Pages

Subscribe:

Saturday, February 20, 2010

::cerpen - aku benci BADAR! part 2::


SAHABAT BAIK

“Sara , saya tak pasti awak pernah dengar atau tak , Rasulullah SAW pernah bersabda , “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan mahram berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.”

“Maksudnya , Kak Rasyidah itu syaitankah?” jawabku sambil menghirup kopi panas di meja belajarku.

Dia ketawa kecil.“Bukan , maksudnya macam ni , memanglah baik niat awak untuk berbincang hal kelas dengan Yazid , tapi awak kena ingat , kamu berdua bukan mahram , perbuatan itu boleh cenderung kepada zina.Mungkin hati awak boleh kawal , tapi macam mana dengan Yazid?Syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat manusia.Sedangkan manusia agung seperti Nabi Adam a.s pun boleh terpedaya dengan kata-kata iblis , inikan pula manusia yang lemah imannya seperti kita.Jadi , saya harap kita sama-sama elakkan perkara tersebut.Sekarang awak dah tahu , jadi awak kenalah amalkan.”

Ainul Nazirah bt Rushdan.Atau Irah.Itulah sahabat rapat aku di maktab.Kelantan merupakan tanah kelahirannya , dan dialah yang sering menjadi “kamus bergerak” sepanjang aku bermastautin di negeri Che Siti Wan Kembang ini.Pengalamannya belajar di Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat , sebuah sekolah agama berasrama yang masyhur di negeri ini memberikan aku kepercayaan untuk menjadi sahabatnya.Dia tampak berbeza berbanding rakan-rakanku di sekolah lamaku mahupun di maktab.Selama aku berkawan dengannya , kata-katanya tidak pernah mengguris hatiku , walaupun jika difikirkan kembali mesej yang terdapat di dalamnya lebih kurang sama dengan orang lain.Terutamanya budak-budak BADAR.

Malam tersebut , selepas solat Maghrib , aku bersiap untuk ke kelas bagi sesi prep malam.Selalunya aku akan berjalan bersama Irah untuk ke blok akademik , tetapi oleh sebab aku “ponteng” solat jemaah di surau , terpaksalah aku berseorangan melintasi laluan di tepi Dewan Besar.Encik Mazlam , atau lebih dikenali sebagai Pakcik Lam dalam kalangan pelajar bersama isterinya sedang membuat persiapan untuk membuka gerai burger mereka.Pada malam yang mempunyai sesi prep sebegini , gerai mereka biasanya sesak dengan pelajar-pelajar yang inginkan makanan segera untuk mengisi perut mereka setelah penat mengulang kaji pada sesi prep.

“Sara , tadi Kak Suraya beritahu aku , dia nak jumpa kau malam ni lepas prep dekat dormnya ,”

Si mulut becok , Sofia memberitahuku ketika aku sedang asyik menyiapkan tugasan Matematik Tambahan.Ah.Apa lagi yang dia mahu dari aku?Masih tegar nak “lecture” aku.Bukannya aku tidak pernah ke surau untuk solat berjemaah pun sebelum ini , baru berapa kali sahaja aku tidak ke sana.Besar sangatkah kesilapan yang aku buat?Aku tidaklah seteruk rakan-rakanku yang “dating” di Taman Ulat mahupun di blok akademik.Mengapa tumpuan mereka hanya pada aku , hina sangatkah aku?

Jiwaku tidak tenteram.Sebaik sahaja sesi prep malam tamat , aku bergegas ke kelas 4 Farabi , kelas Irah.Hal ini harus aku ceritakan kepadanya.Irah sahajalah temanku yang boleh diharap.Rakan-rakanku yang lain , Qistina , Zahida , mahupun Natasha , mereka sekadar menumpang kesenangan aku.Ketika aku dalam kesusahan , mereka mula menjauhkan diri daripada aku.

Irah yang memakai baju kurung biru tanpa corak serta tudung berwarna hitam sedang mengemaskan barang-barangnya di meja.Aku mendekatinya dan duduk di kerusi Fatin , teman semejanya yang sudah meninggalkan kelas.Dia tersenyum manis menyambut kehadiranku.Aku membalas senyumannya lalu menceritakan masalah yang kuhadapi.

“Baiklah , saya akan tolong awak , tapi sebelum tu , jom kita ke gerai Pakcik Lam dulu , dah lama rasanya tak menghirup ABC malam-malam macam ini ,” katanya dengan wajah yang tenang.

Sememangnya Irah menggemari ABC Pakcik Lam yang manis itu.Orang Kelantan , makanan manis sudah menjadi kebiasaan mereka.Aku kagum dengan sikapnya yang sentiasa tenang , walaupun dilanda masalah.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Pesanan yang kerap yang diucapkannya kepadaku.


