Pages

Subscribe:

Wednesday, September 8, 2010

::buku::

3 minggu sejak entri terakhir .
10 hari sejak peperiksaan ulangan Physiology berakhir .
8 hari di tanah air tercinta .

Entri kali ini mungkin berlainan dengan entri – entri sebelumnya , sebab kali ini saya akan cuba membuat review serta ulasan pendek mengenai 2 novel yang baru dikhatamkan sejak pulang ke Malaysia .

NOVEL PERTAMA – DENYUT KASIH MEDIK KARYA DR FARHAN HADI



Sinopsis dari taman-buku.blogspot.com :

Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.

Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?

Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina dalam Denyut Kasih Medik.



Review saya :
Alhamdulillah jarang kita dipertemukan dengan bahan bacaan sebegini , di mana ia secara tidak langsung menampakkan bahawa Islam itu agama yang syumul , universal , bukan sahaja dipraktikkan di masjid dan surau , namun di seluruh pelusuk alam . Dan tidak ramai golongan professional yang sanggup menulis buku mengenai Islam itu sendiri . Dr Farhan Hadi berjaya mewujudkan situasi seorang houseman yang teguh dengan prinsip agamanya walaupun di tempat kerja sekalipun . Persoalan fiqh juga dihuraikan dengan baik , terutamanya mengenai darah istihadah yang selalu dipandang remeh oleh wanita . Ya , isu darah istihadah adalah sesuatu yang agak sukar difahami sekiranya tidak diterangkan dengan betul .

Novel ini bukan sahaja dikhaskan bagi doktor atau pelajar perubatan , malah golongan lain juga digalakkan membacanya . Saya mengelaskan novel ini sebagai sesuatu yang Islamik dan infotainment . Walaubagaimanapun , saya dapati gaya bahasa novel ini terlalu “simple” dan santai , ya , mungkin ramai orang suka sesuatu yang simple dan terus terang namun kekurangan unsur seperti saspens dapat mempengaruhi pembaca juga . Apa – apapun , percubaan pertama Dr Farhan Hadi ini sudah dikira berjaya dan diharapkan beliau akan menulis sesuatu yang lebih enak lagi untuk dibaca , Insha Allah . Tahniah diucapkan kepada beliau dan Telaga Biru di atas penerbitan novel ini .
Rating : 3.5 / 5

NOVEL KEDUA – KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU KARYA A.UBAIDILLAH ALIAS (BUKU KEDUA DARIPADA DWILOGI WARKAH CINTA BERBAU SYURGA )



Sinopsis (dari belakang novel ) :

Mesir bukan noktah akhir pertemuan Amir dan Balqis . Amir Mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui Ilahi .

Jalan hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzuddin yang kembali mengharapkan cinta . Amir Mukhlis bertemu Tasnim yang teguh membawa legasi cinta Wardah . Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir Mukhlis .

Balqis , mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka ? Amelia , bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu ? Tasnim , mampukah dia memerdekakan cinta Wardah ? Nun di sana , Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya .


Review saya :
Saya sendiri tidak menyangka bahawa novel Warkah Cinta Berbau Syurga (WCBS) itu sebenarnya akan disambung oleh Ustaz Ubaidillah , dan novel inilah hasilnya . Pengakhiran WCBS membuat saya kecewa kerana saya menyangka Amir akan meninggal dunia disebabkan kanser yang dialami , namun Kala Cinta & Wahyu Bersatu (KCWB) berjaya menghapuskan kekecewaan saya . Saya tidak dapat membuat review mengenai WCBS keranai sudah setahun lebih saya menyudahkan novel itu (dalam masa 2 hari sahaja!) , namun dwilogi ini dapat saya gelarkan sebagai KCB versi Malaysia , kerana novel pertama banyak berkisar tentang kehidupan Amir Mukhlis (protagonist) di bumi Mesir manakala novel kedua berlatarbelakangkan bumi Kelantan iaitu kampung halamannya . Dan unsur KCB itu semakin menyerlah apabila dalam novel kedua ini Amir perlu mencari pekerjaan dan pada masa yang sama dia harus mencari teman hidup , sama seperti Khairul Azzam , bukan ?

Ustaz Ubaidillah sekali lagi berjaya membuat pembaca menguliti novel ini hingga ke noktah terakhir dengan gaya bahasa yang bersahaja . Beliau berjaya membuat saya rasa kurang senang terhadap keluarga Amelia yang memaksa Amir untuk menikah dengan sepupunya itu . Selain itu , Ustaz Ubaidillah banyak menerapkan isu tawakkal kepada Allah sebagai keutamaan dalam kehidupan menerusi watak Amir . Beliau juga membuka mata para pembaca agar tidak menyifatkan dakwah itu sekadar memberi ceramah atau menulis kitab , tetapi banyak lagi cara untuk berdakwah seperti melalui televisyen , internet dan filem . Secara tidak langsung menampakkan kesyumulan Islam itu sendiri . Tahniah .

Rating : 4 / 5

P.S – Saya berminat untuk membuat review tentang watak KCWB pada entri akan datang , Insha Allah . Dan dengar cerita dwilogi ini bakal difilemkan . Nak jadi pelakon utama boleh :P

0 orang tak puas hati:

Post a Comment