Pages

Subscribe:

Sunday, April 26, 2009

::ikuze!henshin!::

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Alhamdulillah,sudah sekian lama saya tidak menulis isi hati saya dalam blog yang tak seberapa ni.
Oh ye,kali ini,saya berminat benar untuk memperkembangkan satu istilah Jepun yang tidak asing lagi dalam siri2 Tokusatsu,terutamanya Kamen Rider,iaitu...

HENSHIN!!!

(imej hanyalah hiasan semata-mata)


Di sini,saya bukanlah ingin menjelaskan tentang proses "henshin" dalam siri Kamen Rider ini,namun saya ingin menerangkan tentang aplikasi isitilah ini dalam hidup kita.

Dalam dunia ini,ada tiga jenis "henshin" yang terdapat dalam masyarakat kita.Pertama,"henshin" ke arah lebih baik dan positif.Kategori ini boleh dikatakan agak jarang didapati dan sukar untuk diperolehi.Moga kita diberi hidayah olehNya agar berbuat demikian.Allah telah berfirman,bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri berusaha untuk mengubahnya (lebih kuranglah,saya tak ingat ayat yang sebenarnya).Hidayah pun Allah tak beri senang2 kepada hambaNya,hanya yang berusaha untuk mendapatkannya dan yang betul2 terpilih sahaja yang dapat.Perlu diingat,hanya Allah sahaja yang mampu memberi hidayah,tidak ada makhluk lain yang mampu berbuat demikian.Contohnya,walaupun seseorang itu asyik diberi tazkirah oleh rakan baiknya,tidak bermakna dia akan berubah ke arah lebih baik kerana rakan baiknya bukanlah pemberi hidayah.Hanya dengan ketentuan Allah sahaja yang menentukan.Disini,saya ingin mengajak rakan2 serta diri saya sendiri agar berusaha untuk "henshin" ke arah kebaikan,agar hidup bahagia dunia dan akhirat.

kalau dikurniakan hidayah,tak mustahil perkara di atas boleh berlaku =)



"Henshin" yang kedua pula ialah "henshin" ke arah keburukan.Jenis "henshin" inilah yang paling membimbangkan semua pihak,lebih2 lagi kita selaku umat Islam.Sekarang memang banyaklah hamba Allah yang terjebak dalam "henshin" jenis ini,sehinggakan kita tak mampu nak jangka seseorang yang berakhlak baik akan terus baik sampai bila2.Manusia senang untuk berubah/"henshin".Yang paling sedih,ada yang dulunya lulusan agama,tapi akhirnya jatuh ke lembah kebinasaan.Tengok,betapa mudahnya Allah Yang Maha Kuasa memangkal hati sesiapa yang dia kehendaki.Dalam Al-Quran pun dicatatkan,ada golongan yang beroleh hidayah,maka merekalah golongan yang beruntung,dan ada juga yang Allah pilih untuk sesatkan mereka,maka rugilah mereka.Kelakuan buruk manusia yang sentiasa mencari jalan melakukan maksiat dan lain2 perkara haram menyebabkan hati mereka gelap dan seterusnya terpesong dari jalan yang sebenar.Oleh itu,marilah kita bersama-sama memanjatkan doa kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim,agar diperteguhkan keimanan,diberikan hidayah petunjuk ke jalan yang lurus dan dijauhkan dari jalan yang sesat.Amin.

bukan setakat wanita,lelaki pun kena pandai2 jaga pergaulan

pergaulan bebas lelaki perempuan mampu membawa seseorang ke lembah kemusnahan


Baiklah,jenis "henshin" yang terakhir ingin saya jelaskan ialah tidak ber"henshin"/tidak berubah.Jenis ini pun jarang kita dapat tengok,kalau ada pun ia hanya melibatkan ciri2 kecil sahaja.Contohnya,kalau dari dulu cara dia menegur kawan dia dengan lembut,memang jarang kita nampak cara dia akan berubah pada masa depan.Pada pendapat saya,"henshin" jenis ini perlu diletakkan pada tempat yang sepatutnya,sebab ada tempat ia sesuai dan ada tempat ia tidak.

Baiklah,sampai itu sahaja penulisan saya untuk kali ini.Wallahualam.Semoga kita beroleh manfaat.

Quote of The Day:

"I rather befriend someone who had been betrayed 100 times than someone who betrayed 100 times" - Kotaro Shirai from Kamen Rider Blade.


0 orang tak puas hati:

Post a Comment