Pages

Subscribe:

Thursday, June 23, 2011

::kasi BERSIH semua!::


Janji terhadap diri sendiri tidak ditunaikan . Sepatutnya saya menaip sesuatu untuk seminggu atau dua minggu lepas , namun atas kelalaian diri sendiri serta kesibukan menghadapi peperiksaan yang masih belum berakhir ini telah mengakibatkan saya gagal berbuat demikian . Tidak mengapalah , banyak yang harus dimuhasabah .

Sebenarnya banyak yang ingin ditaip , tetapi memandangkan saya menghadapi masa yang terhad ( kerana Anatomy masih banyak yang belum disentuh , exam dalam seminggu lebih lagi ) cukuplah saya menaip mengenai isu semasa yang sedang hangat diperkatakan , iaitu isu BERSIH .

Apa itu BERSIH ?

Pengenalan

BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Formulasi Kenyataan Bersama

Kenyataan Bersama dikeluarkan ekoran ‘Bengkel Reformasi Pilihanraya’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006. Kenyataan Bersama menyatakan objektif-objektif jangka panjang dan tuntutan-tuntutan segera (jangka pendek) sebagai matlamat gabungan ini.

Jawatankuasa Induk BERSIH

Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli dari parti politik dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu: Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

Pelancaran BERSIH

BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO, termasuk Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, TereseKok; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud; Pengarah Eksekutif WDC, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng.

-Petikan web rasmi BERSIH 2.0 , http://bm.bersih.org/?page_id=2

Maaflah , mungkin ada pembaca yang kureng jika dihidangkan dengan kisah – kisah politik negara , namun saya tidak ingin menyentuh sensitiviti mana – mana pihak atau parti politik . Cuma sekadar mengingatkan bahawa Islam itu agama yang syumul (menyeluruh) , dan politik adalah sebahagian daripada kesyumulan Islam . Saban hari kita sering difahamkan bahawa Islam itu cuma ibadah di masjid atau pada masa – masa tertentu sahaja . Saya ingin membawakan satu persoalan , jika Islam sebegitu rupa , apa bezanya Islam dengan agama – agama lain yang wujud di muka bumi ini ? Banyak lagi yang perlu kita pelajari tentang Islam sebagai Ad Din (cara hidup) . Senang cerita , ilmu Islam itu teori , kehidupan itu praktikalnya (kalau dibuat perumpamaan) .

Kenapa kena cakna politik ? Bukan ke politik ini kotor ? Serahkan pada orang politik sahajalah !

Kita memang tak sedar kepentingan cakna tentang isu politik ini kerana kita tiada rasa tanggungjawab lagi mengenai kepimpinan . Saidina Umar pernah mengatakan , “Jika kamu mahu lihat masa depan sesebuah negara , lihatlah pada pemudanya.” (maaf jika ada silap dalam quote ini sebab saya tak berapa ingat ayat penuhnya) . Syeikh Said Hawa juga pernah menyebut , “Seseorang yang tidak cakna kepada isu siasah (politik) , maka dia redha jika adanya pemimpin yang zalim.” Dan , fahaman yang menyatakan politik merupakan sesuatu yang kotor merupakan agenda musuh Islam agar umat Islam lalai daripada membangunkan kembali khilafah Islamiyyah yang pernah gemilang satu masa dahulu . Menurut Syeikh Yusuf Qardhawi , Rasulullah SAW juga dikira seorang politikus (ahli politik) kerana Baginda merupakan pemimpin negara Islam Madinah .

Kenapa kita malas nak cakna dengan politik ? Sebab benda – benda alah di bawah yang sering dihidangkan untuk kita :








Kenapa kena ada BERSIH ini ? PIlihanraya kan ada ?

Untuk pemahaman , BERSIH bukanlah satu demonstrasi untuk merampas kuasa daripada kerajaan sedia ada , tetapi ianya merupakan satu tuntutan daripada rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya , tidak kisahlah dia parti apa sekalipun untuk satu pilihanraya yang bersih . Bersih daripada penipuan , rasuah , dan lain – lain lagi kemungkaran . Antara tuntutan BERSIH ialah :

Penggunaan Dakwat Kekal <*> Pembersihan Daftar Pemilih <*> Pemansuhan Undi Pos <*> Akses Kepada Media

BERSIH juga merupakan demonstrasi aman , tidak bersenjata mahupun tiada niat untuk merosakkan keadaan sekeliling . Cuba kita lihat revolusi Mesir , jumlah mangsa yang terkorban (disebabkan musuh dalam selimut) adalah amat sedikit berbanding yang keluar berdemonstrasi . Dan revolusi Mesir merupakan salah satu peristiwa yang sangat istimewa , di mana sebuah kerajaan taghut yang dipercayai tidak akan runtuh dapat dijatuhkan dengan cara yang sangat aman .

Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara....DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN MANTAN MUFTI PERLIS..

“Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliauberkata, SPR hendaklah menunaikan tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turun ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman,”

Bagaimanapun beliau menegaskan memelihara keamanan adalah syarat utama keharusan mengadakan demonstrasi, “jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak”.

Beliau mengemukakan hujah bahawa demonstrasi jalanan ini pernah berlaku di zaman Rasulullah.

Katanya, Nabi Mohammad s.a.w. pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya membuat bantahan di jalan.

“Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”.

“Sabda Nabi: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”.

“Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”.

“Maka mereka berkata:“Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”.

Hadis berkenaan, diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih. .....

- Petikan Page Facebook BERSIH 2.0

Itulah . Siapa suruh tegakkan sistem demokrasi , penuh tipu daya . Gunalah cara khilafah !

Bagi menjawab persoalan di atas , saya akan menyediakan satu entri khas selepas ini .

Untuk update lagi mengenai BERSIH 2.0 , sila kunjungi page BERSIH 2.0 di Facebook atau web rasminya / bersih.org , jangan lupa untuk update juga mengenai saudara seIslam kita di Palestin dan di mana jua :D

Akhir kata : BERSIH hati , BERSIH jiwa , BERSIH daripada dosa , BERSIH daripada maksiat . InsyaAllah kita boleh !

1 comment: