Pages

Subscribe:

Tuesday, July 28, 2009

::awalluddin makrifatullah::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Semoga posting ana ni dapat difahami oleh pembaca,dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada para pembaca dan ana sendiri.

Cuba kita renungkan sejenak.


Wahai rakan-rakanku yang bijaksana,
Jika ada seorang pekerja yang bekerja dengan tekun di sebuah ladang,
Dan dia sudah tersangat lama bekerja di situ,
Namun,dia masih tidak mengenali tuan punya ladang tersebut.
Apabila tiba hari menerima upah,adakah pekerja tadi dapat berjumpa dengan tuannya untuk menerima upah dari ketaatan dia bekerja?





Apa yang ana ingin gambarkan di sini ialah,
Andaikata kita beribadat begitu banyak dan lama,
namun kita masih jahil maka rugilah kita.
Maka,dalam melakukan ibadah,kita kena mantapkan aqidah agar kita betul-betul kena siapa Pencipta kita.
Kalau kita tak kenal pencipta,bagaimana kita nak yakin yang kita telah lakukan suruhan-Nya?




Oleh itu,ana mengajak diri ana dan rakan-rakan yang lain,mantapkanlah ilmu aqidah,
Jika ibadat kita tidak sah dari sudut fiqah,kita akan masuk neraka tapi akan kembali ke syurga dengan rahmatNya jika pegangan aqidah kita mantap. Tapi,jika ibadat kita sah namun aqidah kita goyah kita akan masuk neraka buat selamanya!
Selamilah kalimah syahadah dengan teliti,kerana dalam tu terselit aqidah yang paling utama dan besar.


Basahkan lidah anda dengan zikir yang paling afdhal,laa ilahailallah.
Awaluddin Makrifatullah,awal-awal agama kita kena kenal Allah.
Wallahualam,jika salah tolong perbetulkan.Ilmu ini pun ana dapat dari kawan ana.


0 orang tak puas hati:

Post a Comment