Pages

Subscribe:

Friday, February 26, 2010

::maulidur rasul::


*Berasa terkejut setelah Winamp di laptop memainkan selawat-selawat ke atas Rasulullah sahaja walaupun di-shuffle-kan , hinanya aku , sedangkan laptop aku sendiri “basah lidahnya” berselawat dan menghormati hari maulid nabi , aku pula dengan tidak segan silunya asyik dengar lagu Jepun & Korea*

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran seorang manusia yang hebat , yang menjadi sejarah dalam kehidupan , yang menjadi contoh tauladan sekalian umat.Muhammad.Yang terpuji.Hadirnya menerangi bumi dari kegelapan.Mendidik manusia menjadi manusia , bukan menjadi binatang.Dialah Rasulullah , utusan Allah.

Asalnya hatiku berbelah bagi untuk menulis entri tentang Maulidur Rasul , dek kerana niat yang kadang-kadang terombang ambing , adakah benar saya menulis entri ini kerana cintakan Allah & rasulNya?Atau adakah saya sekadar menulis agar tidak ketinggalan jauh dari rakan-rakan yang sudah terpapar entri Maulidur Rasul di laman blog mereka?Atau , adakah saya menulis untuk menzahirkan bahawa saya ini orang yang benar-benar mencintai Rasulullah dan ingin menunjukkannya kepada orang ramai?Wallahualam.

DAH LAMA ADA TAPI BARU SENTUH

“Kitab yang kita beli , akan ada masa di mana kita akan baca juga kitab tu.”

Tiba-tiba saya teringatkan satu kitab yang sudah lama saya beli di Maktabah Fayad , Murur.Kitab itu sepanjang masa ada di atas meja namun saya tak pernah buka pun.Kitab berbahasa Inggeris , Abridgement of Prophet Muhammad’s Biography.Terjemahan dari kitab karangan Ibn Kathir.Tergerak hati untuk membacanya setelah letih pulang dari kuliah , dan Alhamdulillah , saya suka kitab tersebut di mana sirah Nabi diceritakan dalam bahasa yang mudah difahami , dan lebih terperinci.Terasa hinanya diri ini di mana aku baru tahu mengapa surah Al-Mudassir diturunkan sebagai wahyu kedua kepada Rasulullah sebagai tanda kerasulannya.Selama ini belajar benda tu dalam silibus Tingkatan 4 subjek Sejarah , aku cuma menghafalnya hanya sekadar “ nak masuk periksa” , dan penyakit inilah yang berbahaya buat pelajar-pelajar sekarang.

O the Cloaked One! (Prophet Mohammed – peace and blessings be upon him). Rise up and warn!And proclaim the Purity of your Lord.And keep your clothes clean.

Al-Mudassir – Ayat 1 -4

Ketika ayat-ayat ini diturunkan diceritakan bahawa Rasulullah SAW takut akan kehadiran Jibril , lalu bersembunyi di dalam selimut.Sebab itu surah ini bermaksud “ Orang yang berselimut”.

LAU KANA BAINANA?

Semalam saya diberikan nikmat sebagai seorang yang terpilih oleh Allah SWT bersama ratusan warga Mansurah yang lain bagi menghadiri program “MUHAMMAD THE CHOSEN ONE” yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Insan PCM di salah satu dewan universiti.Apa yang menarik perhatian kami ialah slot video yang ditayangkan pada awal program.Ingin saya kongsikan video tersebut :



Cuba bayangkan Rasulullah SAW datang ke rumah kita , dalam keadaan kita sedang leka dengan keduniaan.Aku sendiri tak dapat bayangkan , jika Rasulullah datang kepadaku dalam keadaan aku sedang asyik menonton FullMetal Alchemist pada hujung minggu , dengan amalanku yang tak seberapa , dengan perangaiku yang zalim , betapa malunya aku.

Teringat kata-kata mentor SCku , saudara Izzat Hadi , Rasulullah walaupun zahirnya sudah wafat , namun baginda masih lagi ada di sekeliling kita.Aku sudah lupa istilah yang digunakan , namun apa yang aku faham , Rasulullah boleh sahaja mengunjungi kita melalui mimpi kita ataupun secara “live” , dengan syarat kita haruslah menghilangkan 70 dosa besar yang menjadi hijab kepada hati.Wallahualam.Kalau ada salah tolong betulkan.

YA NABI SALAM ALAIK ,

SALAM MAULIDUR RASUL

::sang musafir bertopi::

0 orang tak puas hati:

Post a Comment