SOLUSI

Irah menyatakan bahawa dia akan menemaniku untuk bertemu Kak Suraya , pelajar senior yang juga menjadi harapan maktab dek kecemerlangan akademiknya.Dia merupakan salah seorang daripada 5 orang pelajar yang mendapat TPNG 4.0 bagi 3 semester berturut-turut.Selama ini aku mengaguminya , namun sejak kejadian aku dan Yazid dibawa berjumpa Encik Zaidiakma oleh Kak Rasyidah , aku membenci kesemua ahli BADAR.Aku membenci mereka bukanlah bermakna aku juga membenci Islam , walaupun selama ini di rumah aku kerap meninggalkan solat.Al-Quran pun jarang sekali kusentuh , hanya menjadi perhiasan di rak buku sahaja.Malah , jarang sekali aku nampak ibubapaku solat.

“Assalamualaikum , Kak Suraya ,” Irah memberi salam sambil mengetuk pintu dormnya yang terletak di Blok D Aspuri.

Pintu dibuka.Kak Suraya mempersilakan aku dan Irah masuk ke dalam.Wajahnya sedikit kehairanan , mungkin terkejut dengan kehadiran Irah.Kami duduk di atas tikar mengkuang hijau yang dihamparkannya di lantai dorm.

“Ada apa hal nak jumpa aku?” aku terus menanyakan persoalan utama.

“Saya jumpa kamu ni nak menasihat kamu , ahli-ahli BADAR yang lain mengadu yang kamu ni sering menolak ajakan mereka , mereka suruh kamu bersiap ke surau kamu menjawab balik dengan bahasa yang kasar , seperti yang sering kamu buat pada saya.Tegur kamu tak pakai stoking , kamu cakap tiada siapa yang nak tengok kaki kamu.Malah setiap kali ada usrah , kamu mengelak.Saya tahu kamu pelajar pintar , tapi itu bukanlah sebab untuk kamu mencemuh dan membenci kami.” Katanya sambil memegang bahuku.

“Oh , selama ini kau dan budak-budak BADAR lain cari kesalahan aku , benci aku , kau fikir aku tak ada perasaan?” aku meninggikan suaraku.Belum sempat aku menambah hujahku , Irah memberi isyarat , menyuruhku berhenti.

“Cukuplah Kak Suraya , Sara.Perkara ini tidak perlu kita besarkan.Walaupun saya tiada kaitan dengan isu yang dihadapi oleh Sara dengan ahli-ahli BADAR , tapi saya perlu masuk campur bagi mengelakkan hal ini berlanjutan.Sesungguhnya kita semua bersaudara atas nama Islam , jadi benci-membenci harus kita elakkan.Tentu Kak Suraya tahu kan?” Irah memulakan bicaranya.

“Sebenarnya bukan pilihan Sara untuk membenci pihak BADAR , dia masih lagi mengalami perubahan budaya dari kehidupan yang sebelumnya.Dia tidak pernah lagi terdedah dengan perkara-perkara sebegini , jadi banyak yang masih dia tak tahu.Contohnya sebelum ini , dia tak tahu bahawa berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram itu haram , jadi kita kenalah beritahu dia dengan baik tentang pengharaman perkara tersebut.Bukannya mengutuknya atau mengenakan tindakan yang drastik terus kepadanya.Nanti ada kemungkinan dia akan bersangka buruk kepada pihak yang menegurnya.” Tambahnya lagi.

Suasana dorm yang asalnya panas menjad sejuk.Lidahku kelu ,tidak mampu mengucapkan apa-apa.Kak Suraya pun begitu.Irah mendekati kami lalu memeluk kami berdua.

“Ayuh , kita bermaafan antara satu sama lain.Selepas ini kita musahabah diri kita agar untuk bersangka baik terhadap orang lain , dan juga terhadap Yang Maha Kuasa.Dia menurunkan ujian kepada kita bukan untuk kita saling bermusuhan , tetapi untuk kita saling bertolak ansur.”

Air mata membasahi pipiku.Tidak kusangka , kata-kata sahabat karibku itu mampu mencairkan hatiku yang keras penuh dosa.Sesungguhnya aku sangat bersyukur mempunyai sahabat sedemikian.Dia mungkin pelajar biasa , tetapi bicaranya luar biasa.Kak Suraya tidak putus-putus beristighfar dalam pelukannya.Sejak hari itu , “krisis” antara aku dan ahli BADAR berakhir.Begitu juga kesengsaraanku belajar di maktab ini.


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Al-‘Asr , Ayat 1 -3


Alhamdulillah , dah lama terfikir nak buat cerpen ni , akhirnya jadi kenyataan juga.Pesanan kepada yang membaca cerpen yang tak seberapa ini:

Bagi pelajar MRSMPC , maaf jika terpakai nama / nama dorm / nama kelas dll anda.Cerita ni rekaan je.Bahagian Pakcik Lam tu betul la. :P

Saya bukan mengutuk BADAR dalam cerpen ini.Cuma nak berpesan , dalam menasihat/menegur/dakwah orang lain , kita kena jaga juga perasaan orang tu.Letakkan diri kita di tempat orang yang kita nak tegur tu.Dah tentu kita marah kalau ada orang tegur tak tentu pasal kan?


Salam

2 comments:

  1. secara jujur aku mahu katakan, yang aku tak pernah cecah sepuluh kali pun ke surau semasa kat mrsm pc.

    ReplyDelete
  2. fakta menarik.jadi selama ni kau pergi mana?

    ReplyDelete