Pages

Subscribe:

Monday, July 20, 2009

::islam nihon::


Post kali ini,ana nak review sikit pasal novel terlatest yang ana baca :- Hidayah Cinta oleh Ilham Hamdani.Ana beli novel ni masa nak balik dari kursus bahasa arab kat UKM Bangi.Dah lama fikir nak beli ke tak,sebab nampak cover dia menarik je,ada unsur islamic + jepun.Akhirnya terima juga "hidayah" untuk beli novel ni buat bacaan masa cuti,dan Alhamdulillah,ana amat berpuas hati dengan novel ini.Omedeto,Ilham-san!

Secara kasarnya,ana habiskan dalam beberapa hari je untuk habiskan novel ni.Sinopsis novel ini lebih kurang macam inilah:-

Novel ini mengisahkan liku kehidupan seorang pelajar Malaysia di Universiti Ibaraki,Jepun bernama Umar Thilmisani (nama tersebut juga merupakan nama salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin) dalam menjaga martabat agamanya di negera matahari terbit.Ketrampilan Thilmisani selaku seorang muslim telah menarik perhatian seorang pelajar tempatan,Takahashi Ayumi yang pada mulanya tidak menyenangi Thilmisani kerana pernah memalukannya di majlis suaikenal pelajar antarabangsa (Thilmisani menolak pelawaan Ayumi untuk bersalam dengannya kerana mereka ajnabi).Segalanya bermula apabila Ayumi mula untuk mengenal Islam setelah Thilmisani menghadiahkannya kitab tafsir Al-Quran edisi Jepun.Pada masa yang sama,Thilmisani turut menghadapi cabaran dari senior yang sering menggodanya serta konflik di antara Ayumi dan ibubapanya yang merupakan penganut kuat Taoisme.

Novel ini juga menunjukkan betapa besarnya mukjizat Al-Quran sehingga dapat mengubah hati manusia ke arah kebaikan.Seperti Saidina Umar Al-Khattab yang memeluk Islam setelah mendengar bacaan Al-Quran.Oleh itu,sama-samalah kita membaca dan seterusnya meneladani apa yang telah diajarkan di dalam Al-Quran.Wallahualam.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment