Pages

Subscribe:

Tuesday, August 18, 2009

::tomodachi?::


Assalamualaikum wbt.

Persoalan pada post kali ini : KAWAN/FRIEND/SOHIBI/TOMODACHI/apa-apa saja yang sewaktu dengannya.

Ada apa dengan PERSAHABATAN?


(huhu maaflah "tomodachi-tomodachi" sekalian kerna menjadikan gambar korang contoh pulak.hehe)


Sebenarnya,untuk apa kita bersahabat?

Memang dari segi umumnya,kita bersahabat kerana sahabat adalah orang yang akan mendampingi kita ketika tidak bersama keluarga,contohnya di sekolah dan lain-lain tempat.Tapi,adakah wujud satu faktor yang menjadikan seseorang itu sahabat kita?

Dari sudut agama,kita bersahabat kerana Allah SWT.Namun,adakah kita mengerti maksud kalimah "bersahabat kerana Allah" atau yang biasa digunakan,"Ukhuwah Fillah" itu?Memanglah senang diungkapkan dengan lidah yang tiada bertulang ini,tetapi benarkah kita memahami konsep Ukhuwah Fillah itu?Itu yang buat si Amru bingung.Si Amru sendiri tidak merasai,mahupun mengerti maksud tersirat di sebalik kalimah ini.Mungkin ada sahabat yang lebih mengetahui,harap boleh jelaskan.Sebab sekarang ini,menurut beberapa artikel yang ana baca,ada yang salah gunakan konsep ini sehingga terjadinya "Cinta Anta Anti" atau Couple Islamic.

Si Amru bukan saja-saja bertanya mengenai konsep Ukhuwah Fillah ini,ada sebabnya.Dari sudut pemerhatian,ana dah lihat pelbagai jenis faktor yang mewujudkan persahabatan.Salah satunya,ada yang bersahabat dengan seseorang semata-mata pangkat.Contoh macam ni lah,si A ni wakil pelajar,dia ada seorang kawan yang "rapat" bernama B.Si B selalu dapat kelebihan bila dapat bersahabat dengan si A,namun bila si A ada masalah si B terus lesap.Adakah ini dinamakan sahabat?


Ana berminat berkongsi SMS yang ana dapat dari seorang rakan mengenai persahabatan:



"KAWAN KU,Apabila kau ingin berteman:
1.Janganlah kerna kelebihan,jika ada kelemahan pasti kau menjauhinya.
2.Janganlah kerna kebaikan,jika kerana kburukannya,kau akan membencinya!!
3.Janganlah kerna ilmu,jika dia buntu kau akan memfitnahnya.
4.Janganlah kerna keceriaannya,adai dia murung pasti kau menyalahkannya.
Andai kau ingin berteman,terimalah dia seadanya."

Moga-moga si Amru dapat bertemu sahabat yang bersahabat kerana Allah semata-mata,bukan untuk kebaikan dunia.Dan,si Amru juga akan cuba menjadi seorang sahabat yang mengamalkan ukhuwah fillah kepada sahabat-sahabat sekalian.

Tulis pasal sahabat,teringat pula lagu nasyid kegemaran si Amru:




Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman



Setakat ini sahajalah dulu ye,wallahualam.~

0 orang tak puas hati:

Post a Comment