Pages

Subscribe:

Friday, April 10, 2009

::sekadar berkongsi ilmu::

Assalamualaikum.Moshi-moshi.

Pada post kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang tidak seberapa.
Saya sedar,saya bukanlah seorang ustaz,saya seorang yang masih menuntut ilmu Allah.
Namun,saya rasa adalah tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim,saling memberi tazkirah (peringatan) dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Kita mulakan dengan ayat Al-Quran ini:


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). - Surah Al-Israa,ayat 32

Rasanya,kebanyakan dari kalangan kita selalu dengar ayat ini kan?Ya,ayat inilah yang sering digunakan sebagai dalil untuk membuktikan bahawa hubungan sebelum kahwin (couple) adalah HARAM.Mengapa?Sebab,dalam ayat ini,Allah melarang kita MENGHAMPIRI ZINA awal-awal lagi.Salah satu cara menghampiri zina ialah melalui couple.Ada yang berpendapat,tidak mengapa jika diri-sendiri boleh jaga perhubungan dari melakukan perkara terkutuk tersebut,namun persoalannya,sampai bila?Syaitan sudah berikrar sejak awal2 lagi untuk menyesatkan manusia dengan pelbagai cara.Dan,harus diingatkan,dalam satu hadis nabi,Rasulullah telah bersabda bahawa jika terdapat dua orang yang bukan muhrim duduk berdua-duaan,maka orang ketiganya adalah SYAITAN.

"Kami cuma bersms,tak boleh ke?".Dalam kes ini,anda tetap tidak lepas dari zina,kerana ZINA HATI masih lagi wujud.Zina hati ini berlaku apabila perasaan rindu yang membuak-buak membuatkan kita leka dari mengingati Allah.Apa yang membahayakan zina ini,mengikut pengalaman saya sendiri,ia mampu membuatkan anda hilang khusyuk dalam beribadah.Betapa besarnya implikasi zina ini,jadi harapnya kita dapat elakkan perkara ini.Amin.

Ayat kedua yang ingin saya petik ialah:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. -Surah An Nur,ayat 30 dan 31

Ayat ini kita dah belajar dan fahami semasa di Tingkatan 5,right?Tapi,sedihnya,ramai remaja yang mengabaikan ayat ni.Allah melarang kita dari melihat perkara2 yang haram dan mengawal nafsu kita,tapi sebaliknya pada zaman sekarang,benda yang kita tak boleh tengok tu lah yang kita nak sangat tengok kan?Orang2 kafir pun sekarang bijak,dia memasukkan unsur2 haram dalam gaya hidup kita,contoh dalam filem dan pakaian.Sekarang ni,nak layan filem hollywood pun rasa mual sebab mesti ada je unsur XXX."Bercium tu pun dah kira XXX,mung tau dop,pah gi kelih wak gapo nyo?,"kata cikgu geografi aku dulu.Anda mungkin pernah dengar kan,lelaki punya 9 akal dan 1 nafsu?Tapi,menurut kajian,nafsu lelaki mudah je untuk naik.Bukan untuk memalukan kaum sendiri,tapi itulah hakikatnya.

Dalam ayat 31,muslimah juga diperintahkan agar menutup aurat mereka.Kat bawah ini ada contoh kesalahan pemakaian muslimah:


Contoh pemakaian yang betul:


Tidak semestinya bertudung labuh,asal menepati syarat2 yang ditetapkan pun sudah memadai.

Bukannya niat saya untuk menghina golongan muslimah,namun saya sekadar memberi peringatan.Ini bukan arahan saya,tapi ini arahan YANG MAHA ESA,kita selaku hambanya harus menurut apa yang disuruh,meninggalkan apa yang dilarang.Golongan lelaki juga,ada yang sudah mengambil mudah tentang aurat mereka.

Saya tertarik dengan ceramah TGNA mengenai aurat ini:



Hurm,nampaknya setakat ini sahaja penulisan saya pada hari ini.Saya berharap,ia sedikit sebanyak menyedarkan kita semua.InsyaAllah.Wallahualam.





0 orang tak puas hati:

Post a Comment