Pages

Subscribe:

Thursday, April 9, 2009

::friendship kizuna::

Assalamualaikum / Moshi Moshi

saya ingin berkongsi salah satu lirik nasyid yang saya gemari.

kalau hayati baik2,memang sesuailah bagi kita remaja

yang hidup penuh dengan cabaran.

lirik ini memang bermakna,terutama bagi mereka yang mempunyai masalah

dengan insan bergelar KAWAN

Artist : Hijjaz
Nasyid : Kawan
Album : Pelita Hidup 3




Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan


bait pertama lirik nih amat significant dengan hidup aku sekarang.aku sedar,aku bukan aku yang dulu lagi.aku ingin berubah ke arah yang lebih baik,menuju jalan yang diredhai Allah.tapi,ada yang tak dapat menerima perubahan aku dan macam tak menganggap aku salah seorang dari kawannya lagi.walau apapun,ini cuma ujian dari Allah,agar aku teguh dalam keimanan




Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan


sangat2 setuju!betapa peritnya perasaan seorang sahabat apabila dia ditikam belakang oleh seseorang yang sangat2 dipercayai.orang2 cakap,luka di luar semua orang nampak,luka di hati siapa yang tahu.ada pulak satu situasi,seseorang yang betul2 kita benci,tolong kita pulak dalam kesusahan.samada dia mempunyai agenda sendiri atau benar2 ikhlas,wallahualam.but,as we all know,nobody's perfect.





Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa


dalam hidup kita kena ingat,bukan kita seorang yang ditimpa susah,jadi "la tahzan" (usah bersedih).anggap semua sebagai satu ujian.ramai lagi yang susah dari kita.terutamanya para anbia.rasulullah umpamanya,dilempar tahi unta,dicemuh penduduk arab quraisy,diugut bunuh dan ditawarkan harta dunia semasa baginda berdakwah.zaman sekarang,kita paling kurang pun kena umpat je.dalam penderitaan para rasul di dunia,mereka berasa bahagia kerana sudah dijanjikan Allah syurga di Akhirat kelak



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu


Allah sentiasa bersama orang2 yang benar.ini satu nikmat,dikasihi Allah.jangan pernah merasa sunyi,kerana Allah sentiasa menjaga orang2 yang menjaga agamaNya.oleh itu,tidak perlulah bersedih.



Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan


macam yang atas tadi jugak,walaupun keseorangan,mereka takkan kesunyian kerana sesungguhnya Allah bersama mereka.


wallahualam.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment