Pages

Subscribe:

Friday, October 30, 2009

::kehilangan yang panjang::



Bismillah Ar Rahman Ar Rahim.

Huh,nampaknya dah berhabuk blog SA setelah sekian lama tak update.Maklumlah,sekarang dah bergelar pelajar perubatan,bukannya penganggur terhormat macam dulu lagi.Jadi proses update-mengupdate blog ni dah mula SA kurangkan,sekurang-kurangnya 2 kali seminggu akan SA update.Itu pun tengok keadaan lah,sebab SA sangat-sangat sibuk,dan belajar perubatan ini perlu konsisten jadi setiap hari kena tengok buku walaupun sekejap.

Alhamdulillah dah genap sebulan SA berada di bumi anbiya’,tanah yang bergelar Mesir.Walaupun masih baru,dah banyak pengalaman yang SA dapat,tak kiralah samada pengalaman manis,masin atau pahit.Semuanya bermakna dan meninggalkan pengajaran yang mematangkan SA dalam membuat sesuatu dalam kehidupan.Buat pengetahuan semua,SA kini menetap di tingkat 3 Blok H GMN (H3) ,di Syari’ Hasan Said (Jalan Hasan Said) berhampiran dengan Istad Gamaah (Stadium Universiti) , bandar El-Mansoura , Mesir..Alhamdulillah SA senang tinggal di sini,kawasan tempat tinggal SA banyak didiami pelajar dari Malaysia tak kira ikhwah atau akhawat.Dengar-dengar dari senior,sewa rumah di kawasan ini agak tinggi juga sebab berdekatan dengan universiti dan kemudahan-kemudahan lain.Kawasan ini juga taklah terlalu mundur dan juga tidak terlampau maju.Rumah-rumah pangsa je ada kat sini,macam Shah Alam Cuma takdelah secantik Shah Alam kot.Tapi masih layak digelar penempatan manusia,hehehe.

Baiklah,SA akan ceritakan serba-sedikit tentang kehidupan SA di Mesir.SA selamat sampai di Mathor Kaherah (Cairo Airport) pada 5.35 pagi 30 September 2009.Sepanjang perjalanan SA dilanda kekeliruan tentang masuknya waktu Subuh.Sebab sebelum bertolak SA ada cari maklumat juga tentang solat di dalam pesawat.Ada yang kata sekadar solat menghormati waktu solat tempat yang dilalui dan perlu diqadha , ada yang sebaliknya.Jadi ketika sampai di Kaherah,waktu subuh sudah hampir tamat.Jadi,kami yang sampai dari Malaysia (transit sebentar di Mumbai) dengan pesawat Egypt Air terpaksalah qadha Subuh selepas tiba di Mansoura nanti.Awal-awal lagi kami diuji untuk bersabar apabila ada pegawai imigresen yang menyekat SA dan beberapa orang rakan yang lain,katanya kami tiada visa dan menyuruh kami membelinya di bank berdekatan.Tapi nasib baik masalah itu dapat diatasi apabila kami pergi ke kaunter yang lain dan pegawai yang menjaga kaunter tersebut membenarkan kami ke tempat mengambil bagasi.Sekali lagi SA diuji apabila beg yang SA bawa lambat keluar dari tempat mengambil bagasi.Jadi sementara menunggu SA sempat membantu rakan-rakan yang lain untuk mengambil bagasi mereka yang beratnya adalah dalam 20 hingga 30kg.Alhamdulillah SA dapat mengenal pasti beg SA dalam timbunan beg yang banyak,dan beg itu dalam kondisi yang memuaskan (sticker yang ditampal hilang,nasib baik dibalut di KLIA terlebih dulu).Kemudian,SA dan rakan-rakan lain ingin menukar wang US Dollar yang dibawa kepada LE (Egyptian Pound) namun SA membatalkan dulu hasrat tersebut sebab ramai sangat yang beratur.Kami seterusnya dibawa “sight-seeing” tempat-tempat bersejarah seperti Pyramid Giza , Kota Salehuddin Al Ayyubi (Saladin) ,dan sekitar Bandar Cairo.Pemanduan kenderaan di sini?Fuh,boleh “challenge” Tokyo Drift mahupun KL Drift.Patutlah kata seorang senior,nak dapatkan lesen memandu kat sini senang je.Cuma dalam LE 200 dan lulus ujian parking,anda layak memandu kereta secara sah.Tak seperti di Malaysia yang agak mencabar terutama di bahagian bukit,(jolo dop Sieyla?).Dalam 2 jam barulah kami sampai di Bandar Mansoura.

Minggu pertama agak sibuk sebab kami terpaksa membersihkan rumah kami yang agak berdebu.Rumah yang baru kami dapat tu baru je renovate,jadi kesan-kesan simen dan debu masih ada.Kami juga perlu membeli kelengkapan memasak,peralatan tandas dan lain-lain kelengkapan rumah.Mula-mula dah kena tipu masa membeli baldi,penyapu,mop dan sebagainya.Habis LE 100 kat barang-barang tu je.Nasib baiklah seniors kami di sini semua baik-baik belaka,sanggup membantu kami sampai kami segan nak mintak tolong dengan mereka.Siap ajak pergi rumah,masak-masak untuk kami.Untuk pengetahuan semua,pelajar perubatan di Mesir dijaga dan diambil berat oleh persatuan PERUBATAN (Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir),dan di Mansoura ia diambil alih oleh PCM (PERUBATAN Cawangan Mansurah).Tapi apa yang paling SA terharu,mereka semua amat menitikberatkan hal agama dalam setiap hal walaupun bukan pelajar jurusan agama.SA juga bersyukur dapat bertemu mereka kerana mengajak SA ke kelas agama Ustaz Salman (akhisalman.blogspot.com),di mana setiap pagi kami belajar kitab-kitab seperti Riyadhus Solihin,Al-Azkar dan sebagainya.Setiap malam Jumaat juga rumah SA mengadakan aktiviti ibadah secara berjemaah seperti tadarus Al-Quran,iftar bersama dan solat hajat.Alhamdulillah.SA bersyukur sangat-sangat!

Cubaan di Mesir betul-betul menguji keimanan dan ketakwaan sesiapa sahaja.Di sini ada golongan yang senang dengan kehadiran kami,ada juga yang kurang senang.Berurusan dengan orang Arab bukanlah perkara yang mudah selagi tak menguasai bahasa Arab Amiah.Boleh jadi mereka menipu kita atau sebagainya.Pernah satu masa SA sangat bengang dengan kerenah Arab sehingga mengucap kata-kata yang tak sepatutnya.Namun,syukur Allah masih sayangkan SA,sifat itu dapat SA buang.Kalau tengok seniors pun,mereka selalu memegang tasbih di tangan semasa berjalan di sekitar Mesir,dan insyaAllah SA akan cuba jadi seperti mereka.Harap sahabat dapat doakan agar keimanan SA teguh.

Sebenarnya banyak lagi ingin dikongsi,namun SA rasa lebih memadai jika SA letakkan beberapa gambar je dalam post ni.Bak kata orang Inggeris : A picture is worth a thousand words.

"Orang yang warak ialah orang yang meninggalkan perkara yang harus kerana khuatir perkara itu haram."





0 orang tak puas hati:

Post a Comment