Pages

Subscribe:

Friday, February 19, 2010

::cerpen - aku benci BADAR! part 1::

SUKA HATI AKULAH!

“Eh , kau tak siap lagi ke Sara?Dah nak azan dah ni ,” kata gadis berkulit kuning langsat yang sedang membetulkan telekungnya di pintu dorm.

“Aku rasa tak nak pergi suraulah hari ni Irah , lagipun aku tak khusyuk solat jemaah.Oh , satu lagi , kalau kau nampak budak BADAR round dorm , kau misscall aku. ”

Berpakaian t-shirt biru gelap serta seluar tracksuit , aku masih leka membaca komik KREKO yang baru sahaja dibeli semasa keluar outing di Bandar Kota Bharu tadi di atas katilku yang berdekatan dengan tingkap.Sudah menjadi tabiat aku , sekiranya aku sedang melakukan apa yang aku minat , gempa bumi pun mungkin aku tak kisah.Budak BADAR apatah lagi.Kenapa aku perlu takut dengan mereka.Mereka pun manusia juga.Sama dengan aku.Dan , semakin lama aku belajar di maktab ini , aku semakin tertekan dengan mereka.Ada sahaja benda yang mereka buat yang buat aku sakit hati.

Sebaik sahaja komik itu habis kubaca , tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki , kelihatannya seseorang sedang menuju ke dormku.”Ni mesti budak BADAR ,” bisik hatiku.Kalau bukan Suraya , mesti Mariam , mereka berdua saja setakat ni masih tegar nak cari pasal dengan aku .

“Assalamualaikum , Sara , kenapa tak bersiap lagi untuk solat Maghrib berjemaah di surau?” jangkaanku tepat , Suraya , gadis tinggi lampai dari Selangor itu muncul di muka pintu dormku.Dia tidak keseorangan , Mariam juga menemaninya di belakang.

“Waalaikumussalam Cik Nur Suraya Bt Mohamad , suka hati akulah aku nak solat berjemaah ke tak , itu hak aku , lagipun aku baru nak pergi berwudhuk untuk solat sendiri , at least aku solat juga.Dahlah , tak payah nak jaga tepi kain aku , kau pergilah solat di surau tu cepat , nanti kau juga yang lewat kalau asyik fikirkan aku , “ aku menjawab sambil mencapai tuala yang di tepi locker , lalu melangkah ke tandas seperti tiada sesiapa di dalam dorm kecuali aku.Suraya dan Mariam tidak terkejut dengan perbuatanku itu , malah mungkin mereka sudah lali dengan tindakanku itu.

AKU BENCI BADAR

Nama penuhku Sara Naimah bt Zulkifli , dan aku sudah biasa dipanggil dengan nama “Sara”.Sudah 6 bulan aku melanjutkan pelajaran ke MRSM Pengkalan Chepa , Kota Bharu di bumi Kelantan.Sebelum ini aku tidak pernah berjauhan dari keluargaku di Kuala Lumpur , aku melanjutkan pelajaran di sini pun atas paksaan ibubapaku.Kata mereka , jika aku belajar di MRSM , peluang untuk aku melanjutkan pelajaran di universiti luar negara amat cerah.Ya , ternyata sejak kecil lagi aku menanam impian untuk belajar di United Kingdom dalam bidang perubatan.Aku menjejakkan kaki di bumi Kelantan pada bulan Februari yang lepas , dan ternyata aku sedikit kecewa dengan MRSM ini.Bangunannya yang uzur seperti tidak berapa kena dengan citarasaku , terutama dorm aku sendiri.Aku hampir saja ingin memujuk ibu untuk tidak melepaskanku untuk belajar di sini , namun setelah mengingatkan kembali objektif aku untuk melanjutkan pelajaran di MRSM , aku batalkan sahaja niat itu.

Sengsaralah aku selama dua tahun di sini .

Di sebalik “kesengsaraan” aku itu , aku masih cemerlang dalam pelajaranku.Pada semester pertama , aku dianugerahkan Anugerah Penghormatan Pengetua atas kejayaanku mendapat PNG 4.0.Malah , aku juga aktif dalam kegiatan kokurikulum , di mana aku merupakan salah seorang ahli kumpulan drama maktab.Pelajar-pelajar tidak kira senior atau junior , hampir semuanya mengenaliku.Kesengsaraan yang aku alami semakin lama semakin berkurang.Sehinggalah…

“Kenapa kamu berdua-duaan dalam kelas ni?Kamu tau tak haram sepasang lelaki dan perempuan berdua-duaan , walaupun di khalayak ramai ?” kata Rasyidah , gadis berkulit putih dari Pahang dengan suara yang lantang.

Suasana dalam kelas 4 Ghazali yang asalnya sedikit hingar kerana perbualan aku dan Yazid , presiden kelas menjadi senyap seketika.Petang itu kami berdua keluar prep lambat sedikit , kerana asyik berbual berkenaan dengan hal pengurusan kelas.Pada mulanya , Yazid memberanikan dirinya untuk menerangkan situasi yang berlaku , tetapi pelajar tingkatan 5 Nukman itu seperti tidak mengendahkan kata-katanya sebaliknya membawa kami berjumpa dengan warden maktab , Encik Zaidiakma.

“Yazid , siapa kakak senior tu?Kenapa dia tiba-tiba boleh round blok akademik form 4 pulak?” aku bertanya dengan nada kehairanan.

“Oh , aku pun lupa nak cakap.Sepatutnya lepas prep petang budak perempuan tak boleh ada kat blok akademik.Rasa-rasanya itu kakak BADAR ,Biro Agama Dan Kerohanian , sebab dari gaya percakapannya aku boleh agak , lagipun LDP jarang round blok selepas waktu akademik ,” Yazid menjawab.

Aku benci BADAR , sedikit pun tak kisahkan perasaan aku.”


1 comment: