Pages

Subscribe:

Monday, August 3, 2009

::no title::


Salamun alayk ya semua pembaca!
Harap hidup kita semua diredhai Allah swt,amin.
Hurm,apakah yang akan si Amru mengarut pada post kali ni?
Baiklah.
Ada beberapa perkara yang ingin ana utarakan pada post kali ni,mungkin berfaedah kepada semua termasuk ana sendiri,ataupun sekadar membazirkan masa-masa yang penting dalam hidup,wallahualam.
Dan,ana ingin mengucapkan terima kasih kepada pengikut/followers blog Amru yang tak seberapa ni,makin bertambah nampaknya.
Let's roll on to the first issue:-


FILE #1 : Transformers dan Di Sebalik Filem



Haa...si Amru percaya sudah ramai yang dah tengok filem ni,dah box-office satu dunia.Si Amru pulak,baru pagi tadi dapat tengok citer yang sudah lama diidamkan ni..tu pun download versi pirate punya la selama sejam lebih menunggu untuk siap.(Tapi nasib baik gambar clear dan ada subtitle lengkap)Jadi,adakah ana berminat untuk membuat review citer arahan Michael Bay ni?Hurm,nak kata review,tak jugak,nak kata nak kritik,pun tak jugak.Tapi,ana ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk mengintai rahsia di sebalik filem ni.Rahsia apa?Kalau anda seorang yang peka dengan isu dunia,tentu anda perasan beberapa ideologi yang dimasukkan di dalam filem tersebut.

Kalau dah tengok Transformers 2,mesti filem sebelumnya anda dah tonton kan?Ok,plot permulaannya tentu anda ingat,di mana sebuah Decepticons (yang berubah jadi helikopter tu,dah tak ingat nama apa)menyerang base Amerika yang terletak di Afghanistan/Iraq.Apa yang ingin digambarkan kat sini ialah,they want to prove that the United States is not the terrorist.Pihak lain yang serang mereka dulu,sebab tu mereka balas balik kononnya.Dan pihak negara Arab seolah-olah mendapat perlindungan dari Amerika masa scene Decepticons berbentuk kala jengking menyerang sebuah perkampungan Arab.



Kenal tak watak ni?Tipulah kalau cakap tak kenal,betul ke tengok Transformers ni?Ni lah Bumblebee,Autobots kegemaran si Amru (ana tak suka Optimus Prime pasal bila dia cakap muka dia buruk).Dan,apa kena dengan si robot kuning ni?Jika anda seorang yang membesar bersama Transformers (maksudnya tengok Transformers dari kecil la,bukan Transformers yang jadi pengasuh!),tentu anda perasan kelainan yang terdapat pada Bumblebee versi filem kan,sebab hakikatnya,Bumbleebee yang sebenar adalah seperti di bawah:



Yup,the yellow old volkswagen!That's the real Bee..tapi untuk versi filem ia telah ditukar kepada Chevrolet Camaro 2009.Jauh beza kan?Mungkin ramai yang anggap sebab susah untuk menukarkan "kereta kura-kura" kepada robot,tapi sebenarnya di sebalik penukaran ini,ada satu ideologi.Cuba kita lihat kepada negara asal 2 jenama kenderaan tersebut.Volkswagen berasal dari Germany,dan pengasasnya ialah :

Ferdinand Porsche
Adolf Hitler

See,kenal tak nama kedua yang terpampang tu?Kalau tak kenal bolehlah klik pada hyperlink tersebut.Dan,Chevrolet pula berasal dari Amerika,jadi tak hairanlah,dari segi watak pun dia boleh masukkan benda tersembunyi macam ni.

Selain Bumblebee,watak yang Amru kenalpasti berubah ialah Starscream,orang kanan Megatron.Asalnya dia cuma jet pejuang angkasa tapi diubah jadi F-22 Raptor,antara unit udara termaju Amerika.

Hurm..sebenarnya banyak lagi ideologi yang berselindung di sebalik Transformers ni.Bagi si Amru,filem ini sebenarnya takde la best sangat,melainkan scene pertarungan dan CGI robot-robot tu.Yang lain,hampeh dan mengarut.Banyak sangat bahasa kesat (Robot pun pandai mencarut dowh),budaya yang bertentangan dengan agama kita,pakaian pelakon yang terlampau mencolok mata dll.Hurm,mungkin itulah daya tarikan sebuah filem terbitan Amerika Laknatullah.Nak bagi gelap hati-hati orang Islam.


FILE #2 :Yuusuke-kun


Kalau sahabat-sahabat dah tengok Hana-Kimi,tentu korang cam gambar siapa kat atas ni.Nilah Yamamoto Yuusuke,pelakon yang buat si Amru tergelak-gelak melihat gelagatnya.Mungkin dia tak berapa lucu dalam Hana-Kimi,sebab dia jadi budak psiko je,tapi penampilan pertamanya dalam Kamen Rider Kabuto,Yuusuke yang memainkan peranan sebagai Kamishiro Tsurugi (Kamen Rider Sasword) ternyata berjaya menghidupkan suasana lawak walaupun citer Kabuto agak serius sikit.Tsurugi ni sorang budak berketurunan bangsawan,dia selalu anggap dia yang terbaik dalam segala-galanya (walaupun dia gagal,dia masih lagi cakap yang dia adalah lelaki yang terbaik dalam kegagalan).Sebab dah hidup lama sebagai seorang kaya,dia tak pernah tau cara hidup orang biasa (dia pernah lintas jalan sesuka hati menyebabkan kemalangan!).Si Amru dah nak "khatam" tengok Kabuto,jadi lepas ni mungkin akan tengok "Atashinchi no Danshi" (lakonan Horikita Maki dan juga Yuusuke) bagi menghabiskan cuti panjang ni.


FILE #3 H1N1 Semakin Ganas

Duh,baru je tadi ana terima panggilan dari seorang sahabat yang sedang membuat persediaan untuk ke University Alexandria di Kolej Shahputra.Dia cakap kolej dia terpaksa ditutup sebab H1N1.2 hari lepas rakan yang duduk dekat Kolej Mara Banting pun menyatakan benda yang sama.Nampaknya,benda ni dah semakin serius.Setiap minggu ada je institusi yang tutup sebab ada pelajar yang disyaki kena.Ni baru dalam negara,si Amru yang insyaAllah bakal ke luar negara ni tak tau lah macam mana.Wallahualam,harap Allah melindungi Amru dari perkara-perkara yang tak diingini.Amin.

Haram...haram..lari..hehe

FILE #4 Video Dah Siap!

Alhamdulillah,seperti yang dinyatakan,video yang Amru buat khas untuk BWP 0708 dah pun siap,dan Amru dah upload dekat web alumni.(Sebenarnya nak upload kat Youtube buat tontonan semua,tapi dia hadkan 10 min je,dan selalu ada masalah bila nak upload,haih).Tapi mintak maaflah sebab kualiti kurang memuaskan selepas ana convert berkali-kali untuk jadikannya kurang dari 100MB (file asal bersaiz 1GB!).

Hurm,mungkin tu je untuk posting kali ni.
Harap semua sihat selalu,rohani dan jasmani.
Allah Yubarik Fik.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment