Pages

Subscribe:

Sunday, September 20, 2009

::ai no monogatari::



Salam semua!Harap berada dalam keadaan sihat walafiat InsyaAllah.Tau la raya jangan makan banyak-banyak,perut yang kenyang boleh menumpulkan jiwa.Syukur Alhamdulillah SA masih diberi kesempatan untuk menaip entri untuk blog ini dalam usaha berkongsi ilmu dan pengalaman untuk kebaikan bersama.

Bagi peminat cerita/anime dari negara Sakura seperti SA,semestinya anda mengenali kalimah "Ai" yang bermaksud cinta.SA bukanlah bermaksud untuk menjadi jiwang dalam post ini,cuma ingin mengungkapkan satu persoalan,"Apakah sebab aku mencintai seseorang?"




Persoalan cinta atau minat terhadap seseorang memang menjadi lumrah atau fitrah bagi seseorang manusia.Adalah berdosa jika seseorang menolak fitrah tersebut.Namun,cinta ini haruslah disalurkan ke tempat yang sepatutnya,bukannya dibiarkan tak tentu hala ibarat kapal tanpa nakhoda.

SA percaya istilah couple,tak kiralah versi I and You,Ana Wa Anti,sudah tidak asing lagi bagi kita,remaja.Cuba tengok di kompleks beli belah dan sebagainya.Sudah banyak golongan-golongan ini yang wujud.Ada yang berjaya sampai ke jinjang pelamin,ada juga yang terkapai-kapai tewas dek hasutan syaitan dan hawa nafsu ke arah maksiat.

SA tidak mahu menjadi hipokrit mengatakan SA tidak pernah terlibat dalam gejala ini.Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang SA buat.Namun,SA bersyukur masih dipelihara olehnya tidak bebas sangat dari segi pergaulan.

Namun hakikatnya,SA juga manusia biasa.SA juga meminati seseorang.Tapi,sebab apa?

Gambar hiasan je!


Adakah SA tertawan dek kecantikannya?Tapi,jika dia dah tua dan berkedut mukanya,adakah masih punya sebab untuk SA meminatinya?

Adakah SA tertawan dek kebaikannya?Tapi,jika dia marah-marah,adakah masih punya sebab untuk SA meminatinya?

Adakah SA tertawan dek pangkat dan hartanya?Jika dia muflis,adakah masih punya sebab untuk SA meminatinya?

Adakah SA tertawan dek kebaikan agamanya?Bagaimana nak tahu dia betul-betul beriman?


Ah,bercakap tentang cinta memang memeningkan buat seseorang yang mumaiyyiz tapi belum matang seperti SA.

Sudahlah.Ini bukannya masa untuk aku bercinta.


Layakkah aku mencintai seseorang sedangkan diriku aku tak cintai sepenuhnya?

Layakkah aku mencintai seseorang sedangkan Pencipta diriku dan dirinya,dan seluruh makhluk di dunia ini,belum aku cintai sepenuhnya?

Layakkah aku mencintai seseorang sedangkan tanggungjawab aku atas muka bumi ini pun entah ke mana?

Renunglah diriku!Renunglah!

"Nikmat dunia ibarat titisan air laut dari jari yang dicelup,manakala nikmat Syurga ibarat lautan selebihnya"

Salam.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment