allah mengajar umatnya supaya tidak memisahkan agama dengan sebarang urusan dunia baik dalam ekonomi, politik, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya kerana Islam itu syumul dan tidak ada satu perkarapun dalam segala urusan Allah dan Rasul tertinggal atau terlupa untuk mengajar dan menyampaikan kepada umat manusia baik dalam perkara yang sekecil-kecilnya mahupun sebesar-besar perkara, dari perkara cara-cara memotong kuku sehingga kepada perkara besar seperti peperangan, soal kenegaraan dan pemerintahan.

Politik dalam istilah barat selalu dikaitkan dengan satu perkara yang kotor dan menjijikkan, di mana akan berlaku penipuan, konspirasi, mengata, memaki, mencarut dan sebagainya, sedangkan Islam itu suci mana boleh kita campur adukkan.

Di dalam Islam, politik adalah cara-cara sesuatu urusan itu ditadbir dan dikendalikan untuk membaikkan (meng"Islah"kan) masyarakat Islam khasnya dan masyarakat bukan Islam umumnya. Islam itu syumul dan ia adalah satu cara hidup yang sempurna di mana keamanan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ideologi pengasingan antara agama dan pemerintahan itu mula-mula dianuti oleh kaum Nasrani yang mana terdiri dari para saintis dan buruh yang mana telah berjaya menewaskan para paderi atau pendita dan juga puak bangsawan yang terdiri dari raja-raja di dalam peperangan yang terkenal iaitu Revolusi Perancis. Bagi menyekat pengaruh pendita dan raja-raja maka puak ini telah memperkenalkan suatu fahaman yang mengasingkan soal pemerintahan dengan urusan dunia (pemerintahan). Ini menjadikan pengaruh paderi selepas itu telah disempitkan dan berjaya menyekat pengaruh paderi dari menjadi orang yang paling berkuasa di dalam sesebuah negara, ideologi ini berjaya sehingga sekarang.

Rasulullah semasa hayat telah mengetahui pengaruh dan kuasa yang dimiliki oleh para paderi ini di mana semasa salah seorang sahabat ingin mendapatkan kebenaran Rasulullah untuk membaca Kitab Injil pada setiap malam Sabtu, Rasulullah telah menegahnya dengan membacakan Firman Allah:

"Mereka (Nasrani) menjadikan paderi dan pendita itu sebagai tuhan-tuhan mereka selain daripada Allah"
At Taubah:31

Lalu sahabat itu berkata : " Ya Rasulullah kami tidak pernah menyembah mereka"
Sabda Rasulullah : "Tetapi kamu memakai (menerima) hukum yang diputuskan oleh mereka"

Ajaran atau fahaman ini seterusnya diterapkan oleh penjajah Barat setelah menakluk negara umat Islam bagi memesong pemikiran umat Islam selain dari melemahkan aqidah yang tertanam dalam diri umat Islam yang pada asalnya digunakan oleh mereka untuk melenyapkan pengaruh paderi.

Semasa peperangan Salib, pihak Krstian tidak dapat menewaskan bala tentera Islam kerana keteguhan umat Islam berpegang kepada Al Quran. Sehinggakan King Edward, raja yang memerintah England pada ketika itu pernah berucap dalam Persidangan Pendita (Pederi) yang terbesar pernah diadakan di Kepulauan Greece, umat Islam tidak akan dapat ditewaskan oleh tentera Kristian dalam peperangan Salib selagi umat Isalm berpegang teguh dengan Al Quran kerana umat Islam berjuang untuk mati syahid manakala tentera Kristian pula berperang untuk hidup (takut mati). Maka persidangan itu mendapat jalan untuk menjauhi umat Islam daripada Al Quran dengan mengasingkan agama dengan urusan dunia terutama politik dengan menanam pemikiran bahawa politik itu kotor manakala agama itu suci. Jadi jangan campur-adukkan kedua-duanya. Ternyata serangan pemikiran ini berjaya mempengaruhi umat Islam dan terpahat sehingga sekarang ideologi itu. Itulah serangan pemikiran yang dilakukan oleh pihak orientalis dalam revolusi Perancis dan itulah juga serangan pemikiran pertama yang dilakukan dalam kerajaan Islam Uthmaniah di Turki. Ajaran ini dikenali dengan nama sekularisme dimana pada asalnya ajaran ini memisahkan agama dengan urusan pemerintahan dan orang yang menganut fahaman ini dikenali sebagai golongan sekular.

Disebabkan oleh persetujuan untuk memisahkan agama dengan urusan pemerintahanlah maka Gagasan Malayan Union yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar telah mendapat kemerdekaan Tanah Melayu dengan senang dan mudah tanpa menitiskan setitik darahpun. Maka dilupakan sejarah perjuangan yang dimulakan oleh ulama terdahulu seperti Tok Janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu.

Bertitik tolak dari situlah maka Islam telah diasingkan dari pemerintahan dengan memberikan kuasa agama dan adat istiadat dipegang oleh bukan ahlinya iaitu raja-raja melayu manakala kuasa eksekutif dipegang oleh kerajaan yakni golongan yang berkuasa dalam politik. Kuasa ulama juga dihadkan sekadar di surau-surau dan di masjid-masjid, manakala raja-raja melayu hanyalah berkuasa ke atas penetapan tarikh permulaan puasa dan hari raya. Lebih memilukan Islam di"Pejabat"kan menjadikannya Jabatan Agama Islam Negeri yang mana kedudukannya sama taraf dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Perpaduan Negara.

Islam dijadikan simbol sahaja, sekadar doa selamat dibaca oleh ulama dan ustaz di majlis rasmi kerajaan walaupun majlis maksiat Sukan Komanwel di mana terdapat majlis hiburan, tari menari, menyanyi dan pendedahan aurat. Ianya meletakkan Islam tidak kena pada tempatnya, Islam sepatutnya memerintah bukannya diperintah.

Berhubung dengan hadis di atas yang membicarakan tentang orang Nasrani disifatkan Allah menganggap golongan paderi sebagai tuhan, di negara kita juga tidak terkecuali dalam menganut fahaman sesat tersebut apabila seseorang melakukan kesalahan ianya akan terlepas dari hukuman sekiranya mendapat pengampunan dari Yang Di Pertuan Agong yakni kuasa tertinggi mengatasi kudrat Allah swt di mana ianya di ambil dari ajaran Kristian oleh penggubal undang-undang Malaysia yang bernama Lord Reid. Di dalam agama Kristian Allah kononnya membolehkan serta memberi kuasaNya kepada pederi mengampunkan dosa manusia yang melakukan dosa. Hal ini amat bercanggah dengan ajaran agama Islam sebagaimana yang di terangkan dalam Al Quran surah An Nisaa' ayat 92 di antaranya hanya kaum keluarga terdekat sahaja yang boleh mengampunkan pembunuh tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

Firman Allah Taala:
"Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu kepada apa yang diturunkan sebelum kamu?. Mereka hendak berhakim kepada Taghut, pada mereka telah diperintahkan untuk menjauhi Taghut itu. Dan syaitan itu bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang jauh"
An Nisa:60

(Ingin teks penuh ? Sila PM saya melalui FB atau komen . :P)

Entri ini akan bersambung , masih ada lagi perkara yang bermain di fikiran saya yang belum dikongsikan .
InsyaAllah , doakan hati saya sentiasa di jalanNya .



0 orang tak puas hati:

Post a Comment