Pages

Subscribe:

Thursday, October 28, 2010

::jalan kebenaran::

Dahulu aku buta .
Bukan buta mata walaupun aku ada sedikit rabun jauh .
Tapi hati aku yang buta .
Bait lirik lagu – lagu lagha lebih aku kagumi dari Kalamullah .
Majalah hiburan lebih kugemari berbanding manual hidupku .
Rancangan Islam ? Forum agama ? Nah , membosankan !
Sekadar solat lima waktu tak tinggal sudahlah ! Jangan jadi eksterimis !
Namun di mulut sering bermanis apabila bercakap hal agama .
Kopiah atau songkok di kepala bukan lagi menjadi sunah tetapi menjadi bahan riak .
Kononnya , aku lah yang terbaik ! Akulah pak ustaz !
Nak solat ? Biar aku imamkan . Walhal Fatihahku makhraj pun tak berapa betul lagi .
Entah Tuhan terima ke tak solat kita . Penuhi kewajipan sudah .
Depan akhawat pulak , bukan main control .
Lebih – lebih lagi yang bertudung labuh , berbaju longgar .
Nak isteri solehah ? Ceh , aku sendiri soleh ke tak aku pun tak tahu .
Namun , Allah sentiasa sayangkan hambaNya . Cuma hambaNya yang kurang sayang Dia .
Aku dikurniakan ibu bapa yang betul – betul menjaga zuriatnya menjadi manusia .
Syukur aku tidak pernah memegang tangan mana – mana akhawat yang belum halal bagiku .
Aku tidak hisap rokok dan minum minuman syaitan .
Dan mereka betul – betul mengambil berat tentangku dan adik beradik yang lain , meski mereka bukanlah pak ustaz atau mak ustazah , jauh sekali alim ulama’ .

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. – Luqman , ayat 14 .


Cuma aku silap pada masa itu .
Aku sangka aku SUDAH CUKUP BAIK DAN SOLEH .

Perjalanan hidup aku teruskan .
Aku mula tercari – cari , di mana jalan kebenaran ?
Dengan pengetahuan yang kosong , aku mula merujuk di internet atau buku – buku .
Sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat .
Tapi aku tak puas . Aku perlu tau juga mana jalan kebenaran !
Aku bertemu seorang sahabat yang berjaya mengubah hidupku .
Meskipun aku tahu , hanya Allah yang layak untuk memberi hidayah ,
Namun kehadirannya dalam hidupku sangat bermakna .
Aku baru kenal istilah Qiyamulail . Tahajud . Ukhuwah . Tazkirah . Usrah .
Niat dan visi aku dalam kehidupan ditajdid semula .
Alhamdulillah , aku turut bangga kerana dia juga seperti aku . Baru nak berubah .
Dan kini dia semakin aku kagumi , dari seorang jalanan kepada bakal agamawan professional insyaAllah .
Aku sedikit cemburu , apabila dia banyak bertemu para ulama’ terkenal dan berguru dengan seorang syeikh yang syadid .
Lain halnya dengan diriku .

Di bumi para anbia , dan juga firaun ini .
Aku cuba meneroka debu – debu untuk mencari permata yang berselindung di sebaliknya .
Jalan kebenaran harus aku cari .
Aku bertemu ramai orang , yang banyak mengajarku untuk menjadi lebih baik .
Alhamdulillah .
Namun , aku sedikit terkilan .
Pelbagai versi “jalan kebenaran” yang aku temui .
Dan mereka saling bergaduh untuk membenarkan kenyataan mereka .
Aku jadi bingung .
Mana jalan kebenaran yang aku cari selama ini ?
Atau , ini silap aku sendiri kerana akidah aku terhadap Tuhan masih belum mantap ?
Aku perlukan pembimbing untuk ke arah itu .
Sebagaimana kata – kata hikmat :

“Barangsiapa yang tiada syeikh , maka syaitan itulah syeikh baginya .”


Aku sedih bila orang yang aku pernah anggapnya sebagai syeikhku kini seakan hilang arah .
Memang manusia bukan malaikat , dan aku bukanlah menyalahkan dirinya seratus peratus .
Aku anggap ini ujian Tuhan terhadapnya . Semoga dia sedar atas kesilapannya .
Bukanlah aku inginkan seorang syeikh untuk berbangga dengan rakan , tidak .

Bukanlah ilmu itu banyak dengan riwayat , tetapi ilmu itu adalah perkara yang menimbulkan perasaan takut kepada Allah – Abdullah ibn Mas’ud .


Hurm .
Doakan aku berjaya mencari jalan kebenaranku .

0 orang tak puas hati:

Post a Comment