Pages

Subscribe:

Thursday, December 3, 2009

::review::


Sentiasa perbetulkan niat dalam membuat sesuatu hanya kerana Allah SWT.

Kerana jika sesuatu amalan diniatkan kerana manusia itu adalah syirik.

Dan syirik itu adalah perbuatan keji yang tidak diampunkan Allah sehingga seseorang itu bertaubat.

-Sekadar peringatan sebelum menaip-

Tahun 2009 sudahpun sampai ke penghujungnya.Jika diimbas semula perjalanan masa dahulu , banyak pengalaman suka-duka yang saya lalui pada tahun ini.

Januari

Bulan ini saya banyak habiskan masa di Institut Memandu Kotaraya , cuba untuk mendapatkan lesen memandu secepat mungkin.Latihan 3 jam dan 8 jam memandu memang mencabar , lebih-lebih lagi memandu kereta Kancil manual yang 'agak' uzur.Akhirnya pada penghujung bulan ini dapat juga tamatkan sesi latihan dan hanya perlu menunggu untuk diuji pegawai institut pada bulan 2.

Kancil oh Kancil...

Februari

Mula melawat maktab tercinta , MRSMPC.Alasan = membayar yuran dobi yang tertunggak berjumlah RM10.Berjumpa dengan junior-junior BWP , bertanya khabar dan sebagainya.Syahrin selaku pewaris jawatan saya bagi sesi 09 menjemput saya untuk menghadiri satu program anjurannya pada minggu aktiviti sem 1.Dapatlah tengok kerenah junior-junior yang sudah menjadi tulang belakang maktab bagi tahun tersebut.Maklumlah,tahun ini mereka SPM.Bulan ini juga saya lulus penilaian memandu,tunggu untuk ujian JPJ sahaja pada bulan 3.

junior-juniorku.(BWP dapat kot baru...hmm)

Mac

Gagal ujian JPJ pada kali pertama - alasan tak lepas mendaki bukit.Senasib dengan Sieyla.(Haha).Dapat peluang kedua iaitu sehari sebelum keputusan SPM dikeluarkan.Dengan motto "Bolos Saja Buket Itu!" , Alhamdulillah lulus juga ujian memandu dan melayakkan saya untuk mendapatkan lesen.Esoknya pergi ke maktab untuk mendapatkan keputusan SPM , tengok kawan-kawan dah banyak berubah walaupun baru beberapa bulan tidak bertemu.

April

Bulan ini sibuk cari tawaran biasiswa dan apa-apa sahaja tawaran untuk pengajian dalam bidang perubatan.Juga sibuk melayan anime dan drama jepun.Hari yang penting pada bulan ini ialah pada 24hb , iaitu Reunion 5 OK walaupun tak semua yang dapat hadir.Juga sempat menyibuk di Pesta SEM Type III di maktab.(Menginap di rumah Sir Asrul selama 2 malam...)Oh,bulan ini juga saya menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Perak.

Mei

Hari pertama pada bulan ini,keputusan UPU dikeluarkan.Dapat pilihan ke 8 , iaitu Asasi Bahasa Inggeris di UIAM.Sebaliknya , saya pergi ke kursus bahasa Arab anjuran GMN (masa ini naif sangat sedar tak sedar kena 'brainwash' oleh beberapa pihak tertentu tentang Mesir,PMRAM dan sebagainya..hmm...)


Jun

Kursus bahasa Arab berakhir pada 26 Jun.Balik rumah , buat aktiviti yang biasa dilakukan kat rumah.Takde apa-apa yang menarik.

Julai

2 Julai pergi melawat maktab lagi sebab berjanji dengan Farhan (ex-MASIH 0708).Dah lama tak jumpa dengannya.Lepas itu mula menghadiri kelas Al-Quran di tepi Maahad Muhammadi (walaupun hanya sempat menghadiri 3 sesi , tapi banyak input yang saya dapat.)

Ogos

Berpakat dengan junior-junior untuk mengenakan Sir Asrul pada hari ulangtahun kelahirannya , tapi dia dapat mengelak.Mula menyambut bulan ramadhan.Ramadhan tahun ini , seingat saya , saya tak pergi pun bazaar ramadhan.Makan je tau , asal-usul makanan tak pernah ambik tau :P.

September

Berjaya menyempurnakan ibadah puasa dan menyambut aidilfitri pada 20hb.Raya tahun ini biasa-biasa sahaja tapi bermakna sebab seminggu lepas tu dah kena bertolak ke Ardhul Kinanah , Mesir untuk menyambung pengajian.

Oktober

Mula menyambung pengajian setelah hampir setahun bercuti.Alhamdulillah dapat mengikuti kelas dengan baik cuma kena catch-up balik sekiranya ada tertinggal.Belajar perubatan tak semestinya kena bijak tapi kena rajin dan konsisten dalam pelajaran.

berbincang dengan Afuza aka ketua kelas

November

Imtihan pertama pada 16hb sehingga 23hb.Alhamdulillah dapat menjawabnya dengan lancar cuma tak tau lah keputusannya macam mana.Masih menunggu keputusan.Pada malam raya bertolak ke Kaherah untuk meraikan AidilAdha di sana.Rasa macam balik kampung juga sebab dapat berjumpa rakan-rakan senegeri (ada yang semuda 14 tahun dan ada yang sudah mendirikan rumah tangga).Pada raya 3 dan 4 sambut di Mansurah , anjuran PCM

Disember

Bertugas sebagai Fed-Ex sekejap , menghantar barang yang dipinjam sempena ADHA 09 dari warga Mansurah sekalian.Esoknya demam dan diarrhea selama 3 hari (tak dapat menghadiri MTC 09 sebagai pemerhati sebab terlalu lemah).Alhamdulillah baru hari ini sembuh.

Itulah serba sedikit kehidupanku pada 2009.Banyak masa dihabiskan di rumah bersama keluarga (qada' balik sebab 2 tahun duduk asrama..hehe).Semoga tahun akan datang akan lebih bermakna dan harapnya saya akan berubah ke arah yang lebih baik lagi,insyaAllah/

-Syari' Hasan Said , El-Mansoura-

2 comments:

  1. Salam.
    Ingatkan ko kata, "ada budak 14 tahun tapi sudah berkahwin"
    mengucap panjang aku. hahaha

    ReplyDelete