Pages

Subscribe:

Wednesday, November 24, 2010

::amirul mukminin::

Haih , hampir sebulan tanpa entri .
Maaf , kesibukan yang memanjang sejak kembali menuntut ilmu yang tak henti – henti datang dari pelbagai sumber .
Ilmu bukan sahaja diterima dari pembacaan , malah pengalaman hidup sendiri , yang saya perhatikan seolah – olah ianya tarbiyah secara tidak langsung daripada Tuhan Yang Maha Penyayang yang dapat diterima pelbagai golongan manusia .
Kerana Dia telah berfirman ,

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." – Al Baqarah ayat 286


Dan semua kejadian yang berlaku terhadap kita , ada hikmah dan petanda bagi orang – orang yang berakal .

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. – Ali – Imran , ayat 190 dan 191


PEMIMPIN ?

Allah telah berfirman dalam surah An Nisa ayat 59 ,

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Kenapa tiba – tiba isu pemimpin pula hendak saya utarakan pada kali ini ?
Kepada sahabat – sahabat di Mansurah khususnya dan di Mesir amnya sudah tentu tahu kenapa .
Sekarang adalah tempoh kempen bagi Pilihanraya AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah bagi sesi 2010 / 2011 , dan tentunya pilihanraya kali ini lebih hangat kerana sistem yang bercorak demokrasi , seperti pilihanraya umum di Malaysia .
Alhamdulillah , saya bersyukur kerana Allah takdirkan saya sampai di bumi Mansurah ini kerana Dia telah memberi tarbiyah secara indirect kepada saya mengenai kepentingan politik , lebih – lebih lagi politik dalam Islam .
Saya mengaku , saya bukanlah seorang yang cakna tentang isu politik sebagaimana senior – senior serta rakan – rakan saya di sini .
Dan maaflah sekiranya entri ini nampak serba kekurangan berbanding blog – blog sahabat lain . Saya masih belajar , ada salah sila maafkan .

CERITA LAMA

Saya rasa ada eloknya saya menyampaikan isi yang hendak diutarakan melalui penceritaan .
Dan sekali lagi , maaf , saya bukanlah berketurunan penglipur lara , dan mungkin ada tatabahasa yang salah sepanjang penceritaan . :P

Pengaturan Allah amat hebat sekali , melangkaui jauh pengaturan makhluk lain . Ditakdirkan pada tahun 2007 , saya telah dilantik sebagai Exco Kebudayaan dan Kesenian , Badan Wakil Pelajar MRSM PC . Bukan untuk bermegah dengan jawatan , sekadar ingin memberitahu kerana tidak sepatutnya seseorang menceritakan amalnya kepada orang lain sekadar untuk menunjuk dan riak . Apa yang hendak diceritakan ialah pengalaman sepanjang memegang jawatan sebagai orang besar di sekolah ketika itu . Saya asalnya ialah seorang yang pendiam , dan kini masih pendiam , cuma sudah lebih elok daripada dulu . Tetapi tugas tersebut memerlukan saya untuk bersuara kepada pelbagai pihak dan melaksanakan bait – bait kata yang terucap supaya tidak dicop cakap tak serupa bikin . Dan antara masalah yang sering dihadapi ialah untuk memenangi hati kedua belah pihak iaitu pentadbiran dan pelajar . Sebagai seseorang yang memahami jiwa pelajar , saya lebih suka tindakan yang akan saya lakukan menyebelahi pelajar .

Tetapi di situlah berlakunya masalah PECAH AMANAH atau KHIANAT .
Saya pernah mengingkari perintah seorang guru (dirahsiakan supaya tidak mengaibkan sesiapa) untuk memberi peluang kepada pelajar melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka . Mungkin di mata kasar perkara ini nampak kecil , tetapi sebenarnya perkara ini tidak patut diremehkan kerana saya telah mengkhianati amanah yang diberikan . Saya telah melakukan kesalahan kepada guru saya dan paling utama , saya telah melakukan kesalahan kepada Allah .

Saya juga bukanlah contoh terbaik untuk rakan – rakan dan adik – adik junior ketika itu . Sepanjang memegang jawatan tersebut , kerja sekolah dan tugasan sering diabaikan , apatah lagi perintah Allah . Alhamdulillah solat saya ketika itu masih dipelihara cuma berjemaah atau tidak itu yang kurang konsisten . Yang sedihnya saya terjebak dengan ikhtilat . Apa yang saya buat ? Tak perlulah saya mendedahkan aib saya sendiri kerana sesungguhnya Allah telah menutup segala keaiban yang manusia lakukan tanpa mereka sedari , cuma kadang – kadang manusia sahaja yang bocorkan aib tersebut dengan memberitahu orang lain . (Tak ingat hadith tersebut , tengok video kat Facebook) . Alhamdulillah ia tidak sampai lagi ke tahap zina , nauzubillah .

