Pages

Subscribe:

Thursday, July 30, 2009

::doshte?::


"Ya Allah semoga niatku menulis posting ni bukan bertujuan nak riak,bangga diri mahupun merendahkan sesiapa,tapi sekadar memberi pendapat yang bermain di fikiran si Amru ni.Sesungguhnya si Amru cuma hambaMu yang lemah.Amin"

Pernah dengar tak perkataan alah ni?(perkataan pun ada alah jugak ke?)

"KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN"

Mungkin ramai dah biasa dengar,sebab semua pun pergi sekolah kan?Hehe..

Entah macam mana sewaktu ana membelek-belek gambar seorang sahabat di MRSM dulu,dengan takdir Allah tertengoklah gambar warden asrama si Amru.Nama?Tak perlulah si Amru tulis,nama dia ada copyright tau.Taklah,tak baik kalau ana siar sebab nanti ana macam mengumpat dia pulak,sanggup ke kita makan daging saudara kita sendiri?



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Ada juga golongan yang boleh kita umpatkan (betul ke bahasa ni?),nanti kita bincang lain kali.

Jadi,apa yang ana nak cakap?Apa kaitannya dengan warden asrama?

Macam ni,setiap komuniti masyarakat memang wajib ada ketua dia.Tak kiralah,dalam kelas,dalam kampung,dalam blok asrama dan lain-lain.Dan,bila ada ketua,mestilah ada peraturan yang ditetapkan samada oleh ketua tersebut atau sesiapa yang berhak.Peraturan hidup di dunia semua orang wajib ikut,sebab kita tertakluk di bawah Pencipta kita,Khaliq kita,Allah swt.

Pernahkan terasa,macam nak langgar je peraturan tu?Misalnya macam ni lah,ana dulu masa zaman belajar di MRSM,masa kelas prep wajiblah tuck-in baju.Huh,bab ni memang si Amru percaya ramai lelaki tak suka.Ada yang cakap skema,ada yang cakap tak smart dan pelbagai lagi jawapan yang boleh diungkai.Lebih kurang gambar kat bawah nilah.




So,kadang-kadang ana abaikan je rule tu.Lagipun,antara faktor utama yang buat si Amru berbuat sedemikian : SENIOR SENDIRI TAK TUCK-IN!Pernah si Amru bergegas menuju ke kelas untuk prep,tiba-tiba dipanggil oleh seorang senior.Apa alasyan (sebab) dia panggil?Dia suruh ana tuck-in baju,walhal si penyuruh pun tak tuck-in.Macam mana orang bawah dia nak ikut kan?Cakap tak serupa bikinlah kan.

Jadi,lebih kurang macam ni lah benda yang ana nak kongsi bersama pembaca-pembaca yang arif lagi bijaksana sekalian.Sebagai si Amru yang pernah menggalas tugas sebagai pemimpin pelajar di sekolah dulu,si Amru nak tegaskan betapa pentingnya ayat "
Kepimpinan Melalui Tauladan" dalam hidup seseorang.Tak kisahlah kamu pegang jawatan ke tak,kamu semua adalah pemimpin.Sebab paling kurang,seseorang itu akan jadi PEMIMPIN BAGI DIRI SENDIRI.

Selepas si Amru dilantik jadi ketua pelajar,banyak perkara yang harus si Amru ubah terutama dari segi akhlak si Amru sendiri.Ana akui,ana bukanlah orang yang baik sangat,ana dulu seorang yang sangat suka memberontak lebih-lebih dengan keluarga.Ana juga seorang yang ego,asyik penting diri je.Tak pernah fikir pun pasal orang lain.Namun,ada orang pernah cakap kat ana:

"Tak salah kalau kau cuba jadi hipokrit kejap.Try jadi baik.Mana tau,InsyaAllah,yang baik tu akan melekat kat kau sampai bila-bila.Mula-mula memang orang akan kutuk kau,cakap kau tu pura-pura tapi abaikan sebab kalau kau terus jadi camtu,camtu lah kau pada masa akan datang"

Jadi,si Amru mula mengikut nasihat tu,dan Alhamdulillah,si Amru berjaya mengubah diri sedikit demi sedikit.Peraturan tuck-in tu "terpaksa" si Amru buat untuk memberi contoh kepada pelajar lain,dan lama-lama si Amru dah terbiasa dan selalu tuck-in masa prep.Tetiba rasa macam smart pulak,huhu takdelah,jangan ujub si Amru!Hasilnya?Ya,ada yang meneladani apa yang ana dan rakan seperjuangan ana buat.Macam kami pula yang start trend ni.

Seorang guru si Amru pun selalu berpesan tentang ini.
"Sesebuah organisasi yang nak berjaya tu bergantung kepada orang atasnya,sebab dia yang akan mempengaruhi orang yang di bawah"Semasa kat UKM pulak,ustaz ana yang asal dari Mesir cakap orang arab selalu puji Malaysia.Kenapa?Sebab kepimpinan Dr.Mahathir yang kira hebat lah (Tak bermaksud nak sentuh isu politik,hehe)



Jadi,kesimpulannya,sebelum kita nak suruh seseorang tu buat sesuatu yang baik,atau ikut peraturan ke apa,kita pun kenalah buat/ikut sekali.Macam kita nak suruh adik kita solat,tapi kita sendiri pun tak solat,apa ke hal nye yob?Ok,semoga semua faham apa yang ana bebelkan ini.Maasalamah wa ilalliqa,Allah Yubarik Fik.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment