Pages

Subscribe:

Thursday, March 11, 2010

::bumi kinanah::


Selalunya orang sabitkan Mesir dengan “Bumi Kinanah” , namun tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pernyataan tersebut ? Baiklah , saya berasa sedikit malas untuk menerangkannya dengan entri yang panjang , jadi saya ringkaskannya melalui penceritaan sahaja .

ANTARA STOKING DAN MUSHRIF

Amru : Woi Said , cepatlah bersiap tu , kita dah lewat nak pergi tuisyen ni.

Said : Kejaplah (lalu keluar dari biliknya) . Eh , kejap , aku nak pakai stoking dulu . Sejuklah kat luar.

Amru : Alah , lecehlah kau ni . Buat apa nak pakai stoking ? Kau tu lelaki , bukan perempuan . Ingat tak akhi Izzat bagitau , cara dia pilih isteri dengan tengok akhawat itu samada dia pakai tudung labuh menutupi dada dan pakai stoking ? Takkan kau nak jadi macam akhawat pulak kot?

Said : Eleh , aku pakai ni supaya bila akhawat nampak , dia pilih aku sebagai calon suami . (Sambil buat muka bangga)

Amru : Jadi calon suami ke , jadi calon mushrif? Dahlah , jom pergi cepat . Nak solat Maghrib lagi.

Setibanya di tuisyen…(Selepas solat Maghrib di masjid berdekatan)

Akhawat : Said , boleh tolong jadi mushrif kami tak masa balik tuisyen nanti?

Amru : Kata – kataku jadi kenyataan . Hehe (Sambil tersenyum kepada Said).


Kesimpulannya , kita kenalah sentiasa menjaga kata – kata yang keluar dari mulut kita . Kerana

setiap bait perkataan yang keluar dari mulut itu adalah doa . Jadi , amalkan pertuturan yang

baik sentiasa . Mesej ini dibawakan khas dari saya untuk diri saya sendiri dan juga kebaikan

anda semua . Selamat beramal .


P.S - Nama watak di atas bukanlah nama sebenar .

0 orang tak puas hati:

Post a Comment