Apa yang boleh saya simpulkan daripada cerita yang tidak berbentuk cerita ini :
Kefahaman agama merupakan kriteria penting dalam pemilihan seseorang pemimpin .
Cuba kita selak balik sejarah Islam pada awalnya . Selepas kewafatan Rasulullah , sistem pemerintahan Khalifah merupakan sistem yang paling unggul dan tiada tolok bandingnya berbanding sistem pemerintahan lain . Pelbagai ceruk dunia telah dinaungi Islam ketika itu . Dan cuba lihat balik kenapa pemerintahan Islam boleh jatuh , iaitu disebabkan penyingkiran sistem Khalifah pada masa itu dan tampuk pemerintahan yang diberi kepada orang yang salah dan kurang pemahaman dan penghayatan terhadap Islam .

Memang benar pelbagai kriteria lagi yang diperlukan dalam seorang pemimpin , namun Islam itulah sebenarnya prioriti .

Apabila kita memahami Islam , segala kekhilafan dalam masyarakat dapat dikesan .
Apabila kita memahami Islam , cara bermuamalat kita sah .
Apabila kita memahami Islam , secara tidak langsung segalanya akan menjadi mudah .
Apabila kita memahami Islam , kita redha dan pasrah atas segala perancangan Ilahi apabila apa yang kita rancang tidak berjalan lancar .

SIAPA CALON PENGERUSI PILIHAN SAYA ?

Azizi dan Ashraf , kedua – duanya sepanjang saya mengenali mereka , saya nampak kefahaman Islam itu ada dalam diri mereka .
Ashraf atau Bullet sering saya temui di Masjid Samanoudy untuk solat berjemaah , konsisten .
Azizi pula merupakan mantan Exco Unit Pembangunan Insan bagi sesi lepas , dan dia juga banyak terlibat dalam program PCM khususnya program kerohanian seperti Smart Circle .

Tanpa memburukkan mana – mana calon , saya terus akan beritahu bahawa pilihan saya ialah :




Kenapa dia pilihan saya ?

Pelbagai kontroversi telah disebarkan kononnya pencalonan Azizi adalah semata – mata untuk menyelamatkan “muka lama” PCM , tetapi saya rasa penyataan itu sangat tidak adil . Saya nak tanya kepada siapa yang masih berpendapat sebegitu ,

“ANDA PERGI TAK HARI PENGENALAN CALON ?

Saya akui , sifat Azizi yang mudah mesra , percakapannya yang memenangi hati serta kelakuannya yang lebih matang daripada tahun pengajiannya sudah cukup untuk meraih kepercayaan saya untuk menyokong dan mengundinya . Siapa sangka , saya yang dahulunya pernah menolong Azizi untuk mengedar dan mengutip borang Smart Circle kepada pelajar – pelajar ikhwah batch saya kini menjadi pembantunya dalam mengendalikan Smart Circle sesi 2010 / 2011 . Indah sungguh pengaturan Ilahi .

Kisah dari blog saudara Zaim ini juga menarik perhatian saya :

Pernah pada suatu mesyuarat muhasabah exco yang mana saya turut hadir, ada satu soalan yang ditanya kepada kami semua tentang apakah perkara yang mahu dimuhasabahkan bersama, sepanjang memegang amanah dalam PCM?

Setiap yang hadiri dalam mesyuarat itu mesti bersuara. Dan apabila tiba pada giliran Azizi, muhasabahnya sangat berbeza dari yang lain.

"Sepanjang saya jadi exco, perkara yang paling saya sedih ialah, saya tak dapat nak 'maintain' solat subuh berjemaah di masjid. Dan banyak amalan sunat yang saya tertinggal Dan saya sedih, jika sepanjang kita jadi exco ini, kita tidak serius, sedangkan banyak perkara yang telah kita korbankan."
Pimpinan mesti solat subuh berjemaah di Masjid. Itu kesimpulan saya.

Mungkin, teori solat subuh berjemaah di masjid dianggap leceh dan kecil. Tapi teori yang sama inilah yang diguna oleh pimpinan dan jeneral empayar Islam terdahulu. – dipetik dari http://hijaudamai.blogspot.com/2010/11/calon-pilihan-saya.html

Agak rugi kepada kita khususnya kepada warga Mansurah jika individu seperti Azizi ini diabaikan . Kata Khalifah Umar ,

Jika kamu hendak melihat kemajuan sesebuah negara , lihatlah kepada belianya .

Di samping itu , saya ingin menyeru kepada rakan – rakan , buatlah pilihan yang tepat dan datang melaksanakan tanggungjawab anda untuk memilih pemimpin anda . Jangan bersikap mementingkan diri , seperti mana maksud hadis :

Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mengambil berat tentang saudara mereka sendiri .




P.S –

1. Maaf , saya rasa entri ini kurang baik . Mungkin saya sendiri yang belum berfikiran matang . Minta tunjuk ajar orang lama berblogging .
2. Saya tetap akan bersama PCM meskipun Azizi tidak menang . Sebab saya sayang PCM . PCM adalah medium perjuangan pertama saya .
3. Minta doa kalian semua agar saya dilindungi Allah kerana setiap percakapan dan tulisan saya akan diuji olehNya , moga saya tabah jika diuji .
4. Pernyataan PCM = Islamik itu tidak perlu dipertikai . Islam itu addin , cara hidup . Jadi kenapa persoalkan persatuan yang berpandukan Al Quran dan as sunah ? Persatuan yang tidak ikut , kenapa tidak persoalkan ? Dunia ini milik siapa ?

0 orang tak puas hati:

Post a Comment